Alamak, dah ada peminat-peminat (eh perasan) yang suruh update blog lah. Terutamanya yang kat Korea tu, mesti boring hari-hari buka blog aku masih tak update lagi. Oppsss...
Sorry you all. Cerita bulan January tak habis-habis. Ceh entah bila nak habis. OK jom kita sambung.
Untuk hari ke-10, yakni hari Ahad, kami decide ke Jamsil. Nak bawa Sofea dan Mateen ke Paroro Park di sana. Paroro Park ni sama bangunan dengan Lotte World tapi dia tingkat bawah sekali.
|
Genma nak selfie dengan Sofea tapi Sofea lagi minat main snow |
Penat pujuk-pujuk Sofea supaya ambil gambar. Tapi memang sapa tak geram woi tengok snow gebu gebu.
Oleh kerana semalamnya dah snow lebat, so haritu tak sejuk sangat. Sebagai orang yang tak berapa minat pakai glove, memang hooray lah aku.
|
memang saje lalu kat snow tu |
|
tebal snow nya |
|
genma main snow nak kenakan alim |
|
memang seronok padahal main snow depan rumah je |
|
gitchu tak posing |
|
jari dah kebas tu sebenarnya |
|
alim kata cara dia buat tu ialah love gaya baru jugak |
|
depan rumah genma |
Dari HUFS, kami naik bas no. 1117 ke Jamsil. Kami berhenti di hentian terakhir sebelum Jamsil station. Nampak aje patung Lotte World, terus tekan loceng dan turun.
Kami seberang jalan dan terus masuk ke underground shopping area. Underground ni bersambung dengan bangunan Lotte World, Lotte Mart dan semua yang Lotte lah. Lotte ialah antara top 5 company terbesar di Korea, termasuklah Samsung dan Hyundai.
Bila dan masuk underground, terus pergi beli kimbap favorite kami. Boleh pilih nak letak ini apa dan ahjumma tu akan buatkan terus fresh kat situ jugak. Kami pilih kedai ni sebab kedai ni dia tulis Kimbap no. 1 Korea. Katanyalah. Tapi sebenarnya sebab kedai ni ahjumma dan ahjusshi dia peramah.
Kat bawah ni boleh tengok cemana dia buat.
|
menu yang ada. aku tak pernah try lagi yang letak cheese |
|
sporting betul ahjumma ni. masih cantik walau seharian buat kimbap. kalau aku, seharian kat site terus legam. |
Lepas beli kimbap, kami jalan-jalan kat underground shopping tu. Ada beli shirt kat satu kedai ni dan tanya orang tu kat mana Paroro Park. Pandai tak trick di situ. Hahaha. Pastu dia terus tutup kedai kejap dan hantar kitorang sampai ke kaunter Paroro Park. Kau mampu?
Lepas tinggalkan Maisa dan family kat situ, aku, mama dan Alim pon pergilah ke food court nya nak lepak makan. Aku beli kopi kat situ dan kami pon makan...
|
sedapnyaaaaa terbayang-bayang kesedapan sampai sekarang |
Kami tunggu dan makan kat food court sementara budak-budak tu habis main. Paroro Park tu KRW 10,000 per person, kanak-kanak dan dewasa. Tapi sebab haritu perayaan apa entah, ada diskaun jadinya KRW8,000 per person.
Lepas makan dan minum kopi, kami pon jalan-jalan kat underground tu. Nak jalan kat luar sejuk, lagipon minggu sebelumnya kan kami dah datang dan pergi jalan-jalan sampai ke olympic park.
|
inviting sangat alusimitai kaler kaler ni tapi perut masih kenyang masa tu |
|
snow dah cair sikit sikit |
|
kne jalan slow-slow sebab licin |
|
mateen dan sofea tetapppp tidur |
|
Lottee World Mall yang baru siap |
|
Nak lintas jalan ke station bas, nak balik dah. |
Lepas dah shopping kosmetik lah, face mask lah, hari pon nak maghrib. Kami pon gerak balik ke rumah.
Sampai rumah terus makan nasi lemak second round. Sambal udang petai Mima masak sodap gilaaaaa...
1 comments:
Akhirnya berupdated jugak hihihihi....
Post a Comment