Tuesday, September 25, 2018

Exploring Xi'an, China - Visa for China, Kuala Lumpur to Xi'an

As usual. Perancangan berjalan-jalan ni ilham dia datang masa pelik-pelik. Selalu tengok filem cina pasal terracotta warriors ni. Tapi tak pernah terfikir 1 hari nanti akan jejak dan tengok depan mata terracotta warriors ni. Ajak punya ajak, plan punya plan, bulan December 2017 Eda belikan tiket dan book hotel terus. Kami bayar kat Eda sebab nak sekaligus booking nanti senang. Lepas tu mulalah susun itinerary, cadangan-cadangan tempat yang nak pergi, makanan apa nak bawak, etc. Kau nampak, makanan ialah perkata utama hokey.

Visa ialah perkata penting. Dia leceh tak leceh, tapi kena buat. Basically kena isi borang online kat website China Embassy, then print borang tu. Pergi kedai, ambil gambar visa. Cakap kat orang kedai, nak gambar untuk visa China. Then pergi China Embassy, submit borang. Nak submit borang tu bawak sekali passport, salinan passport, salinan flight ticket (travel itinerary) dan confirmation booking hotel / guesthouse / hostel etc. Diorang nak tengok kau bakal duduk kat mana nanti, tu je. Tunggu 4 hari then siap! Pergi lagi sekali ke embassy, bayar duit visa, dan siap! Wah macam senang kan. Cuba buat.

Aku pergi China Embassy dengan officemate. By the way nak hantar borang ni tak perlu semorang yang apply tu pergi. Wakil pon boleh. Nak ambil pon sama. Wakil pon boleh.


Jangan risau. Kalau gambar tak cukup or tak menepati piawaian, boleh ambil je kat sana. Bayar lah tapinya, dengan harga di atas. Aku tertinggal flight ticket. So print sahaja kat sana. Ada beberapa computer with internet disediakan untuk orang awam guna. Free aje. Print je kena bayar.

Settle semua, beraturlah kat kaunter yang bila masuk je pejabat visa tu terus ada kaunter tu. Kat kaunter tu dia akan check semua dokumen-dokumen dan bagi nombor.

yeah ada 4 peserta kali ini

beratur lah


Kami agak beruntung sebab tak ramai sangat orang. Beratur tak lama dan tunggu pon tak lama. Settle semua dalam sejam macam tu.

lucky number

Bila nombor dipanggil, serahkan semua dokumen. Pegawai akan cek, key in 1-1 maklumat pemohon. Then tunggu kejap, dan akan dapat resit visa collection. Kat situ tertulis bila siap.

tadaaaaa
Lepas tu boleh lah balik. Lepas 4 hari boleh lah datang collect passport yang dah ada visa dalam tu.

Settle part visa, part itinerary pulak. Kami berjumpa 1 kali. Discuss pasal itinerary. Tapi biasalah, borak benda lain dan mengopi lebih penting. Hahaha. Kami dah ada draft itinerary so kita follow lah yang tu nanti. Setiap orang bawak duit cash, untuk makan, transport kat sana, shopping dan souvenirs. Kami tukar kepada duit RMB atau short form dia yuen.

as usual mesti ada 1 luggage makanan hahaha
Mama drop off je kat KLIA2. Lepas tu kami pon berjumpa dan terus check in kat kiosk. Lepas tu check in luggage. Ambil luggage sorang 20kg. Amboi. 

Kami sewa portable wifi Roaming Man. Ada kat KLIA2 tu. Tak perlu prebooked, just walk in. Murah rate dia, deposit pon murah. Tapi ke China ni kena install VPN dulu kat mobile phone memasing, untuk unlock applications yang diblock di China.

kami sempat selfie, eda dan shah uruskan check in luggage
Hari kejadian pon tiba. Flight kami petang. So janji jumpa terus kat KLIA2.

first time guna automatic luggage check in system ni.
Punyalah confuse cemana nak guna kaedah automatic ni. Pulaknya ada sekali tu kami pergi letak luggage one on top of the other. Sebab ingatkan check in bilangan beg mengikut bilangan manusia. Sekali salah. Nasib ada officer AirAsiaX yang tolong. Dia siap call kat orang luggage kat bawah untuk make sure yang dedua luggage tadi tu masuk ke flight yang betul. Terima kasih encik! Jasamu dikenang. Ada gambar selfie dengan encik tu tapi mana dia gambarnya shah?

Lepas settle tu kami terus berkejaran masuk ke departure area. Sebab settlekan tu aje ambil masa, kami takut terlepas flight. Kami terus jalan laju-laju, solat dan terus ke gate. Ngam ngam aje sebab kami antara yang last masuk flight.




Kawan-kawan yang pernah naik flight ke China memang ada cerita, flight ke sana memang meriah suasananya. Memang betul you all!!! Memula kami dapat tempat duduk yang ramai-ramai kat belakang. Maklumlah tak book seat. Lepas tu masa nak masuk tu crew cakap nanti kami boleh tukar ke quiet zone sebab ada 1 family tu dia bawa budak kecik. Budak kecik tak boleh duduk kat quiet zone. Kami duduk dulu kat tempat asal, then barulah tukar ke quiet zone.

Quiet tak quiet ye kawan-kawan. Kemeriahan tetap dirasai bagaikan pulang ke desa berhari raya. Orang yang bukan dari China jadi macam culture shock dengan kemeriahan orang China. Diorang memang bising dalam flight, quiet zone ke tak quiet zone ke sama aje. Masa nak take off ada yang slumber jalan nak ke toilet, kau mampu? Masa nak landing, yang duduk bahagian tengah, boleh buka seat belt dan bangun berdiri untuk tengok keluar tingkat accross the other seats, nak tengok suasana landing, kau mampu? Terpaksa cabin crew jerit suruh diorang duduk dan pakai seat belt. Aku rasa CC dia dah immune dengan suasana dan perangai mereka ni.

isilah landing card sesiap. by the way itulah rupa paras visa ke china
Kami duduk kat row belakang sekali quiet zone tu. depan shah ada sorang nenek China. Setiap kali aku bergerak dia akan toleh tengok. Aku tunduk ambil earphone dalam bag pon dia toleh. Aku bercakap dengan siti dan eda pon dia toleh. Aku suap makanan pon dia toleh.

ayam sweet sour katanya. Sebab nasi lemak pak nasses habis.

tahan nak gelak sebab masa kami selfie ni pon nenek yg duduk depan shah tu pusing pandang.

lapar ke?

coffee dan hot chocolate dia sedap aku suka
Kami tiba di Xi'an International Airport lebih jam 12am. Through immigration tak complicated sangat. Diorang bertiga lepas dengan lancar. Time aku je, pegawai tu selak selak passport, tunjuk page visa umrah.

Officer : What are you doing here (tunjuk gambar visa umrah)?
Aku : I went there to perform my pilgrim (kalau sebut umrah bukan dia faham)
Officer : How long?
Aku : 2 weeks
Officer : What ?
Aku : 14 days.
Officer : *tenung visa tu...

Cop cop. Settle.

Kami terus jalan menuju arrival hall, terus ikut signboard TAXI. On the way nak sampai ke taxi stand tu, ramai ulat-ulat kereta sapu offer kami. Trick nya, no eye contact, jalan terus je.

Kami ambil 2 taxi. Taxi dia kecik je you all. Kat bonet pulak separut bonet dia dah penuh dengan tong NGV. Mana nak muat luggage kami.

Sampai kat hotel, check in smooth aje. Masuk bilik, mandi semua. Aku seperti biasa terus nak tido. Eda dan Siti makan dulu sambal ikan bilis  dengan nasi brahims. sedapnya!

saja snap gambar kereta ni senan comel kecik nonet


2 comments:

Xuera_lar said...

kihkihkih....berdekah baca part nenek tu....mungkin dia ingat Aliaa Cina masuk Islam....hahahaha....

monstorious wife said...

Org2 C mmg begituhh. Tu belom part nak take off and landing selamba jawab telepon. **facepalm.