Tuesday, January 22, 2013

baked meatballs

saje nak share formula baked meatballs yang aku buat. actually ada mix inspired by nigella pon iye dan ikut sedap tekak aku pon iye. ceh.

kak ju, boleh la try, mix and match itu tekak sendiri. hehehe.


bahan-bahan :
  • minced meat (500g)
  • bread crumbs - 1 1/2 cawan
  • tepung - 1 cawan
  • olive oil - 2 sudu
  • secubit garam
kaedahnya :
  1. campurkan semua bahan-bahan di atas.
  2. bentukkan jadi bebola mengikut saiz bercitarasa sendiri.
  3. susun atas dulang pembakar.
  4. bakar dalam oven 30 minit. kalau ikut oven rumah aku ni, paling max gas mark dia.
dan tadaaaaa.. dah siap.

bolehlah makan dengan gravy ape-ape yang diminati. brown sauce ke, black pepper sauce ke. or mushroom sauce.

terus rasa esok nak buat.

kalau rajin lah tapi. 

risotto

tak sangka aku berjaya masak prawn risotto kat korea haritu. cayalah. eh, apesal puji diri ni?

cemana nak masaknya?


bahan-bahan (untuk 4 orang makan) :
  • bawang putih - 3 ulas (cincang halus)
  • tomato puree 1 tin (aku pakai sos tomato haritu)
  • beras bulat-bulat / sticky rice / Japanese rice - 2 1/2 cawan
  • 1kg udang dah siap kopek
  • 1 sudu olive oil
  • garam secukup rasa
  • air 5 cawan
kaedahnya :
  1. panaskan periuk. masukkan olive oil.
  2. tumis bawang putih hingga naik bau.
  3. masukkan tomato puree / tomato sauce.
  4. masukkan air 2 cawan. kacau sebati.
  5. cuci beras dan masukkan ke dalam periuk.
  6. kacau sentiasa. 
  7. bila air agak-agak kurang, masukkan secawan demi secawan.
  8. masak dan kacau sentiasa sehingga beras kembang. 
  9. masukkan udang. kacau sehingga udang masak. 
  10. pastikan adunan dalam periuk pekat. padamkan api.
  11. hidang!!!
serius memang laku tau tak!

Monday, January 21, 2013

Not So Monday Blues

bangun awal pagi ada perkara biasa di hari bekerja. pagi tu takdelah tahap menunggu sebelum azan subuh. ala-ala lepas habis azan subuh sikit. then mandi lalu terus solat subuh dan bersiap.

malam sebelum dah siap gosok baju kurung. amek kau, berbaju kurung pergi kerja. sungguh rare di situ bagi daku ini yang suka nak jalan cepat-cepat laju-laju bagaikan mengejar something yang aku pon tak tau apa dia.

then lepak kejap dan terus dhuha.

pakai tudung, switch on tv. layan MHI dulu. ape kene entah aku ni perangai nak kena layan MHI sebelum pergi kerja kan.

tak sempat nak habis berita terkini pagi, terus dah pack in netbook, capai backpack slash handbag, capai kunci kereta, offkan tv dan lampu. terus keluar rumah. pilih mane kasut nak pakai pergi kerja, of course kene dengan caracter baju kurung kan. keluar rumah, tunggu lift. keluar lift, pergi ke kereta. start engine, tunggu temperature naik sikit. then off to the office.

sampai di office, onkan PC. alamak, internet masih problem. tapi ada dokumen urgent perlu diprint. so onkan netbook. unfortunately wireless di office tersangat lembab tahap dewa. tunggu lagi. then dah download document, save pada pendrive.

plug in pendrive pada PC, print document. settlekan semua, terus pergi minum di cafe. minum cepat-cepat je sebab nak kena pergi mengadap big boss nombor 1. kalau kat university siapa big boss nombor 1??? jeng jeng jeng.

mengadap big boss, siapkan kerja semua dengan big boss dan sorang lagi officemate. habis kerja, terus jalan cepat-cepat balik office, capai netbook, LCD projector dan files, terus pergi kelas.

after 2 hours of class, balik office, sign document tu, baca document ni, ajak officemates lain pergi lunch. lunch makan ape? nasi campur biasa je. then balik office, solat zuhur, siapkan kerja lagi.

well, kerja kan neverending. ala-ala pukul 3pm, pergi ke exam unit hantar soalan exam. then sign itu dan ini, balik ke office. buat kerja lagi, jam 4.30pm pergi meeting di school engineering. sampai habis office hour, then balik rumah.

keluar tol, singgah kedai goreng pisang. teringin nak makan goreng pisang. sampai je kat rumah, parking, naik lift. masuk rumah, tiba-tiba teringin nak makan meggie. tapi mandi dulu, then solat asar. then masak maggie dan makan. maka, goodluck kepada badanku malam ini kerana kalau aku makan maggie, konfem akan sakin badan angin malam ni. kene makan maggie sebelum alim balik dari sekolah sebab dia tak boleh makan maggie.

then online, alim pon balik rumah, reply email mother dan sekarang ialah sedang menonton drama tv3 - hingga hujung nyawa.

malam ni ape nak buat?

Sunday, January 20, 2013

berazam meningkatkan kesihatan badan

kat office lancarkan campaign healty body healthy mind. for the whole protasco group.

ikram under protasco. IUKL under ikram. kiranya ikram ialah bapak, protasco ialah datuk kepada IUKL.

tempat kerja aku dah tukar nama tau. dulu KLIUC. now IUKL - infrastructure university kuala lumpur.

one of the aim of campaign : achieve BMI under 25.

marilah berusaha!!!

layankan gambar-gambar masa perasmian. 

didi dan aku


geng exam unit

GM HR kasi ucapan


kasi tumbuk

kasut beli kat korea

demo taekwondo

aku dan sylvi (lecturer business)

balloonista
ada banyak lagi show sebenarnya. ada show orang bina badan, orang main yoyo, budak-budak buat shuffle.

lepas perasmian tu ada aerobik dalam 30minit. best giller aerobik.

lepas tu masuk office balik.

Winter in Korea - Day 18 - Mohyeon to Seoul to Incheon to KL

Final entry untuk jalan-jalan Winter Korea 2012 (Finally).

Boleh click sini kalau nak baca semua cerita Winter Korea Trip.

Boleh click sini kalau nak baca semua cerita Summer Korea Trip.

 Date : 14 December 2012

kami (aku, alim, mamat) bangun seawal 4.15am. mandi, bersiap dan terus jalan ke station bas.

banyak tak barang?

bag laptop yang tergolek tu...

tertidur, journey mohyeong to seoul


alim

kami naik bas pertama ke seoul, jam 5.00am. sampai di seoul jam 6.30am. walaupon jalan tak jem, tapi driver tu bawak slow n steady je. sampai di seoul station, terus ke tingkat bawah sekali naik ITEX train ke Incheon Airport.

kami sampai di incheon airport dalam jam 7.45am. dan kami terus ke check in kaunter.

kat kaunter ni lembab betul pekerja dia. baru kerja lah kot. patut takde masalah tapi dia carik masalah pulak. cehhh.. settle check in, terus masuk ke security.

line punya lah panjang di security tu ha. kami kat situ je dan setengah jam. lepas tu terus ke imigresen, dan naik train ke gate.

dari train ke gate punyalah jauh kene jalan. masuk je dalam flight, 5 minit lepas tu tayar bergolek, bertolak ke KL.








cramp kaki segala bagai mengejar flight. lepas-lepas ni, mane lah tau kalau ada rezeki lagi ke Korea, memang takkan bertolak pagi tu lah. akan bertolak airport malam sebelumnya. biar sampai awal. kan kan?

Winter in Korea - Day 15 - Korea Post, Emart

Date : 12 December 2012

terlompat entry winter korea ni. sebab haritu harddisc laptop ni crash dan rosak, so kene trace balik download balik gambar-gambar dan minta widad dan mother emailkan gambar-gambar balik. sebab nak habiskan entry ni. tapi, untuk day 15 ni, takde gambar. maaf..

actually pagi tu mother pergi kelas. then aku, mamat dan alim ke post office di dalam area HUFS ni. siap tanya direction kat orang, akhirnya sampai jugak.

kenapa kami nam ke post office / korea post? sebab nak postkan barang-barang shopingan yang terlebih berat ni. amek kau, shopping tak ingat-ingat kan. inilah akibatnya.

sebenarnya 95% ialah barang aku. huahuahua... aku ada masalah shopping nih. adui. nasib baik mamat dan alim tolong angkat plastik barang ke post office. dari rumah nak ke post office tu, kene naik bukit. korea ni kan penuh bukit.

sampai ke post office, terus beli kotak. isi barang dalam kotak, dan timbang. maximum sekotak ialah 20kg. isi-timbang-isi-timbang, dengan bantuan officer korea post yang handsome lagi pandai cakap english, settle lah semua. siap officer tu tolong cellotapekan kotak baek punya. then aku isi borang, tulis alamat semua, buat payment, then settle. alhamdulillah.

kami pon nak jalan kaki balik ke rumah sebab janji dengan mother kami tunggu kat rumah sebab lepas mother kelas kami nak ke Emart. tapi tengah jalan tu, alim nampak mother kat seberang jalan di salah satu station bas. so kami seberang jalan lah ke mother.

then kami naik bas ke Emart. ingatkan nak shopping dulu baru lunch. tapi Emart tutup sebab maintenance work. so makan je terus.

lepas makan, kami terus balik rumah. berlempar di atas lantai panas, tengok tv dan movie dan lagi...

Winter in Korea - Day 17 - HUFS

Date : 14 December 2012

HUFS - Hankuk University of Foreign Studies. office mother.

hari terakhir berwinter di korea, esoknya kami akan pulang ke tanah malaya. aku temankan mother berurusan di bank di main building. kami kene jalan baik-baik sebab jalan sangatlah licin. budak-budak uni ni dah berapa round jatuh bangun. tapi dalam pada jatuh bangun tu diorang slumber lagi main lari-slide turun naik bukit tu. 


ini faculty mother





then kami pergi beli groceries kat store berhampiran. balik tu ingatkan nak naik teksi. tapi rupanya ada penghantaran percuma barang ke rumah kalau beli more than KRW50,000 punya barang. store kecik pon ada penghantaran barang ke rumah. bagus kan. 

on the way ke store



balik rumah, aku masak risotto tomato + udang...


Winter in Korea - Day 16 - Namsangol Hanok Village with Alim

Date : 13 December 2012

yaaaaaaaaaa... kita  kembali dengan entry winter korea lagi...

hari yang ni, aku keluar berduet dengan alim. mamat dia sakit perut katanya... kami gigih je keluar walaupon sejuk gilos main negative-negative je cuaca.

kami target nak pergi pakai hanbuk di namsangol hanok village. tapi, hari yang kami pergi tu, takde pulak perkhidmatan tu. so kami jalan-jalan seluruh village tu, ambil gambar.

namsangol hanok village ni himpunan 5 buah rumah tradisional korea kepunyaan orang lama-lama dulu yang setiap satunya ada keunikan tersendiri. konsep rumah korea nya sama, tapi deco dan susunan berlainan untuk setiap set rumah. rumah-rumah ni dipindahkan dari tempat originalnya. 

bagusnya bawak alim ni, dia tak pernah merungut pon. siap layankan aku ambil gambar lagi. bagus..

frozen river




background namsan tower




tempat ni selalu ada free cultural show. last july aku dapat tengok cencert taekwondo..

eh?


frozen pond





posing nampak?















main entrance








bekas simpan kimchi























dah beberapa jam berjalan, kami pergi makan di lotteria... wajib makan kat sini sebab cf dia song joong ki.

buzzer





lepas makan kami jalan-jalan di dongdaemun. beli kasut lagi. huahuahua..