Wednesday, July 18, 2018

#AliaaShahEdaIliTakeNewZealand : Day 11 & 12 : Mt Cook, Lake Pukaki, Christchurch, Auckland and Home

Untuk post ni, aku combinekan hari second last dan hari last di New Zealand. Kekurangan mengambil gambar. Memasing berperang dengan diri sendiri tak nak balik Malaysia. Sebab tak nak berhadapan dengan realiti bahawa kena masuk kerja. 

Ok, hari second last tu, kami bangun, packing semua dan prepare breakfast kat hostel kitchen. Lepas breakfast, angkut luggage semua keluar dan masukkan dalam kereta. Buka cadar dan sarung bantal dan letak dalam bakul yang disediakan, dan terus check out. Ambil gambar dulu kat luar hostel sebelum bergerak.


cuaca cantik sangat


sebagai blogger tersehor (iye lah tu) kenalah ambil gambar depan kediaman

mata nak tutup pon boleh


saje je diorang ambil gambar ni sebab belakang tu lah mamat Netherlands yang kacak lagi macho yang sama dorm dengan kami tu.
 Mamat Netherlands tu nak pergi Hookey Valley pagi ni. Diorang suggest tumpangkan dia. Yang aku ni for some reason aku cakap takyah lah manetau dia tak suka ke cemana. Ape entah aku fikir. Pastu kami tumpangkan dia jugak sampai ke starting point. Lepas dah babai babai kami pon proceed.






Macam biasa buat beberapa pitstop untuk ambil gambar.








Ini kat Lake Pukaki







punca punca sunburn teruk



tak sure aksi ape




 

Kami sepatutnya pergi ke Church of God Shepard. Tapi maybe sebab mengejar masa nak sampai ke Christchurch awal, kami tak pergi. Yang ni pon tempat must go kalau ada rezeki ke NZ lagi. Kami pitstop kat macam RnR. Eda & ili nak ke toilet.

terik sangat

nampak terik dia
 Sementara tunggu diorang...



tema gambar kali ni banyak qu puteh

before

after
 Glamourlah Eda hahaha. Actually bila kami sampai kat Christchurch, kami jalan-jalan kat bandar dia. Tapi aku tak sure kenapa aku takde gambar-gambar tu. Nanti nak kena tanya diorang balik and copy balik gambar-gambar tu. Kalau teringat nanti aku edit post ni.

Gambar-gambar bangunan kesan earth quake beberapa tahun dulu. Macam boleh imagine keadaan dia. Kat town jugak kami makan quick lunch. Lepas tu kami terus ke lodge yang kami book masa hari ke-4 kami kat NZ, lepas keluar dari owner AirBnB yang saiko tu.

Lodge ni kami book family room. Dia macam mini apartment 2 bilik, untuk 4 orang. Sangat selesa. Lepas dah letak luggage etc, kami pon terus keluar. Memang plannya nak dinner mewah (amboi) malam tu tapi sebelum dinner kami cari tempat cuci kereta dulu. Kereta yang berhabuk 18 inchi tu nak kena cuci sesiap sebelum pulangkan esok kat airport.

Lepas cuci kereta, kami pon ke Italian Restaurant tak jauh dari Lodge. Dalam area bandar Christchurch tu jugak. Kami macam heran kenapa macam takde orang kat bandar. Tapi yelah, kan macam bandar kat UK, lepas pukul 5 petang semua off. Tapi restaurant penuh.

Gambar kat restaurant pon aku takde. Aku pon heran ni. Actually masa hari ke-3 kat NZ ni kan camera iphone aku rosak. So aku hanya boleh ambil selfie aje (front camera ok). Aku rasa macam ada ambil gambar-gambar tu semua tapi nantilah aku tanya diorang balik. Memasing order 1 meal each. Tapi tak habis so kami take away. Esoknya panaskan makan breakfast.

Esok pepagi, hari last di NZ, kami bersiap pagi-pagi. Breakfast semua dan check out. Terus ke airport. Shah drop off kami kat  departure hall dan pergi pulangkan kereta. Then jalan kaki ke departure hall. Dekat sangat tempat sewa kereta tu.

Sepanjang kat South Island kami sewa kereta dari Shoestring Rentals, PIC ialah Cameron. Sangat baik, reasonable price, easy to deal with and fast reply. cuma Garmin GPS tu je buat hal. Thanks Cameron!

Kami terus ke kaunter untuk check in luggage. Ada drama swasta sikit sebab berat lebih. so adjust sana sini, angkut masuk hand luggage, dan settle Alhamdulillah. Got our boarding passes dan kami terus masuk.

saje nak tunjuk sling bag Kathmandu AUD25 on sale hahaha


seat semua penuh so duduk kat tepi tepi je. actually ramai je duduk. muka pagi sangat ni.

coffeeeee i need coffeeeee
Sampai aje kat Auckland, kami terus ambil luggage dan terus ke tempat nak simpan luggage. Rupanya tempat simpan luggage ialah sama tempat dengan sewa wifi. Belakang-belakang je kiosk dia. 1 luggage AUD 10-15 macam tu tak berapa ingat. Yang luggage kecik cabin bag tu dia tak kira. Baik betul orang tu. Terus kami nak ambil Uber ke shopping mall. Nape nak pegi shopping mall? saje nak jalan-jalan kill the time. Sebab airport nya kecik je takde apa nak tengok. Tempat duduk pon limited sangat.

Uber pulak satu hal. tempat tunggu Uber kat seberang-seberang jalan dari arrival / departure hall. Kami kena extra charge sebab dia pusing 2 kali ceh...


dalam Uber pon sempat
 Bahaya dalam mall tu. Sebab ada kedai Kathmandu dan dia ialah sale. Makanya setelah mama suruh paksa beli, daku pon membeli backpack ini. Untuk misi tahun ini dan tahun-tahun seterusnya. Hahaha.

I like the colour
Kami lunch jugak kat mall tu. Lepas tu kami decide untuk ambil taxi aje. Lepas tanya pemandu taxi berapa kosnya, sama dengan Uber so Uber takdelah jimat mana pon kat sana. Sampai di departure hall airport, terus ambil luggage, pulangkan wifi dan terus beratur untuk check in.

comel kak teh pakai baju all black
 Settle check in luggage semua, kami terus masuk ke boarding area dan terus ke gate. Tunggu je lah kat gate tu sambil kekonon online padahal wifi mana dapat. Kat airport Auckland tu wifi free sejam je hadoi la...












Flight was on time. Transit kat Gold Coast pon smooth macam biasa. Sampai kat KLIA2 pon ontime. Kami lepak kejap then memasing pon berangkat balik. Mama sampai ambil aku. Eda naik train balik rumah. Shah tunggu kakak ambil dan Ili tunggu parents ambil.

NZ tu besar sangat. Mana cukup 12 hari nak cover.

NZ tu cantik sangat. Pandang mana-mana semua cantik.

Orang NZ semua baik-baik.

NZ soooo bersih. Toilet bersih, kering, ada tissue, banyak air.

Semua best lah.

So, nak repeat ke?

Ada beberapa tempat nak repeat tapi ada jugak tempat yang termiss dan nak pergi kalau ada rezeki lagi dan maybe nak skydive lagi. 15,000feet pulak kali ni?

2 comments:

Azra said...

cantiknya!!! nak repeat T___T

aliaaroslan said...

@Azra rasa macam nak travel ke sana sebulan sebab tak puas.