Sebelum menyambut anniversary pertama trip NZ ni, baiklah aku habiskan cerita ceriti nya. Nanti kena kecam sebab cerita travelogue basi. Hahaha.
Malam sebelum tu kami tidur dengan perut sebu. Maklumlah tunggang terbalik dek kerana skydiving. Esok pagi nya bangun dengan segar sekali. Dengan penuh bersemangat pergi breakfast (tak bawak fon nak bergambar) dan terus ke reception untuk tanya options yang ada untuk skydiving.
Cari punya cari, budak handsome kat reception tu suggest kat kawaraw bridge, under AJ Hackette. Kena drive dalam 30 minit ke tempat kejadian. Dia pon dah bookkan slot untuk Ili. So lepas balik bilik, ambil barang-barang, kami terus ke tempat kejadian.
Kami teman Ili register, sampai beratur, sampai pakai harness dan standby kat tepi untuk tunggu ili terjun. Standby sekali ambil video untuk Ili. As usual aku ialah jerit kuat sekali bila ili terjun. Macam kan kau yang terjun Aliaa, kau dah kenapa. Pastu, dia macam eh tetiba ili dah ready nak jump. pastu eh dah siap.
Then terus ke kaunter untuk order gambar dan video. Sementara tunggu tu, kami pon order coffee, dan makan cake.
|
pon boleh |
|
takde line wifi "pulangkan wang kami!" |
|
macam YB dahhh. tahniah Ili! |
Lepas dah siap collect gambar, video dah freebies, kami pon keluar dan bergambar kat kawasan kawaraw bridge tu.
|
tudung tidak memberikan kerjasama yg baik |
|
aksi qu puteh |
|
control |
|
kena rasuk maori sikit |
Kasil rasukan penuh maori kat end of this entry. sila gigih membaca entry bergamba ini ya.
|
air hijau jernih |
|
dah tak berapa skillful la selfie pakai gopro ni. |
|
cover dari terik |
|
cepat snapppp |
|
the first bungy jump from a suspension brigde in NZ |
|
gaya "welcome to my bridge" |
|
aku sorang je pakai jeket tebal-tebal. orang lain ok je baju nipis |
|
gaya garu dagu ke apa ni |
|
besar jugak area ni |
|
kakteh moncong kenapa |
|
yeah awal cun tapi mata sepet |
|
butler hahaha |
On the way balik ke Queenstown, kami stop by kat satu tempat ni. Tak sure lake apa. Tapi scenery cantik. wajib bergambar hokey.
|
yeah tudung dah start buat hal |
|
ahli jemaah bersama pasangan pengantin photoshoot kat belakang nun |
|
cantik kan |
|
awan kepuk kepuk |
|
perspective yang menampakkan aku gemuk dan eda kurus |
|
photobomb boleh pelancong juga |
|
test kesenian bergambar |
|
sebok setting go pro |
|
kesenian lalang namanya |
|
efek angin bertiup |
|
kenapa tudung aku dengan eda tu teruk sangat |
|
kesenian introduction to sunburn |
Lepas bergambar, kami terus ke Queenstown library. Dah kenapa kau holiday pon nak pergi library? Sebab nak cari pc, nak cucuk pendrive, nak tengok video skydive memasing. Dan dengan harapan boleh load masuk ke handphone dan update IG. Kau mampu usaha sekeras itu?
|
zaman study pon tak gigih pergi library sangat |
Kami take turn guna pc yang ada. Kena bayar NZD2.50 untuk setengah jam kalau tak salah. Tapi, internet tak berapa cemerlang. Lama sangat masa yang diambil kalau nak upload video masuk google drive. So kami just record je onscreen video memasing dan snap mana-mana gambar yang kami suka on screen jugak. Jadilah buat penghibur hati. hahaha.
Selesai tu kami ke town. Parking kereta dan jalan-jalan. Takde arah tujuan yang spesifik. Kami lunch makan nasi mix kebab ayam beli kat kedai turki.
|
the sky was so blue |
|
gambar ice cream ni pon rasa sedapppp |
|
survey jam adidas all blacks |
|
ada 3 options |
|
siap test pakai sebab mamat nak tengok. |
Endingnya, Mamat kirim beli jam 1, Shah pon angkut 1. hahaha
Petang tu kami dah plan nak picnic kat tepi tasik. Siap nak goreng cekodok bagai semua. Marilah kita walaupon hari cuaca macam sejuk petang tu.
|
owh this is our common car seating situation. unless tukar-tukar drive then akan rearrange. |
|
setting up |
By the way, dapur camping bawang sendiri, periuk kecik dan kuali kecik bawak sendiri. bekas isi makanan bawak sendiri. sudu garpu pisau semua bawak sendiri. Yang beli kat NZ hanyalah gas memasak tu je.
|
membancuh dan nak menggoreng |
|
masak kak |
Angin bertiup tak tentu arah. Bukan kategori sepoi-sepoi bahasa ke apa. Tapi tabah aje lah cover dengan apa yang ada supaya api tak padam.
|
cooked and picnic by the lake *checked* |
Oh by the way, tepung cucur adabi pon bawak dari Malaysia. Sos cili kimball pon bawak dari Malaysia. Ini lah sos cili yang aku jumpa yang botolnya plastik. So ringan dan tak mudah pecah. Kami panaskan jugak sambal ikan bilis Brahims buat cicah-cicah.
Lepas makan, kami pon kemas-kemas get ready nak balik lodge.
|
senja tapi belah sana tak berapa senja lagi |
Malam tu kami ronda-ronda Queenstown aje. Beli souvenir dan sebagainya. Maklumlah esok dah nak gerak ke tempat lain.
Ending untuk entry hari ke-8 ni ialah rasukan Maori. Terimalah...