Friday, March 3, 2017

Winter in Korea 2017 Day 7 : Flaky morning in HUFS, Alchon, Edae, Edae Shopping & Myeongdong

Bangun pagi-pagi, bestnyaaaaa sebab lagi sejuk dari semalam. Hasilnya, banyak snow flakes kat surface jalan dan pokok. Jalan kena slow-slow takut nanti terjatuh.








kau mampu mak kau layan kau nak shooting pepagi sejuk tu

pokok pon sejuk wei

amboi

serious case of flakyness on the leaves

nak pasang lagu background ape ni


Kami naik bas ke Seoul. Janji jumpa dengan Shah kat Seoul Station. Turun kat Seoul station, kami ambil 2 taxi ke Ewha Women's University atau orang local panggil edae. Taxi 1 - aku, Shah dan Sofea. Taxi 2 - Semai, Zul, Alim dan Mateen.

Sampai aje kat Edae, taxi kami sampai dulu. Lepas tu barulah taxi Alim. Kami terus ke Alchon kebetulan dah nak dekat tengah hari.

spicy cheese rice - sebelum gaul

lepas gaul jadi macam ni. takdelah muak sangat makan cheese tu sebab pedas. mangkuk tu panas so jangan pegang tau
Lepas makan, kami masuk ke Edae. Ini first time aku masuk dalam uni ni. Sebelum ni tengok gambar aje dan jalan kat shopping area dia sahaja. Kali ni nak shooting. 

seperti biasa berbukit


jaga bebudak dulu sementara mak bapak diorang pergi shooting


Lepas tu Semai semua pergi duduk ngopi kat dalam kedai. Cuaca memang sejuk. Kami proceed shooting juga bertabah sangat. 

kiri kanan ialah classroom dan library. ada jugak convenient store.
gambar ni cantik so jadi blog header lah


menuju puncak!

releks aje smorang panjat tangga belakang tu

aksi naik tangga

sambil pandang belakang pulak

up lagi dan lagi

konon-konon turung tangga pulak

eh tengok ape tu

hmmm turun aje lah

old church

aku suka warna bangunan macam ni

konon-konon lagi, clipkan bag

Lepas tu kami join Semai. Ngopi kat Coffee Pasiya nama kedai dia.

Pasiya ni memang matching sangat dengan Alim. Dulu masa dia kecik, dia tak reti lah nak sebut penuh pacifier bila nak mintak puting kan. So dia slumber short form kat jadi pessiya. So ayat dia akan jadi cani "Nak pessiyaaaaa nak pessiyaaaaa". So dia pon tersipu-sipu malu lah masuk kedai kopi ni sebab kitorang membahan dia. Hahaha. Snap gambar dan hantar kat group whatsapp adik beradik, sambung kenakan Alim lagi. Alohhhh my ayanggggg.

alert gadjet and the wons



alma mater uni of notts sangat hahaha

aksi tengok ape ni



Lepas mengopi, hari pon dah ala-ala petang. So kami proceed bershopingan kat Edae shopping area tu. Ada banyak kedai with various choices kat sini. Kedai baju, kasut, handbag, etc. Kat area ni la yang aku borong banyak handbag dulu. So kami jalan-jalan. sambil tu, aku shopping barang-barang kosmetik yang member aku kirim. Diorang kirim with money of course. Sambil tu aku pon beli jugak barang-barang aku. Kat sini kan kosmetik sangatttt murah. Itu yang memang dah target apa nak pegi.

Bila dan nak gelap, kami pon bergerak balik semua ke Myeongdong. Ambil taxi dari Edae, dan janji jumpa kat Korea Post main building. Senang situ landmark besar. Sampai kat Myeongdong, kami sambung lagi jalan-jalan dan shopping kat Myeongdong. Maisa n zul lah shopping sakan. Aku sebab beg dah penuh so shopping sikit-sikit je.  Sambil tu, layan makan tart telur yang sedap sangat tu.


sedap wei

diorang makan tempura udang jugak
 Lepas berhenti makan, sambung jalan lagi.

Kesian budak-budak dah penat, lagipon bila makin malam makin sejuk. So kami pon beransur gerak balik, babai Shah.

Naik bas dan balik ke HUFS.


0 comments: