Thursday, May 28, 2015

Australia Adventure : Day 6 : Katoomba, Blue mountains, 3 sisters, Another ferry ride & Darling Harbour

Malam sebelumnya kan aku kena food poisoning. Food poisoning pulak settle lambat jugak, so aku pon terlajak lah bangun lambat. Aku bajet nak keluar bilik pukul 8am macam tu so aku boleh ambil train yang pukul 8.30am. Tapi dah terlajak, aku terlepaslah train 8.30am tu dan kena tunggu untuk next train ke Katoomba jam 9.30am.

Kenapa nak pergi Katoomba? Sebab nak tengok Blue Mountains dan 3 sisters stones yang famous gittew. Train ke Katoomba ni kena ambil train Blue Mountains line dan train ke situ adalah setiap setiap sejam. Dia berhenti di banyak station in between. Dari Central station ke Katoomba station adalah dalam 2 hours journey.

graffiti

salah satu station in between



Dalam perjalanan tu aku just minum plain water aje, terasa agak scary nak makan apa-apa dan surprisingly aku tak kena gastrik, nasib baik. Sepanjang 2 jam tu aku just online, dan tidur bangun aje. Aku agak-agak dah nak dekat 2 jam, aku pon mulalah alert.

Sampai aje kat Katoomba, train berhenti, aku pon turun, orang lain naik, dan train terus jalan. Bayangkan kalau aku terlepas nak turun, kena turun next station, tunggu sejam untuk train datang dari arah bertentangan. Tidakkkkk...

Ok, bila dah turun dari train, aku kena ambil bas nak ke 3 sisters tu. Berpandukan info yang aku dah cari, aku kena keluar dari train station tu, seberang jalan dan tunggu bas di depan Hotel Carrington.

lorong nak keluar dari train station


seberang jalan dari train station, hala ke arah nampak jam tu, tempat orang tunggu ramai-ramai tu




So ada orang ramai-ramai tunggu bas, aku pon confident kat situlah kena tunggu bas. So aku tunggu. Mengikut info yang aku cari, boleh naik free trolley bas untuk ke beberapa spot around Katoomba town ni termasuklah 3 sisters, scenic view, etc.



 
Bila trolley bas macam gambar kat atas ni sampai, aku tanya. Yang trolley bas ni untuk penumpang yang beli daily ticket sahaja. Macam aku pakai opal card, so driver suruh aku tunggu bas lagi satu.

bas no. 686

Paling best lagi pasal Opal card ni, kalau pakai untuk hari biasa, maximum dia charge AUD15. Kalau macam semalam ahad kan dia charge maximum AUD2.50. So ko bayangkan, aku dengan naik train 2 jam sehala, pergi balik total 4 jam, pastu naik turun bas lagi, naik turun train biasa untuk balik hotel lagi. AUD15 tu memang habis murah dah.

Akhirnya, sampailah kat blue mountains, nak tengok sangat 3 sisters stone ni. Sejarahnya? Bolehlah google. Yang penting, Scenery cantik. Cuaca sesaat gloomy sesaat ok, sesaat bagaikan saat seterusnya nak hujan. Layan gambar ok...













Banyak lagi gambar aku berselfie tapi tokleh lah letak banyak sangat. Mimpi ngeri pulak nanti kan. Hahahaha. Lepas tu aku singgah kedai souvenir, beli fridge magnet dan ice cream. Punyalah agak teragak-agak nak beli makanan apa, last-last beli ice cream. Boleh laaa







kau mampu? lalang jadi side walk plant ok!

Lepas dah lepak-lepak, habiskan ice cream bagai, aku pon ambil balik bas tadi untuk kembali ke train station. Aku bajet nak sampai balik sydney sebelum gelap, nak kejap sunset tepi Sydney Opera Hourse katanya....

ada Aldi lahhh



beli sandwich subway, makan slow slow takut perut masih meragam
Takdelah lama sangat tunggu train, sempatlah aku habiskan half sandwich aku tu. Lagi half makan atas train. Layan lah gambar sepanjang perjalanan balik.










Tapi, tak dapat pun. Hari dah maghrib masa aku sampai di Circular Quay. Aku pon decide nak naik ferry dari situ ke Darling Harbour.



Naik ferry je, aku decide kali ni nak duduk level bawah je, belakang sekali. So dapatlah ambil gambar view yang boleh tahan cantik. Angin kuat, so gambar agak gegar.

dari dalam ferry




circular quay















approaching darling harbour
Sampai di darling harbour, aku just jalan-jalan around situ sambil snap gambar. Kali ni aku melintas naik atas harbour bridge.

rasa kaya boleh park boat kat sini

harbour bridge



darling harbour


Ramai le pulak orang berjogging malam-malam kat area situ. Ada yang jogging solo, ada yang jogging berkumpulan. Lepas tu aku masuk ke mall kat darling harbour tu. Jalan-jalan, makan light-light, beli barang souvenir sikit. Aku minum iced peach tea dan bagel with cream cheese. Selambak dia kasi cream cheese kauuu.


Lepas tu aku pon naik LRT untuk balik ke Central station.

the trusted opal card
Kalau nak balik hotel, dari central station tu kena tukar naik train. On the way tu Shuk roger kata dia dah sampai hotel dia kat Sydney, which yang sangat dekat dengan central station. So berjumlah kitorang kat central station tu. Kat Malaysia tak nak jumpa hahahahaha.

selfie, bukti kehadiran katanya.
Kitorang borak-borak, sambil minum hot chocolate. Kalau minum kopi karang ada pulak aku tak boleh tidur. Lepas tu kami pon balik lah ke hotel masing-masing. Esoknya aku akan bergerak ke Melbourne. Tapi aku rasa memang konfem kena repeat lagi Sydney ni, tak puas selongkar lagi.