Tuesday, December 6, 2016

Short visit to MAHA 2016

Walaupon MAHA tu sebelah office aku aje, tapi nak pergi pon berkira-kira. Planning last minute yang menjadi. Dari office, aku gerak dengan Su. Nani pulak memang kat situ, office dia sama bangunan dengan empayar makanan tu.

Kami dapat parking tak jauh sangat nak menapak. Tapi bila hari dah meningkat tengah hari, panas gila hoi, ketibas sikit-sikit. Sampai aje, jumpa Nani, ape lagi, terus cari makan. Maklumlah, masing-masing kelaparan. Oh yes, empayar makanan tu kat Hall D Maeps.

Mee bandung Muor, Kacang Pool Haji

Portion makanan sangat besar dan banyak. Kami bertiga tu, beli dua jenis makanan aje dan kopi dari booth San Fransisco Coffee - frapp mocha & latte. Lepas makan masing-masing kekenyangan. Kena ambil nafas dulu baru kami start jalan-jalan. Kami terus pergi ke main hall, aku nak tengok Aiman kerja. Dia kontrak  emcee dan PA system dengan kawan dia, attach dengan LKIM (Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia) for the whole event MAHA ni.






yup, baju biru tu Abg Faiz kumpulan Brothers
Kebetulan Aiman dia memang satu team untuk event management dengan Abg Faiz. Abg Faiz ni ialah senior kitorang dari Maahad dulu. Tetiba reunion Hamidians. Hahaha.

Lepas tu kami jalan-jalan kat hall-hall yang ada. Masuk keluar hall kerja kitorang. Macam-macam jual, makanan frozen, tak frozen, baju tudung semua, etc. Banyak sangat, tak habis round pun. Last sekali kami ronda dataran depan main hall Maeps tu. Ada jual pokok, orkid, buah, sayur, etc. Memang best. Tapi kami tak delah naik tram dan pergi ke kawasan lain. Orang beratur nak naik tram pon punyalah ramai. Ladang binatang pon kami tak tengok. Lepas tu kami terus balik office.

Siapa nak pergi, sila pergi pagi. Gerai dan hall dan start buka dari awal pagi lagi.

0 comments: