Tuesday, February 6, 2018

#AliaaShahEdaIliTakeNewZealand : Day 5 : Akaroa, Elephant Rocks, Waihola

Cerita pagi yang menyeramkan tu aku dah cerita kat previous post. Ini lah muka-muka bangun awal pastu cepat-cepat nak tinggalkan rumah owner aneh tu.



Gerak keluar aje dari Christchurch, terus kami cancel reservation untuk rumah tu untuk yang our return trip nanti. Lepas tu kami terus bergerak ke Akaroa.





Lepas sejam lebih, kami pon sampai lah kat pekan Akaroa. Kabus masih banyak lagi so kami pergi breakfast dan mengopi dulu kat cafe yang dah buka. Kami minta permission untuk makan bekal yang di bawa. Owner cafe kata takde masalah, makanlah. Itu aku tipu. Dia cakap, sure, make yourself at home. Gittew.



model dah start kerja





Punyalah cantik Akaroa ni. Semua cantik. Tasik, kawasan, semua lah. Cantik, bersih pulak tu. Berapa kali entah aku cakap cantik ni kan. Kalau ada rezeki datang NZ lagi, konfem akan repeat dan nak overnight kat Akaroa ni.


















biasalah gambar gopro, mesti ada fish eye effect




























burung ni kerjanya berry je







Cuaca dia cantik, cuma angin dia tu yang kejap kuat, kejap slow, kejap sejuk sampai kena double jacket, kejap satu jacket je dah ok, kejap bukak semua.

Puas shooting semua, kami pon bergerak ke next destination. Jauh jugak perjalanan lepas ni, dalam 4 jam jugak. Tapi banyak berhenti. Berhenti ambil gambar, berhenti makan, berhenti ngopi, berhenti ke toilet.


belum ready pon dah snap










kaya kan diorang ni. rumah besar, tanah luas, kambing banyak



Kami singgah 1 pekan ni untuk lunch. Pergi order fish and chip takeaway. Masa tu Ili dah start macam selsema dan batuk, tekak tak selesa. So pergi singgah farmasi kat sebelah kedai fish n chips tu. Pharmacist check dan prescribe ubat.

mahal gila ubat ni tapi memang berkesan

Ambil fish n chips dan cari spot untuk makan. Parking tepi jalan, bentang tikar dan duduk makan.


Destinasi kami ialah Elephant Rocks. Masa kami sampai tu, hujan renyai-renyai. Lepas tu on-off renyai. Shooting tetap diteruskan.

walaupon baru pukul 4 petang tapi sebab cuaca gloomy, so gelap suram je









Macam familiar tak tempat ni? Haaaa korang mesti tengok filem Narnia kan. Ini lah film location nya. Kenapa panggil Elephant rocks? Sebab bentuk dia macam gajah katanya.

Nak masuk tempat ni, parking tepi jalan, then masuk lah. Sebenarnya masuk ke ladang kambing. Banyak gila kambing biri-biri kat sini. Gebu gebas pulak tu. Geram rasa nak pelok. Tapi, see cannnnnn touch cannotttttt sebab nanti diorang lagi.

Oleh kerana ini ladang kambing orang, so haruslah ingat bila masuk dan keluar tu jangan lupa rapatkan balik pagar nya. Karang keluar pulak kambing-kambing tu.










Punyalah banyak ambil gambar kat sini. Boleh agak tak berapa total gambar?


iklan free qu puteh



nampak tak macam peta topohraphy tu

cantikkkkk
Lepas tu kami terus menuju ke Waihola yang akan melalui pekan Dunedine dulu. Malam tu kami akan bermalam di Waihola dan esoknya patah balik ke Dunedine untuk jalan-jalan. Accomodation kat Dunedine agak mahal so kami pilih tempat out circuit sikit. Jarak Waihola ke Dunedine dalam 20 minit. Kami book through AirBnB jugak. Ownernya orang tua. Perjalanan dari Elephant Rocks ke Dunedine tu estimated to be 3 1/2 jam. Oleh kerana kami takut sampai lambat, kami hantar message through AirBnB apps dan beritahu ETA kami. Owner rumah, Wayne, reply ok, no worries.

Sampai aje kat rumah Wayne, kami terus diberi tour around the house. As he said, make yourself at home. Segala benda semua dia kasi guna. Siap sediakan eggs, bacon, bread, milk, coffee tea hot chocolate, semua lah. Pastu kami tanya, boleh guna washing machine dan dryer ke. Dia cakap, of course dear. Kitorang memang suka sangat. Lepas tu dia terus masuk bilik dia tidur. Kami terus keluar kan barang-barang, unpack dan keluarkan barang makanan dan masakan, terus masak.



Malam tu kami tidur lena. Apa taknya. Perut kenyang, bilik pon suam-suam selesa. Lagipon tak sabar esoknya nak pergi Cadbury world!

0 comments: