Saturday, May 30, 2020

Sharing by Aliaa : Bila nak tidur, apa rutin yang biasa aku buat?

Haritu aku share pasal rutin yang aku buat kalau nak naik bergerak naik kenderaan atau ke mana-mana. Kali ni aku nak share rutin yang aku buat sebelum tidur.

1. Kibas-kibas katil. Dengan tangan boleh, dengan kain ke apa-apa pun boleh. Ustazah aku mengaji cakap, tujuannya boleh macam kibas jin ke apa-apa yang kita tak nampak. Selain dari tu, kibas buang sekali habuk ke macam pasir ke atau sawang yang jatuh dari kipas ke kan. Manelah tau.

2. Bacaan yang aku selalu buat:

>>> a - 4 Qul - Yakni surah Al-Kafirun, Al-Ikhlas, Al-Alaq dan An-Nas

>>>b - Al-Fatihah & Ayat Qursi. Ayat akhir ayat qursi tu aku ulang 7 kali.

>>>c - Mengucap 2 kalimah syahadah, selawat ke atas nabi dan baca doa tidur.

Doa tidur :

بِسْمِكَ اللّٰهُمَّ اَحْيَا وَاَمُوْتُ

Bismikallohumma ahya wa amuutu
Maksudnya:
Dengan menyebut nama-Mu ya Allah, aku hidup dan aku mati”

>>>d - Baca surah Al-Mulk

Surah Al-Mulk ni aku dah hafal dari zaman kat Maahad. Sangat berguna ya kerahan hafalan oleh akak senior time tu. Sampai sekarang boleh ingat dan amalkan InsyaAllah. Kebaikan surah Al-Mulk ni boleh google ya kawan kawan.

3. Then bacalah Bismillahirrahmanirrahim sampai 786 kali atau sampai tertidur. Yang ni aku baru amalkan. Dapat petua nasihat dari kawan aku punya bapa punya kawan baik.


Ini yang aku buat. Selamat mencuba. ☺☺

Yang Al-Mulk tu, kan korang ada download apps Al-Quran kan. Boleh bookmark kan surah ni. Then baca. Lama-lama insyaAllah boleh hafal. Macam kita hafal 10 ayat pertama Al-Kahfi untuk baca setiap malam Jumaat - Jumaat.

2 comments:

Acuyuhan said...

SELAMAT HARI RAYA!! best entry ini.. done follow u, follow me back.. tq
http://acuyuhan.blogspot.com/

aliaaroslan said...

@Acuyuhan terima kasih, selamat hari raya!