Friday, February 1, 2019

Exploring Xi'an, China : Terracotta Warriors Museum & Fortress

Inilah tujuan utama kami ke Xi'an. Nak pergi tengok Terracotta Warriors. Senang je nak pergi tempat tu. So sebelum apa-apa hal, baiklah kita breakfast dulu..


Seperti biasa, breakfast nasi goreng brahims dan sambal ikan bilis kakak siti. Semalamnya kami beli nescafe 3 in 1. Jadilah buat minum kopi panas. Sebenarnya trip ni kami underestimate. Ingatkan kat hotel ada kasi free coffee and tea. Sekali dia kasi tea je. Kami pon terpaksa beli nescafe 3 in 1. Harga jangan tanya ok. Dan sehari boleh minum coffee kat coffee shop sekali je sebab harga boleh pitam.

Lepas breakfast kami pon keluarlah berjalan kaki ke stesen bas utama. Dia sebelah stesen keretapi. Bawa bekal air panas dalam termos sebab nanti untuk lunch boleh lapik perut makan maggie. Hahaha.

Shah pergi tanya confirmkan nombor bas untuk ke terracotta

inilah stesenbas nya. kau tengok acik siap tenggek kaki sebelah kat pole.


Jangan risau, tulisan nombor dalam rumi. Dan jangan risau jugak, kat depan bas tulis Terracotta jugak dalam rumi. Jangan risau lagi, kau sebut je terracotta, terus orang-orang bas tu akan tunjuk suruh kau naik bas mana 1. Diorang macam garang tapi nak membantu. Naik je bas, bayar atas bas. Dia pakai conductor bas yang jalan from passenger to passenger untuk collect duit tambang. Bagitau kau nak pergi mana, in our case kami tunjuk gambar terracotta warriors tu. Hahaha ayam itik kan. Blasah lah janji mesej sampai.

turun dari bas ada pakcik jual ubi manis bakar. haish wajib beli. 

terus ke kaunter ticket. beli ticket. 

yey dah dapat ticket.
Masa nak beli ticket tu dia akan nak tengok passport. Untuk dapat harga pelancong. Sebab harga local citizen lain, pelancong lain.

sebelum explore, kita makan dulu sweet potato tu

Let's go people!

bunga ori ye bukan plastik

ini pon ori
 Biasalah. langkah 5 tapak, posing maut 15 snap.



macam melaporkan berita je

senyum Eda

sapa suruh kau gelak!

tak habis gelak lagi

tengok macam I

iye. panas ye cuaca. sunburn itu pasti.

Ini main hall, muzium dia. Ada tulis pasal history or the fortress, etc etc. Kami masuk dalam ni.

yup rama pelancong macam kami. tapi memang china citizen lah mereka semua tu. kami je warna dan ethnic lain.
Ada moment kelakar. Dalam muzium tu, kami duk tengah bacan lah display dan penerangan tentang terracotta warriors ni. Sejarah dia, siapa jumpa, etc etc. Aku kan suka nak baca. Masa tu kami berdiri berempat duk baca n tengok n ambil video. Sekali tetiba rasa macam ada orang tolak + himpit. Macam ombak tu. Rupanya, ada 1 group pelancong China tak sure dari daerah mana, datang segerombolan dan diorang terus je rempuh that area dan kitorang macam tertolak sekali. Bagaikan dipukul lautan manusia lah ceritanya. Lawak gila. Tapi yes diorang memang style rempuh, tak penyabar dan selfish. Sekian.

Lepas dipukul ombak manusia, kami pon ikut sekali keluar dari muzium tu. Nasib baik dah habis baca. Terus ke Second fortress.

Second Hall - fortress

aktiviti exploration masih berjalan


ada kesan yang pecah-pecah

antara warrior yang original yang jadi display



memang life size katanya. 


Lepas tu kami jalan-jalan dan masuk ke satu hall ni, tempat ambil gambar. Kena bayar untuk official gambar besar dalam 100 Yuen mcm tu. Dalam sekeping A4 size gambar. Lepas tu boleh bergambar sakan lah dengan warriors tu. Jangan risau warriors yang ni yang diorang buat semula. Means bukan yang original. So takda unsur hantu ke apa hahaha. Lagipon takkan diorang nak kasi patung original disentuh-sentuh kan.



nasib baik muat nak squat antara 2 warriors tu hahaha



bersama rakan-rakan pahlawan hahaha

nak naik kuda ni tapi orang tu tak kasi lol






Lepas tu kami ke main fortress. Fortress utama, tempat yang first sekali orang jumpa 1 patung warrior dan lepas tu barulah kawasan ni ditutup untuk exploration. Serius besar kau...

ramai hokey warriors ditanam atas arahan king diorang

ramai gila manusia kat kawasan ni tapi sempat kami selfie

lagi

nak bergambar sorang-sorang memang tak clear beb. ramai orang, bahu ke bahu.

sekeliling fortress ni ramai orang. nampak sebelah sana tu ramai gila orang macam semut. sama je sebelah sini pon.


ini bahagian warriors yang masih diproses
Selesai tengok semua bahagian, perut pon lapar. Kami cari tempat duduk bawah pokok. Rendam Maggie dan makan.


sedap guys
Lepas makan, jalan-jalan lagi area tu. Ambil gambar sambil berjalan keluar dari tempat tu.

nampak tak nak bercakap lagi

ada pulak bendera pemandu pelancong



ini baru gaya yang betul

testing potrait function front camera ipx - tak berjaya

nak apa?
On the way nak keluar tu, ada tempat offer ambil gambar pakai baju orang zaman dulu. Siti pakai baju maharani dan posing sakan kat takhta.


Lepas tu jalan pon terus berjalan balik ke tempat bas. Naik bas untuk balik ke city. 

sedap biskut ni

Terimalah gambar kami bersama Terracotta Warriors!



3 comments:

Xuera_lar said...

kak penah baca muka setiap warriors tu tak sama kan...?

hungryworm__ said...

numpang share ya min ^^
Hayyy guys...
sedang bosan di rumah tanpa ada yang bisa di kerjakan
dari pada bosan hanya duduk sambil nonton tv sebaiknya segera bergabung dengan kami
di DEWAPK agen terpercaya di add ya pin bb kami D87604A1 di tunggu lo ^_^

sudipVSsenduk said...

nice blog, gambo pon cantik