Friday, November 28, 2014

May in Korea 2014 : Day 2

Aktiviti hari ke-2 ialah berjalan-jalan di Busan. Lebih tepat lagi kami nak ke Jagalchi Market. Katanya market seafood terbesar dan terfamous di Busan ni.

Malam sebelumnya, kami ternampak satu kedai yang jual kimbap. Dah target nak pergi beli kimbap for breakfast pagi tu. So aku dan Widad pon pergilah kedai tu untuk menapau kimbap. Gile kau ada kimbap shrimp!


saje je muka bangun tido. Hahahaha... banana milk light konon kurang kalori. ceh

menunggu order kami siap

ahjumma tu pegi mana entah

kau mampu makan kimbap dalam dia ada shrimp goreng, sayur segala bagai dan cheese?
Dah bersarapan dalam bilik, kami pon teruslah jalan menuju ke subway station. Busan taklah busy macan Seoul kan, so line subway nya taklah berselirat mana. Dari Haeundae kami nak pergi jalan-jalan tengok penempatan yang warna warni atas bukit (tak ingat nama!!!) tapi katanya tempat tourist attraction. Kami naik subway tak sampai sejam dah sampai.




alim memang tidur di mana-mana
Haaaa nama dia Gamcheon Culture Village. Salah satu tempat filming Running Man. Keluar dari subway station, kami terus ambil taxi ke Gamcheon Village tu. Terus dia hantar ke tourist information booth. Bagusss.



Kat tourist information booth tu kami beli lah map Gamcheon Village tu. Actually ada banyak tourist spot kat situ, kena memanjat bukit bukau (Korea kan banyak bukit). So kami pilih yang main point je. Iaitu.....

tadaaaaa

aku tak sure Alim posing style ape ni




Lepas dah posing dalam terik matahari tu, kami terus ambil taxi ke Jagalchi Market.






bangunan dia bertingkat, semua tingkat ada tujuannya, yang melibatkan seafood

Haaaaa tujuan pergi Jagalchi pon nak makan belut kan. Siap dah bawak gambar ok! So, kami masuk je bangunan tu, naik lift pergi ke restoran dia, dah pilih la nak duduk kat kedai mana (ala-ala foodcourt tapi certain tempat untuk certain kedai makan saje).

Kami duduk, dan tunjuk gambar belut goreng tu, dan pilih nak set semua sekali. Bayar dulu baru diorang akan masak dan hidang dan makan.

bagus bawak luggage kecik tu sebab bila shopping, masukkan dalam beg tu. takla berat nak angkut dalam bagpack

ha, tu lah 2 ekor belut goreng sambal yang sedap gile you all. yang kat jagalchi ni paling sedap compared to tempat lain kami makan. set ni dia serve dengan sup tulang ikan (pun sedap, licin kami hirup) dan side dishes yang banyak jenis kimchi, etc etc.




Semua yang kami makan tadi, dengan tambah nasi bagai semua, kiranya tahap makan sampai tersandar, totalnya KRW60,000 saja. Paling murah dan sedap sepanjang kami makan di Korea.

Selesai makan dan dah boleh bangun dari tersandar tadi, kami pun keluarlah jalan-jalan lagi.



Busan international film festival yang famous itu
Kami terjumpa Daiso jugak di area Jagalchi tu. Apa lagi, borong more facial wash and others. Murah gilaaaa...

Lepas tu kami naik subway ke Shinsigae Busan. Katanya the largest department store in Asia. Yeke?





Hari-hari pon nak minum kopi kat Korea ni. Sebab dia ada berjuta-juta kedai kopi kat sana. OK yang tu aku tipu. Dia ada berjenis-jenis kedai kopi. Setiap hari try lain-lain.



Kami sampai di Shinsigae tu dah ala-ala pukul 3pm macam tu. Plannya round-round je. Tapi sudahnya menyoping jugak!


ada orang tu beli hadiah hantaran kawen dia



ape ku beli???


ini yang mother beli
Penat berjalan, kami naik balik subway dan balik ke Haeundae Beach. Semalamnya kami dah nampak ada Busan Aquarium. So targetnya nak pergi situ.

Selfie tahap ape pon aku tak sure

terik tapi sejuk







Kami dapat harga tourist price dengan kupon yang ahjusshi taxi semalam kasi. Total untuk 4 orang dewasa ialah KRW58,800. Seriously puas hati sebab ni lah first time aku dapat tengok ikan piranha weiiii. Yang hidup ye, bukan yang dah diawet letak dalam balang kaca.

ikan piranha ni ialah memang statik camni. seolah-oleh posing untuk kitorang ambil gambar diorang.

obor-obor comel

cuba bandingkan skala muka Alim dan ikan eel tu. besau gila kau

salah satu spesis kuda laut






ikan ape tu.....
Dah penat dan puas ambil gambar dan video dalam aquarium tu, kami pun keluar. Jalan-jalan lagi bagi penat.


berjeket merah dua orang tu ialah Alim dan Widad (duduk). Aku tak sure ape diorang buat.


Dah penat gila dan layan sunset yang tak berapa clear, kami pun jalan pelan-pelan nak balik. Tapi singgah dulu makan. Kali ni kami belasan squid pajeon a.k.a cekodok leper sotong. 



ini memang selak sotong jumpa tepung
Settle dinner, kami pun balik ke hostel. Nak kemas-kemas barang, asingkan luggage yang nak bawa ke Seoul dan beg-beg yang akan ditinggalkan di hostel ni. Nanti kami akan tidur sini lagi 1 malam sebelum balik KL. So barang shopingan akan ditinggalkan di hostel kat Busan ni.