Thursday, June 25, 2015

Ramadhan tahun ini

Post cliche sangat kan. Hahaha, hidup penuh dengan drama katanya. 

Anyway, so far alhamdulillah, dengan izin Allah kita dah berpuasa selama 8 hari. Syukur syukur syukur alhamdulillah. 

Masa sahur hari ke 7, aku dah capai tahap tak tau nak sahur apa. So aku just minum air aje dan doa banyak-banyak sepanjang hari supaya aku tak kena gastrik. Alhamdulillah, tak kena n sempurna puada haritu insyaAllah. 

Tapi, harini, start dari sahur dan sepanjang hari badan berangin aje. Lepas sahur, which yg aku siap goreng nasi panas-panas sebab nak naikkan selera makan, angij terus naik sampai tekak. Aku releks, lepas subuh aku releks kat couch dulu sebelum mandi dan bersiap ke office. Tak lama tu hilang angin tu. 

Tapi sampai je kat office, berangin balik perut, keep on sendawa n kent**, nasib baik boleh jalan laju-laju keluar bilik. Hahahaha. Sampailah ke petang. 

Lepas berbuka, aku makan dan dah tak rasa perut berangin lagi walaupun agak kerap kent**. Aku ingatkan, ha, baguslah, taklah angin trap dalam badan. 

Taaaaaapiiiiii tadi bila balik rumah, lepas solat dan terawih, duk berkemas-kemas dapur dan lap meja bagai segala, ternampak lah kacang cap ngan yin kat trolley makanan. Tadaaaaaaa segalanya terjawab. 

Perut aku berangin sebab malam semalam sebelum tidur aku kunyah-kunyah kacang ngan yin tu. Amekkaw, makan kacang sikit, efek dia sepanjang hari kauuuu. Hence, thia blog post. 

Pengajaran, tak boleh makan kacang sangat-sangat masa berpuasa. Ini memang untuk diri aku yang bangsa badan suka trap angin. Kalau mengurut mother or orang lain, even mengurut diri sendiri, konfem akan sendawa angin macam terlebih angin dalam badan. 

Kan best kalau sendawa banyak-banyak, berat badan pun turun banyak-banyak. Masalahnya, angin mana ada jisim! It is chemistry all over again. 





Sunday, June 14, 2015

Alim's birthday celebration

Masa hari birthday Alim (4 June), aku masih kat survey camp. Mama dah bawa alim keluar, lunch kat Dave's deli dan main bowling sampai pengsan. 



Esoknya maisarah n family pulak datang, bawak KFC 1 barrel, 2 large pizza dan macam-macam lagi, celebrate lagi birthday alim. 

Lepas tu mama bawa dia ke boat noodle, makan dan main bowling lagi kat DPulze. Pengsan lagi main bowling. 

Aku balik dari survey camp rabu lepas, Esoknya aku, mama dan alim keluar ke Mines, celebrate lagi.. Berapa round daaa birthday celebration. 

Kami makan Sushi King...


Tengok wayang cerita Jurassic World...


Lepas tu makan lagi kat Sweet Chat...


Best gilos, memang enjoylah!

Esoknya Jumaat aku pergi pick up nutella pie yang aku order kat kedai kawan aku, Red Card Cafe kat Bandar Baru Bangi. Sedap sangat pie ni!!! Dia sub order dari Smitten Mittens. 



I hope you had a great series of birthday celebration this year, ayang xoxoxoxoxoxo

Thursday, June 11, 2015

Survey camp June 2015

Fiuhhh lega dah habis survey camp. Kali ni buat kat Jalan Semabok, Melaka. Site kali ni best, tak terlalu jauh dari tempat tinggal. Tapi, Melaka being Melaka, haruslah panas tahap dewa. 

10 hari rasa macam cepat je berlalu... Ape yang jadi?

Site recce. Kena lukiskan untuk kasi rough estimation site area untuk setiap group. Luas kawasan setiap kumpulan lebih kurang 150 meter X 400 meter. Sketch bawah ni mestilah bukan aku yang lukis. 


Ada hari yang student progress ok, lari kejap pergi cari kuih keria antarabangsa kat Limbongan dan lajak ke depan sikit cari Klebang coconut shake. 



First time try makan kat kedai kuih kampong Ujung Pasir. Hampir semua kuih melayu ada. Sedap gila rupanya. So kami repeat makan kat situ beberapa kali. 


Dan jugak repeat Old town white coffee grand. Lepak seketika...


Di hari panas pun masih ku gagahkan jua untuk round tengok student di site. From time to time kena monitor diorang dan settlekan masalah or betulkan mistake yang diorang buat. 


Ada sekali tu makanan lunch untuk student dah habis, ada lagi beberapa student yang belum makan lagi. Semua kelaparan penat buat kerja barangkali. So kami kasi makanan bahagian kami dan kami pergi layan asam pedas kat kedai kuih kampung tu. Sedap you all!!!



Tinjauan kat site kadang-kadang menarik. Ada masanya yang rasa proud dengan diri sendiri sebab bila tengok student kat site, diorang boleh buat kerja survey dengan baik dan boleh buat decision yang baik. 




Hari yang ditunggu-tunggu... Presentation... Semua group present dengan baik sekali. Ada yang siap iron baju, pastu pakai full kemeja, slack n student card lagi. Baju kurung pon ada!







Semalam last dinner, buat barbecue. 






Pagi tadi kemas barang, pack dan settlekan check out semua. Sempat lagi bergambar bersama peminat hahahhahaha...


Ok, esok lusa nak cuti. 

And, esok nak tengok Jurassic world dengan Alim dan mother. Yahooo...

Monday, June 8, 2015

Blogger meet up

Aku kenal Kak Liza kalau tak salah masa tahub 2010, masa aku kat UK. Kami follow each other's blog. Aku suka baca blog Kak Liza yang santai dan dia selalu tulis pasal anak-anak dia. 

Dari situ kami add facebook masing-masing. Lebih mudah nak tau update dari masa ke semasa. Lepas tu kami saling memfollow instagram masing-masing. 

It feels like we've known each other for years... And finally semalam kani setuju untuk berjumpa. Kak Liza duduk di Melaka, so dah alang-alang aku kat sini, mestilah ambil kesempatan untuk berjumpa. 

Macam-macam yang kami borakkan, dari blogging world sampailah update family masing-masing. Semalam Kak Liza bawa sekali anak sulung dia, Iqa. Iqa sekarang form 4, sama dengan Alim. Dua-dua hantu Korea, dua-dua terel matematik. 

Kak Liza belanja makan di Vivo cafe di Aeon Bandaraya (aka Jusco meletop). Semoga murah rezeki Kak Liza sekeluarga. Then Kak Liza siap kasi buah tangan, the ultimate buah tangan dari Melaka - gula melaka. Yang ni paling sedap di Melaka katanya. Alhamdulillah, macam tau-tau je kalau Ramadhan mother suka makan buah melaka, lopez dan kuih keria. Bolehlah guna untuk masak nanti. 


It was nice meeting you, Kak Liza and Iqa. InsyaAllah ada rezeki kita jumpa lagi. 

Sunday, June 7, 2015

Old Town White Coffee Grand

Oleh kerana aku kat Melaka, haruslah nak minum Klebang coconut shake. Masa hari ke-2 kat Melaka ni kami (dengab Hanah dan Budi) dah pergi terjah. Minum coconut shake, makan nasi lemaka. Burppp alhamdulillah puas hati. Tapi cerita ni takde kena mengena dengan tajuk. 

Ok, back to tajuk, nak dijadikan cerita, on the way balik dari Klebang tu, ternampak Old Town White Coffee Grand. Uwauuu dari luar, nampak grand. Kena try nih. 

Esoknya malam, Widad dan Kenu datang visit aku. So aku ajak diorang ke sini. 

Seriously sangat best. Setting best, memang grand ala-ala hotel 7 star, mixture warna hitam dan putih memang jadikan dia nampak classy. Makanan dia yang roti-roti tu semua ada, makanan berat je yang menu dia lain sikit dari old town biasa. Tapi, harga sama dan reasonable sangat!!!





Widad order set nasi lemak dan Kenu order set nasi briyani ayam dengan air masing-masing.




Aku order roti dengan honey lemon iced. Total bill dalam RM60++. 

Ok, petang nanti nak pegi lagi. 



Mata dua warna


Student aku dari Maldives cakap, kalau kucing cenggini kat Maldives, orang jual sampai AUD500. 

Ok, sape nak beli? 

Mother's day celebration

Planning untuk mother's day celebration ni kami buat dalam whatsapp group adik beradik je. Start planning pon 2 minggu sebelum hari kejadian. Kebetulah aku pergi Australia masa tu, so aku arah-arah je lah Maisa dan Widad untuk beli-beli dan plan-plan.

Kami buat surprise celebration. Ada yang surprise dan ada yang tak surprise. Bab tak surprise nya ialah kami memang janji nak keluar lunch kat Dubuyo IOI City Mall. Malam sebelumnya aku baru sampai dari Oz so kekonon aku cakap la aku craving nak makan sondubu chiggae. So mother seperti biasa melayankan aje.

Bab yang surprise nya, kami order bunga dan belon untuk orang hantar kepada mother masa kami tengah makan. Orang event4u tu dengan slumber dan confidentnya introducekan diri dia sebagai x-student mother. Lepas tu anak dia pon datang bawak bunga dan isteri dia datang bawak belon.

Haruslah Sofea terpaling excited tengok belon. Keh keh keh...










Jeng jeng jeng. Surprise tidak habis di situ sahaja. Kami memang tau mother dah lama nak telekung dari Instagram : Telekung Keeper. So Kitorang pon belilah. Strategi kena bagus, widad beli online dan suruh deliver ke office semai. Aku dah beli mother's day card di Perth so kami pon tulislah.

nak baca card. Sofea dah syok sendiri tu.


itu dia telekung yang diidamkan

Sofea perasan



Kami sambung makan-makan dan jalan-jalan kat dalam IOI city tu.

tak lepas occay, macam dia punya pulak



sibuk dia sama naik dah ber-gopro

Lepas tu kami singgah Dip n Dip makan coklat banyak-banyak sampai pening.

Happy mother's day MAMA. Love you loads. Hope you like the telekung.

I cannot brain this

Semalam. Aku tengah jalan kaki dari 1 site ke site sebelah.

Semuanya aku nampak sekali lalu.

Ada 1 kereta berhenti tepi jalan. Tingkap kereta terbuka sikit, dalam 2 inchi macam tu luasnya.

Tiba-tiba ada asap berkepul keluar melalui tingkap tu.

Aku jeling, oh.. ada seorang lelaki dewasa dalam tu, di tempat duduk pemandu.

Oh... tengah hisap rokok. OK fine.

Aku sengaja jeling seat belakang.

Oh NO... Ada seorang toddler perempuan, umur dalam setahun lebih tengah berdiri di seat belakang.

Aku sambung jeling. Tingkap penumpang sebelah pemandu dan kedua-dua tingkap belakang tak terbuka pun.

Patutlah macam berkabus dalam kereta tu. Penuh asap rupanya.

Well, encik pemandu, yang aku yakin ialah ayah kepada budak tu.

Kalau kau nak bunuh diri, bunuh la diri sorang-sorang (merokok).

Dah kenapa kau nak berjemaah dengan anak kecik kau yang tak tau apa-apa lagi tu.

Seriously.

I cannot brain this.

Friday, June 5, 2015

Australia Adventure : Day 8 : Great Ocen Road tour - Surfer paradise, Apollo Bay, Wild Koalas, 12 Apostles, Ship Wrecked Location and London Bridge

Dah hari ke-8 di Oz ni, semangat nak balik tak membuak lagi sebab sangat looking forward nak go on the trip to the Great Ocean Road (GOR). Aku book melalui website kat SINI, bayar online dan print out booking confirmation yang diorang hantar kat email.

Masa booking tu dia dan kasi option nak pick up kat mana. Aku pilih untuk pick up kat St. Kilda Backpackers hostel sebab masa google tu dekat je dengan Malaysia Hall. Memang dekat je kalau naik tram. Hehehe..


ni lah MyKi card, naik tram kena tap on
Aku bangun awal gile pagi tu, sebab bajet nak gerak keluar dari Malaysia Hall pukul 6.30 pagi. Kalau ikut tram tracker, naik tram dari stop kat Malaysia Hall ke tempat pick up tu 15 minit je duration dan kekerapan tram adalah setiap 4 minit. So kira ok lah kan.

So, aku pon belasah naik tram no. 6 arah ke St. Kilda. Sambil tu atas tram aku on kan google map. Aku agak-agak je turun kat stop yang paling dengan dengan hostel tu dan aku pon turun. Lepas tu aku jalan kaki follow google map. Tapi aku macam lalu lalang kat jalan yang sama 3 kali, dan aku pon tanyalah kat orang yang tengah nak hantar laundy kat kedai dobi tepi jalan tu, dia tunjuk arah, rupanya aku dah lalu lalang depan hostel tu. Haish hampeh!!! ahahaahaaa..

Aku baru berdiri dalam 2 minit, pickup minibas pon sampai. Terus dia tanya nama dan minta email confirmation (memang aku bawak) dan terus naik bas dia. Dia ada pick up beberapa orang lagi dan last stop tu kami naik another minibus. Haaaa minibus ni lah yang akan bawak group kami ke GOR. Dalam tu memang semua pelancong. Ada sorang chinese lady from Malaysia jugak, lain-lain dari German, Vietnam, England, Japan, etc. So bermulalah journeynya.

First stop, haruslah kat signboard Great Ocean Road.









Lepas tu naik mini bus balik, jalan-jalan then ada rainbow!!! Driver pon berhenti kasi chance kitorang ambil gambar.






kiri tu lah minibus




Cuaca memang sejuk nyaman. Aku pakai tshirt + cardigan + jacket aje. Towards the end of the day rasa menyesal sebab sejuk gileeee...

Lepas rainbow moment, kami stop untuk breakfast. Driver aka tourist guide sediakan air panas, so bacuhlah kopi / tea / milo sendiri dan biskut untuk makan, sambil tengok orang belajar surfing.



background - surfing beach


DIY breakfast

Dan... aku rasa sangat lucky haritu jugak sebab dapat tengok rainbow lagiiiii.. Driver decided untuk stop kejap tepi jalan sambil dia jadi polis trafik untuk kasi chance kitorang nak ambil gambar lagi. Dan view tempat kitorang stop tu sangat magnificent masyaAllah!!!












Ada kawan travel yang jumpa kat stop yang pertama tadi tu tanya pasal go pro. Maklumlah, aku sorang je syok sendiri selfie sana sini hahahhaa. So aku cerita la pasal go pro, ape bestnya, harga dan sebagainya. Macam-macam dia tanya aku. Paling best dia suka sebab boleh masuk air. Bajet nak pergi snorkling ke bang?

Anyway, lepas tu kami stop kat satu tempat ni untuk tengok wild koala bear. Ni memang tempat tinggal diorang.

pokok belakang tu ialah makanan koala bear

nampak punggung koala?








Kat tempat koala tu jugak ada banyak burung merpati, orang boleh bagi makan kat diorang. Tapi sebab burung merpati banyak kat Malaysia so aku jadi tak heran. hahaahahaha. Taman burung kita pon dah ok ape kan...

Kami stop di Apollo bay untuk lunch. Lunchnya kami makan pizza, boleh pilih nak pizza apa. Aku pilih vegetarian pizza.

besar dan banyak gila topping dia. aku tak habis makan wuwuwuuuu

Lepas tu aku just jalan-jalan kat area town dia. Lunch time ni dia kasi 50 minit.

landmark dia sauh tu

Apollo bay town

Dah makan, naik minibus dan terus ke next stop, rainforest. Aku beli siap-siap raincover dari driver sebab masa tu ala-ala dan start hujan rintik-rintik.


macam rainforest malaysia






Ada option untuk jalan all the way ikut track tu, or tengok yang tepi-tepi je. Dah alang-alang sampai, haruslah nak jalan semua kan. So dengan sejuk, hujan renyai basah, perut penuh, nak pegang gopro lagi, mencungap jugak aku dengan beberapa orang traveler yang ikut track panjang tu. hahahaha. Tapi serius puas hati!


lepas tu journey lagi 1jam lebih, dan sampailah di the tempat yang dinanti-nantikan. 12 Apostles. Angin super kuat, hujan renyai sikit. Tapi puas hati dapat tengok kebesaran Allah. Banyak spot yang aku berhenti ambil gambar. Ada spot yang aku back to back dengar tourist lain (tak dikenali) saling ambilkan gambar masing-masing. Angin memang kuat gile, tapi tabah aje. Gambar punya pasal.

So far up to date, tinggal 7 je apostles. Yang lain dah terhakis naturally.




tengok muka pon tau kan

sampai terkelepet tudung aku
















selfie moment with the apostles
Next stop adalah di ship wrecked location. Kali ni dapat peluang untuk turun sampai ke pantai dia. Tapi kena hati-hati, takut basah disambar air laut. View sangat cantik masyaAllah. Sejarah tempat ni, bolehla google...





belakang tu ship wrecked location







kesan hakisan air laut


Memang puas la aku bergambar. Sangat sangat sangat cantik dan mengagumkan. Next dan last stop ialah London Bridge. Sebelum runtuhnya penghubung tengah tu, memang macam London Bridge (boleh google gambar sebelum runtuh). Kat sini ombat kuat dan tinggi, memang boleh dengar bising bunyi ombak dia.






ultimate selfie and sunset

tengoklah buih ombak dia





yang ni driver tolong snapkan gambar

Habis lah trip great ocean road ni. Perjalanan balik ialah 3 jam setengah, tapi ada berhenti on the way tu dinner dan toilet. Aku beli subway sandwich, memang kekenyangan.




Kami sampai balik di Melbourne city centre dalam jam 9.30 malam. Aku turun di St. Paul church yang kat Flinder Street. Then ambil tram dan balik ke Malaysia Hall. Takde singgah mana-mana dah since dan kenyang makan dan penat. 

Sampai di hall, mandi, solat dan terus tidur...