Tuesday, February 7, 2017

Winter in Korea 2017 Day 2 : Namiseom, Jamsil - Hard Rock Cafe Seoul

Hari ke-2 ni memang jauh dan adventures perjalanan kami. Nak ke Nami Island untuk kali ke lapanratusjuta.

Kalau dari HUFS, ada dua cara nak ke Namiseom ni.

Cara 1 : Naik bas 1117 ke Jamsil, then ambil another bas ke Gapyeong, then taxi ke Namiseom
Cara 2 : Naik bas no 60 atau 20 ke MRT Subway Gwangju, then tukar subway 4 kali sampai Gapyeong station, then taxi ke Namiseom.

Cuba teka kami pilih cara yang mana?

OK takyah teka. Kami pergi cara ke-2. Sebab nya nak pergi tengok MRT station baru tuuuuuu. Maklumlah, travel dengan engineer MRT Malaysia, mestilah nak tengok kan.


sisa baki snow
Oleh kerana ini station yang baru, Korea subway apps aku pon tak update lagi pasal station ni. Kami pon tanya kat kaunter subway tu which way yang nak ke Gapyeong. Dia bagi instruction baek punya, siap tulis dalam kertas. Then off we go.

cantik kauuuu. the station i mean.

Check cuaca, -14 darjah. Ya Allah sejuknya. Keluarkan tangan kejap-kejap nak snap gambar pon memang terasa kesejukannya.

station gwangju tu

in between changing trains





Sampai aje kat station Gapyeong, terus keluar dan nak ambil taxi. Kami share taxi dengan 2 orang lagi Malaysians. Terus beli teket ferry dan naik ferry.







Aku rasa its about time lah Namiseom ni lantik aku sebagai duta. Tak ingat berapa kali dah pergi. Everytime pon lain, everytime pon best.


dah sampai

Sampai aje, terus jalan-jalan, ambil gambar, jalan lagi...

wajib ambil gambar mirror selfie kat sini







Oleh kerana musim sejuk dan cuaca tersangat sejuk, ada banyak tempat yang diorang bakar kayu api. Pemanas badan.



Kami ke tempat nak sewa basikal dan skuter. Terus sewa yang motor skuter tu, KRW10,000 untuk 30 minit. Kami ronda-ronda kat part yang tepi pulau. Sangat sejuk bila kat kawasan-kawasan air tu.



suite up, gear up, go pro out





frozen lake








"GoPro, take a photo"




Rupanya 30 minit ialah tak cukup untuk selfie dan ambil gambar sepuas-puasnya. Kami kelam kabut jugak masa nak pulangkan skuter tu. Lebih dari 30 minit kau. Nasib baik brader john kat kaunter tu tak cakap ape-ape.

So, ape lagi. mestilah kelaparan kan. Marilah kita makan nasi goncang.



Dah kenyang, bateri fon pon dah charge, ape lagi, marilah kita sambung shooting. Nak ambil gambar kat the famous straight trees pulak. Member pulak pakai iphone7+, setting potrait dia terbaek kau.






Pose pegang / betulkan scarf. Wanted sangat pose ni.
Fuhhh seriously freezing gile wei. -14 darjah, what did you expect kan. Kami pon berjalan ke ferry, naik ferry ke main land, ambil taxi ke Gapyeong station. Sampai kat Gapyeong station, terus masuk dan pergi ke platform untuk ambil subway ke Jamsil. Plannya nak pergi Hard Rock Cafe kat situ.

Actually train ada beberapa jenis. Yang kami naik ni subway, so charge nya murah. Ada jugak fast train, namanya ITX. Shinkansen versi Korea. Kalau ITX ni kena beli teket asing, tak boleh pakai T-money tu. So masa tengah tunggu subway, ada la pelancong dari China nak tanya kat orang subway tu cemana nak balik ke Seoul naik subway sebab dia takde cash untuk beli teket ITX. Dia hanya ada T-money. Orang subway tu pon tak boleh nak explain dalam bahasa cina atau English. Pelancong China tu pulak tak boleh nak cakap hangul, dia hanya boleh cakap English atau bahasa cina. Sebelum tu orang subway ada tanya kami nak ke mana, kiranya dia nak tolong tunjukkan train mana nak naik, etc. Aku pon jawablah dengan broken-hangul aku yang aku perasan power ni, yang kami nak ke Jamsil. So, orang subway tu suruh pelancong China tu tanya kami sebab dia tak faham ape pelancong tu nak tanya. Kami memang fahamlah sebab pelancong tu cakap English.

So kami pon borak, explain semua dengan pelancong tu. Kami akan naik subway yang sama sebab kami pon guna T-money. Dan arah yang sama, kecuali lepas tukar train kali ke-2 barulah kami kena berpisah.


This is Nicole

I was telling Shah, "We should be wearing jeket belon like her". It was freezing after all.

Sepanjang perjalanan dengan pelancong China tu, kami pon borak-borak. Dia dari Xi'an. Siap selfie sama-sama lagi dan tukar-tukar email address. Kesimpulannya, ada kebarangkalian besar kami akan ke China tahun depan. Eh.

Lepas berpisah, kami teruskan naik train ke Jamsil. Sampai kat Jamsil, mulalah episode mencari HRC. Aku tak pernah pergi HRC ni. So kami pon jalan-jalan cari tempat ni. Dahla Lottee World Mall baru bukak kat situ. Kami siap keluar masuk Lotte Mall, Lotte Plaza, etc. Keluar masuk bangunan kau. Pastu nampak lip lap HRC kat tingkap bangunan. Rupanya HRC ialah dalam Lottee World Mall, tingkat 7!. So naiklah kami. 




Kami pon masuklah ke Rock Shop nya. HR restaurant nya punyalah penuh orang. Yang tengah beratur menunggu giliran nak masuk Hard Rock restaurant pon dah ramai. Fuhhh kensel plan kitorang nak ngopi kat situ. Ada live band. So sambil kami tengok barang kat Rock Shop, sambil nyanyi layan live band. 

Tapi aku tak beli ape-ape pon. Sebab semua aku rasa mahal. Fridge magnet pon tak beli. Kenapa aku rasa kat HRC Sydney dulu barang dia aku boleh beli, yang ni mahal gila. Ke sebab aku dah jadi kedekut sekarang. Ke? Hahaha. Anyways, sweater dia buat aku termimpi. Kalau pergi Korea lagi konfem aku rembat, walaupon dengan harga yang sama aku boleh beli Ariani atau Naelofar 4-5 helai. *insert icon muka terkejut*.

Lepas tu kami masuk uniqlo. Jalan-jalan tengok baju, Shah siap beli jeket. Then we have coffee and cake before going back home.


Nak balik rumah pon 1 hal lagi. Aku ialah terlupa kat mana nak ambil bas balik ke rumah. Kau mampu lupa station bas? Of cos lah boleh lupa. Last time aku datang Jamsil ni ialah tahun 2013 kot. Entah berapa kali kitorang lintas jalan, kehulu hilir. Last sekali aku nampak bas nombor 1117 (bas balik HUFS), then kitorang pon kejar bas tu, tengok dia berhenti kat mana. Pastu nampak bas tu tengah berhenti kat station bas seberang jalan, dan masa tu traffic light merah dan pejalan kaki boleh cross. Sambil doa dalam hati, "tolonglah bas jangan jalan dulu". Kami lintas, berlari ke bas, naik bas, duduk. #sislega

Fuhhhhh adventurous gile you all. Sampai rumah, makan-makan, mandi, solat, rest dan tidur.

2 comments:

drnotts said...

best giler baca awak jalan. awak cerita tak sama dengan dalam blog ni. tapi camera fon shah cantiklah bila amik gambar. nak beli fon tu.

aliaaroslan said...

@drnotts cerita depan-depan sekali dengan intonasi suara dan gaya. jom beli 5 iphone.