Friday, November 27, 2015

Next peak, Angsi : 21 November 2015

Angsi ni untuk aku, dekat di mata dan hati, jauh di kaki. Nape aku cakap camtu? Angsi ni dia terletak di Negeri Sembilan. Nak naik dia boleh ikut 2 jalan, ikut bukit putus atau ulu bendul. Ulu bendul ni entah berapa kali lah aku dah pergi. Pergi camping entah berapa round, pergi mandi sungai aje pon dah berapa round. Tapi tak pernah nak naik si Angsi ni.

Tu yang aku cakap dekat di mata dan hati, jauh di kaki.  Finally, aku sampai jugak alhamdulillah.

Aku bertolak dari rumah jam 6.30am. Pagi tu aku goreng speghetti dan drummet ayamas. Bawak bekal siap-siap senang nanti tinggal makan aje. Seperti biasa aku belasah twiggies 2 ketul untuk breakfast dan minum air. Janji dan berjumpa lin and gang kat RnR Seremban, kami ikut plus highway. Shah gerak dari langat ikut highway lekas. Kami exit kat Senawang dan terus hala ke ulu bendul. Jumpa semorang kat ulu bendul jam 7.45am macam tu.

highway view di awal pagi



Gambar perjalanan mendaki memang takde yang aku snap.  Sibuk termengah sana termengah sini, sibuk kejap hike laju kejap slow. Bila laju tu biasanya sebab geng depan dah jerit suruh cepat, ada orang nak spray dan tiger bal,. Alhamdulillah takdelah membantu banyak, tapi boleh lah bantu hikers lain yang cramp dan kena sengat lebah.

Lepas hike dalam 3 jam setengah, sampailah kami ke puncak. Dengan kelaparan, terus makan. Habis makan, ambil gambar. Selfie dan tak selfie. Layan gambar la ek. Kitorang naik ber-6. Macam biasa bila sampai atas, konfem berkenalan dengan ramai orang. Tu yang best tu.



View dari peak



si lin siap masak burger wei


mohammed ni x-student aku kat IUKL. Dia pon dah macam orang asli suka masuk hutan.
Kami start turun jam 2.30pm macam tu. Turun dan turun dan turun. Alhamdulillah semua selamat sampai bawah. Lepak kejap melepas lelah walaupon time tu dah start hujan, then mandi dan tukar baju di toilet. Solat kat surau dan lepas settle semua kami pon bertolak keluar dari hutan ulu bendul tu.

Singgah makan malam kat kedai tomyam di area Senawang, borak borak etc. Semua muka kepenatan, tapi puas hati.

Lepas tu semua berpecah balik ikut haluan masing-masing.

InsyaAllah, ada rezeki kita jumpa lagi, Angsi.

Thursday, November 19, 2015

I Heart Perlus : 15 Nov 2015

Perlus ni kat mana? Kat Hulu Langat.

Camne nak pergi dia? Ada beberapa cara. Jalan masuk trekking ikut dam hulu langat, atau trekking dari sungai gabai.

Kitorang ikut dam hulu langat, sebelah jalan masuk nak naik ke Nuang tu. Kali ni kami pakai guide, Along. Along ni jaga Nuang. Oleh kerana Shah dah kenal dia lama dan Along pon memang kenal Lin dan aku (sebab beberapa kali naik Nuang), Along pon agree nak jadi guide kami. Kami minta pandangan Along dulu sama ada selamat atau tak, since sekarang musim hujan and all. Along kata ok, tambahan pulak weather forecast pon ok dan takde seberang sungai besar.

Kami berkumpul kat tempat parking kereta tepi dam, janji jam 7.30am. Bila berkumpul, bagi-bagi ration nak masukkan dalam beg masing-masing. Sebelum tu seperti biasa dah discuss apa menu nak masak nanti, siapa bawak apa, berapa lama bakal trekking, etc.

Menurut Along, trekking ni trekking santai. Erk, santai untuk Along kot. Hahaha.


settle bagi-bagi ration - photo by Rashid

getting reading, stretching sekali - photo by Rashid


ready nak group selfie sebelum start

baju merah tu lah Along. 11 orang kami semuanya

 Kitorang start trekking ikut jalan lalu dam hulu langat. Kena melalui post pengawal keselamatan kat situ.

- photo by Rashid



- photo by Rashid

Lalu kat dam pon dah berpeluh. Mau tak berpeluh, terik matahari pagi dah simbah ke badan. Hahaha...

- photo by Rashid

Kami terus masuk ke laluan denai hutan. Dalam sejam setengah jugak berjalan dalam hutan tu. Pacat tak payah cerita, liar mencari darah. 

- photo by Rashid

- photo by Rashid

- photo by Rashid

- photo by Rashid

- photo by Rashid

- photo by Rashid

Shah, tanker and sweeper - photo by Rashid

- photo by Rashid

- photo by Rashid
Lepas lalu jalan hutan, tibalah ke cabaran sebenar. Kena daki bukit semput. Serius, semput wei. Penat. Berhanti berapa kali entah. Minum air lah, kena tarik dengan tali lah (aku je). 


- photo by Rashid

 bukit semput- photo by Rashid

towing effect - photo by Rashid

- photo by Rashid

yang fit pon muka kepenatan - photo by Rashid

lin belakang si amir tu aku tak tau dia buat ape - photo by Rashid

mohammed steady - photo by Rashid

- photo by Rashid
dalam 40 minit jugak panjat bukit semput tu. Lepas tu, berehat yang diselang selikan dengan acara membuang pacat.

- photo by Rashid

- photo by Rashid
- photo by Rashid

 bocor dah kaki si sohaib- photo by Rashid


jumpa cari pacat - photo by Rashid


cek mane tau ada kat celah mana-mana

Kami tak berhenti lama sebab lagi lama berhenti, lagi berjemaah pulak pacat tu berkenduri. Kami teruskan perjalanan lagi. Trekking dalam lagi almost sejam, track santai jugak macam masa mula-mula tadi.

Aku jalan belakang sekali dengan mohammed. Sambil jalan tu dah dengar dah bunyi air. Sampai aje kat Jeram Perlus, tengok diorang pon baru aje sampai dalam 5-10 minit camtu. Baru bentang ground dan keluarkan barang-barang nak masak.



Aku pon terus bukak kasut semua, cuci tangan etc, menyinsing lengan dan join acara memasak.

masak, jangan tak masak - photo by Shah

konsentrate betul lin - photo by Shah









Menu kami pada hari itu :
1. Nasi putih by Shah
2. Gulai lemak pucuk paku by Rashid
3. Gulai lemak rebung by Rashid
4. Ayam goreng celup tepung by Lin
5. Sambal sardin by Aliaa
6. Apple & limau
7. Kopi panas by Shah
8. Sambal belacan Adabi & Kicap

Jemput makan....



Settle makan, ape lagi, gedebushhhhh... I Heart Perlus...



Lin seperti biasa dia videographer





gambar ni macam Rashid tengah surfing

kat atas tu amir tengah carik port baek

kasi can Rashid Tanker selfie tapi kami cameo kat belakang

amir dan sony motion cam nya





Puas berendam sampai gigil-gigil, kami pun naik. Start kemas nak balik. Sebelum balik, satu gambar group dulu dengan Jeram Perlus itu...


Perjalanan balik lebih cepat sebab energy pon dah reload. Cuma nak turun bukit semput tu memang adventure betul. Berslide-slide turun, aku haruslah tergolek berapa kali entah. Masa turun dalam 2 jam lebih. sampai aje kat tepi empangan, memang feeling dia seronok gileeee... Buka kasut, letak tongkat semua. Terus bilas basuh baju kotor semua. Lepas melepas lelah tepi gam memang best sangat.












Rashid - guide and tanker

Shah - tanker and sweeper

Aliaa - siput dan mengesot






Puas. Memang puas. Perlus sangat best.

Kami turun balik ke kereta. Budak-budak lelaki tolong tukar tayar kereta Lin yang pancit sikit. Aku, Lin dan Rashid pergi mandi kat toilet, then solat kat surau. Lepas tu kami pergi makan ramai-ramai kat kedai tomyam.

Thank you Along, guide yang best gile. Banyak info belajar dan layan borak. Siap tarik aku pakai tali kat bukit semput.

Ahli majlis - Lin, Shah, Rashid, Amir, Mohammed, Sohaib, Abg Lokman, Kak Roha & Adel. Terima kasih!

Ada masa, ada rezeki, Perlus aku akan datang lagi...