Monday, May 14, 2018

#AliaaShahEdaIliTakeNewZealand : Day 7 : Te Anau to Queenstown, Sky Diving, Hakka Show


Malam sebelumnya, kami semua tidur awal. Sebabnya, target nak bangun awal pepagi sebab journey dari Te Anau ke Milford Sound lebih kurang 2 jam macam tu. Kami dah book Milford Sound Cruise jam 8.30am, so target bertolak dari Te Anau jam 6am.

Jam 4.30am macam tu aku dah bangun. Kami semua gerak berjemaah ke toilet, memasing settlekan diri sendiri, balik bilik, kemas bag. Angkut luggage ke kereta, masukkan dalam kereta dan terus gerak. Aku seperti biasa, pilih nama tempat dari Garmin GPS yang kami sewa sekali dengan kereta tu, then GO.

Sebelum subuh sepi'e kami keluar. Apa pon tak nampak. Memang ikut GPS aje. Aku tersengguk tidur sikit-sikit. Kesian Shah drive sorang tapi dia cakap dia tak ngantok. Ada 1 tempat tu berhenti kejap nak ambil gambar. Gelap pon bantai aje lah selfie pon haha.


makeup apa pon tak pakai hahaha

ini muka terkejut kot ke cubaan membesarkan mata
Lepas tu kami teruskan perjalanan. Ikut punya ikut GPS tu, tiba-tiba kami sampai kat Queenstown. Apa?????. Mulalah nak panik. Sekaliiiiiii GPS bawak ke Milford Sound Jucy CruiZe - office dia kat Queenstown. Bukan ke Milford Sound Jucy CruiSe. Confusion kat Z dan S tu.

Plan asal hari tersebut ialah dari Te Anau ke Milford Sound. Petang tu barulah dari Milford Sound ke Queenstown. Sekali dan sampai office nya kat Queenstown. So kami terus masuk ke office tu, tanya kalau boleh reschedule ticket. Orang tu kata boleh. Tapi masalahnya ialah, dari Queenstown ke Milford Sound iala 3 hours drive. Pergi balik dah 6 hours drive sebab malam tu kami dah book lodge di Queenstown. Lepas dah discuss, kami decide untuk tak yah lah ke Milford Sound tu. Sebab nanti penat je atas jalan 6 jam. Sepatutnya, kami naik cruise kat Milford sound, jalan-jalan kat area Milford Sound dan drive ke Queenstown untuk bermalam kat sana. Tapi takpa, kami yakin ada hikmahnya. Nak marah GPS pon tak guna. Baik kami rearrange jadual kami.

Kebetulan, plan asalnya untuk the next day (Day 8), kami dah book nak buat aktiviti sky diving di Queenstown. Kebetulan jugak, office NZone Skydive opposite office Milford Sound Cruize tu. So kami terus ke office NZone, tanyakan kalau-kalau boleh awalkan sehari jadual skydive. Dalam website memang tulis, semuanya bergantung kepada keadaan cuaca dan jadual booking penuh atau tak. So kami cuba jaya jelah.

Tanya punya tanya, NZone kata jadual diorang penuh, tapi mereka akan forwardkan kepada sister company dia, namanya Skydive Paradise, dan ada kekosongan untuk kami berempat. Alhamdulillah. So dah book untuk trip jam 11am. Kami pon parking kat bangunan parking dan jalan kaki aje around the town. Kami pergi breakfast dan jalan-jalan sambil nervous sebab macam tetiba nak kena skydive harini.


senyum dalam debaran

eda ni aku cakap flip kaki, dia pergi angkat camtu. nak menari ballet ke?

Lake Wakatipu

amboi siap lebar tangan




ini aksi ape?

nampak burung tak?

itik manja

maafkan my pale face

tetap silang kaki

sempat survey barangan all blacks

survey, snap gambar dan hantar kat malaysia tanya-tanya kalau sape nak kirim


scale to body ke?
Sebelum pukul 11 kami dah ada kat office Skydive Paradise. Dah isi undertaking letter dan timbang berat memasing. Officernya nak rekod.

muka berdebar bagaikan nak kena masuk meminang
Lokasi kami akan skydive ialah Glenorchy. Kami memang plan nak ke Glenorchy tu, memang rezeki betul terus pergi. Perjalanan almost 1 hour tapi halfway berhenti untuk ditunjukkan lokasi kami akan terjun nanti.

cantik sangat



Sampai aje kat site office skydive paradise tu, kami masuk ke site office tu dan ditunjukkan video dan cara-cara nak skydive nanti. Walaupun kami akan skydive secara tandem dengan dive master, kena tau jugak cara-caranya kan. Lepas tengok video dan dengar explaination dari officers, kami pun lepak-lepak aje kat situ sambil tengok plane turun naik, bawak naik orang dan tengok orang landing dari skydive.

belakang tu kawasan landing

geng nervous yang buat-buat cool

siap buat simpol tangan rocker lagi. rockers nervous ke? hahaha

merenung sambil fikir - apelah yang aku nak buat ni...
Sekali plane naik, akan bawak 3 skydiver dan 3 skydive tandem master. Diorang akan keluarkan senarai nama, grouping bertiga. Sekali keluar nama aku, Shah dan Eda. Katanya Ili next group. Kami pon get ready lah pakai dive suite, body harness, dipakaikan helmet dan goggles.








dapat glove tebal jugak


amboi amboi amboi. padahal memasing nak terkucil kan?







Lepas group sebelumnya selesai, tandem dive master kami masing-masing pon approach kami. Oleh kerana kami booking sekali untuk dapatkan gambar dan video, ada sesi interview sikit dengan dive master. Lepas tu terus naik ke plane.

berjalan ke plane pon berdebar gila

tak sempat dah nak cancel atau tarik diri ni

seriously, apalah yang aku buat ni
Dan...



















finally on the ground!

siap tepuk bahu tandem master hahaha

alhamdulillah gimme five


3 orang budak yang tengah mabuk nak muntah

muka puas hati tapi terasa nak muntah

Alhamdulillah semua lancar. Kami pun nak pulangkan semua barang-barang dan buka dive suite. Kami nak tolong ambilkan gambar ili pulak. Tapi, nasib tak baik, ili takde rezeki nak buat skydive. Alasan dari pihak skydive paradise ialah tandem master tak berani nak ambil risiko, sebab takut combination berat skydiver dan tandem master tak dapat ditampung oleh parachute. Faktor keselamatan, itu yang utama.

Kami tunggu kejap sementara video kami disiapkan. Gambar-gambar dan video kami dicompile dan diberikan dalam pendrive sorang satu. Lepas buat bayaran, kami pun terus naik van dan dibawa balik ke Queenstown. Dalam van memang tahan aje dari muntah. Sambil tu tutup ajelah mata.

Sampai kat Queenstown, kami decide untuk beli makanan light-light untuk lapik perut. Ambil kereta (Parking fees kena NZD15 kalau tak salah - memang mahal parking) dan terus ke Reavers Lodge yang kami dah book. Kami akan duduk di lodge ni 2 malam. Masa ni masih pening-pening lagi. Yelah perut macam terbalik-terbalik kan terjun tadi. Check in lodge, makan, lapik perut, buat air panas, layan internet, etc.

comel tanda kat toilet dia

cuaca memang cantik. tu yang boleh skydive tu
Dalam pukul 6pm macam tu, kami keluar dari bilik dan menuju ke Queenstown cable car. Nak naik cable car, dan tengok Hakka Show on the hill.


muka buat-buat ok padahal masih pening-pening lalat

cantik sangat view Lake Wakatipu from the top






Kami dah book untuk tengok Hakka Show. Pakej bayaran dia sekali dengan cable car. Tapi kat dalam Hakka show tu tak boleh rekod.




lepas show boleh bergambar dengan diorang
Bagi aku, Hakka show tu kalau tak tengok pon takpe. Bak kata ili, asyik kena percikan peluh dan air liur je. Baik tengok kat youtube hehehe. Aku kasi 3/5 bintang.

Turun dari situ, kami terus cari dinner di town. Restoran yang kami nak try dinner tu penuh so kami buat reservation siap-siap. Sementara tunggu tu kami jalan-jalan ke kedai souvenir.

siapa nak?
Kami order dinner dan enjoyed our food very much. Tapi sorry aku terlupa nak ambil nama restaurant. Kami order yang vegetable dan seafood based food.

sedap sangat seafood platter dia





muka lapar




What an adventurous day for us. Balik bilik, mandi and tidur. Esok kami nak cari tempat untuk ili buat bungy jumping, since ili tak dapat buat sky dive siang tadi.

0 comments: