Tuesday, October 23, 2012

patutkah saya join the biggest loser?


nanti aku carik gambar yang aku muat jacket tu ok!

ini bukan 3-layer-tea



namun, ianya ialah 3-layer-nescafe...

penggemar nescafe tegar = saya, kak siti, kak faiza.

penggemar teh tarik tegar = hanah, diana

siapa kahwin pulak kali ni?

hafiz safaruddin + nurul. pengisian hari ahad yang sungguh seronok sekali.

hafiz, a.k.a. fahrin ahmad (sebab macam nak sama muka diorang) ialah kawan bulan sabit. so, geng yang hadir, of course dari geng bulan. 

kak kyra and izz hadif (isteri & anak abg fariz)

ain + aina

maizatul + aini (wife helmi)

atiqah dan saya (muka tahan panas)

itulah kami semua...
tahniah!!!

who's next? kwang kwang kwang...

masak ape? makan tak?

sabtu haritu masak ape???

sebagai persediaan di hari kemudian (ewahhhh kauuuu..), saya masak sambal ikan kembung goreng garing, lawan dengan masak lomak kobis. memang aummm lah... itu maisarah si ibu mengandung yang kata.

atiqah dan maizatul datang rumah. maisarah dan zulhelmi pon ada. korang redha je lah dengan masakan simple saya ni kan...


dan, setelah sekian lama bertangguh-tangguh nak buat redvelvet cupcakes, maka, setelah mengcopy recipe yang dialter oleh kak haslina, alhamdulillah berjaya menghasilkan...




maafkan ketidakseragaman bekas-bekasnya. maklumlah, habis stok...

Saturday, October 20, 2012

sushi king RM2 bonanza

bersempena birthdayku haritu, sushi king telah membuat offer RM2 bonanza offer.

tak, aku tipu je.

memang diorang from time to time buat sushi king bonanza RM2 ni. setahun 2-3 kali kot? saya tak sure. yang saya tau, bila ada offer, saya akan pergi kalau sempat.

Diana belanja saya haritu, sempena birthday saya.  kami masing-masing tengah diet, so control macho je makan.


wanita comel control makan. ke?

Diana and our combined plates
memang puas hati lah makan. balik dari tu, masing-masing gigih marking dan key in final exam punya markah, sambil tahan ngantuk sebab kenyang sangat. thanks Didi!

Buffet Steamboat @ Flamming Sunway

students Diploma Geomatic Engineering ajak kami bersteamboat dengan diorang. since petang selalu hujan, lain-lain tak dapat join, so tinggal saya, dan 3 orang students sahaja. 2 of them bawa girlfriends masing-masing so kami ber-6.

mula-mula saya heran, kenapa lah nak kene pergi sampai ke sunway untuk bersteamboat? rupanya, memang best kat situ. banyak sangat options. and it is a buffet style, eat all you can. memang kenyang dan puas hati makan.

saya, hakim & daniel. belakang - william
ada beberapa lagi geng diorang pon tak dapat join. well, next time we should do it again guys. make sure more to come and join.

lunch with Alina

 last Thursday, Alina belanja saya lunch di Manhattan Fish market. katanya sebab nak berterima kasih, dapatkan dia kerja di KLIUC.

saya kata, rezeki masing-masing Allah yang tentukan. tapi, kalau bab makan, mane saya boleh menolak kan. dasar pemakan tegar!

sedap mushroom soup dia

itulah Alina. dia malu-malu kucing bila saya suruh dia pandang cemera,

kami order grilled dory with rice. tak sempat ambil gambar, dah habis. hahaha, nampak sangat kelaparan kan.

Alina ni kawan saya since Form 1 di Maahad lagi.

lepas ni dia akan berhenti kerja, ikut husband dia bekerja di Jepun. semoga dianugerahkan pahala berlipat ganda, bila berada di sisi suami untuk menjadi menyokong tegar.

Tuesday, October 16, 2012

#28 - 15th October 2012

bersempena dengan entry terakhir yang bertajuk 15th October 2012 untuk tahun ini, saya ingin berterima kasih kepada pengunjung, pengomen dan silent reader tegar blog saya yang tak seberapa ini.

saya nak :
  1. dapat khatam al-quran dalam masa terdekat ni. sikitttt je lagi.
  2. bersabar banyak-banyak dalam tempoh berkenal-kenalan. dengan sesiapa saja pun.
  3. control sikit makan tu. sila exercise juga ye, Aliaa.
  4. dhuha selagi mampu.
  5. kerapkan solat taubat dan solat hajat
  6. kurang kan jerawat. how? 
  7. balik kampung, raya nanti. 

#26 - 15th October 2012

masa mula-mula masuk kerja kat sini, students yang saya ajar, majority muda setahun dua aje dari saya. yang lain sama ada sebaya, or lebih tua. sangat mencabar.

tapi, rupanya pelajar IPTS ni majoritynya bagus-bagus. especially local students.

up untill now, yang x-students yang tua dari saya tu pon masih panggil saya "miss". tak pernah pon mereka minta untuk panggil nama sahaja.

lain dengan beberapa kerat student IPTA yang pernah saya ajar dahulu. bila mereka tahu saya sebaya / lebih muda dari mereka, terus nak panggil nama sahaja. masa tu saya terdiam dan terkedu, tak tahu nak jawab ape pada permintaan mereka.

student dari uni saya ni, kalau terjumpa dia luar, shopping complex or di mana-mana, confirm akan tegur saya. ada sekali tu, saya tengah makan pizza dengan family saya, tiba-tiba ada orang ketuk cermin sebelah tempat saya duduk rupanya x-student saya dari sini.

ada sekali tu jugak, saya tengah jalan-jalan di mines. dari jauh saya ternampak segroup students yang masa tu saya tengah mengajar subjek class diorang. tapi, dengan pantas diorang jalan menjauhi saya dan menyelinap ke celah mane entah. well, maybe diorang tengah dating kot. hehehe...


#25 - 15th October 2012

saya tengah syok nak habiskan buat 28 post bersepena harijadi yang ke-28 tahun ni, boleh tertidur atas couch. ceh, macamlah kau pergi kerja sawah pagi kan Aliaa.

anyway, kat office saya ni, saya selalu dalam keadaan serba salah.

buat kerja salah, tak buat kerja laaaaagi salah.

bila keluarkan araha on behalf of dekan, orang kata saya lady boss. suka mengarah-arah.

bila tak keluarkan arahan, kerja satu school terganggu, tertangguh.

susah nak puaskan hati semorang kan kan?

dan, paling tak best sekali bila kena jadi cleaner. siapkan / buatkan kerja orang lain.

tapi kenapa saya masih buat? sebab takkan saya nak pentingkan diri sendiri kan. well, konsep "selamatkan diri sendiri sahaja" tak tertanam dalam hati saya.

dan mungkin, inilah sebab saya diterima kembali bekerja di sini =)

rahsia Allah, siapa yang tahu kan?


Monday, October 15, 2012

#24 - 15th October 2012

kalau bab makan, saya senang dijaga.

as long as ada roti, i'll live.

so kat rumah ni kene always ada stock roti.

roti buku ke, roti cream ke.

kalau takde, tepung roti dah distandby. so boleh buat roti sendiri.

#23 - 15th October 2012

saya suka basuh baju. walaupon kene basuh manual, saya ok je.

saya suka sterika / iron baju. walaupon sekarang saya upah widad je.

saya paling tak suka lipat kain / baju. sebab saya akan lipat ikut ukuran saya, which will take a veryyyyy long time...

and of course saya suka membeli / shopping kain baju seluar.

#22 - 15 october 2012

first mobile phone yang saya gunakan ialah Samsung A300 Blue eye. amek kau, saya still ingat serial dia ok!

then saya menjadi pengguna nokia yang tegar. ada la dalam 4-5 bijik nokia phone yang saya gunakan. the last one before saya bertukar kepada berihitam ni, saya gunakan Nokia E71. konon seronok sangat pakai QWERTY keyboard kan.

then saya guna berihitam (Blackberry) curve 1. then bold 2. then sekarang bold 4.

baru-baru ni ibu jari tangan kanan saya dan seluruhnya macam terseliuh. sakit dan lenguh. itulah akibat bila hantar email panjang-panjang guna berihitam.

tapi, kalau menaip beribu perkataan sehari, takpe pulak kan?

#21 - 15th October 2012

platonic love? cinta platonik?

first time aku tau pasal ni ialah masa kat UiTM dulu. it means kawan baik antara lelaki dan perempuan, tapi tanpa rasa cinta.

ada kes yang diorang memang kawan baik since sekolah. then masing-masing kahwin dengan cinta hati masing-masing, dan sampai ke tua boleh kawan baik lagi. still pegi shopping sama-sama and all.

well, bab agam pon tak kasi, apetah lagi hati dan perasaan pasangan masing-masing kan. 

for me, there's no such thing as platonic love. memang susah kalau kawan baik ni wujud dengan berlainan jantina. especially bila dah umur macam saya ni.

sebab, bak kata one of my kawan bulan, "mesti akan rasa sikit suka / cinta punyalah. mustahil takde".

dan, ada sorang lagi suami kepada kawan baik saya kata "kalau seorang lelaki tu boleh super caring pada seorang perempuan, mustahil takde rasa ape-ape dalam hati dia".

so, bukan saya sorang je fikir macam tu ye.

#20 - 15th October 2012

saya baru lepas on the phone with one of my good friend, Atiqah.

biasalah, kalau kitorang berbual, topicnya pasal PBSM, camping, shopping, baju, kasut, masak-masak and of course, boyfriends.

kemain aku kasi nasihat kat dia. sendiri pon tak betul. well, it is more on gelak-gelak..

dan.

saya ada sorang kawan doctor medical, kawan from UiTM. dia sorang je sesat masuk PBSM. actually student medic is not suppose to joing bulan sabit sebab diorang kan lebih pakar. diorang kene join pengucapan awam sepatutnya.

tapi kami remain long friends. ape-ape pasal medical aku akan rujuk dia.

macam aku rujuk Atiqah kalau ape-ape pasal baking especially.

#19 - 15th October 2012

untuk drama korea, jumlah episode terbanyak yang pernah saya tonton ialah 56. drama East of Eden. berbulan-bulan lamanya tempoh nak habiskan tengok. sebab tengok 1 episode, tangguh lagi 2-3 minggu.

channel tv yang paling saya rasakan best - AFC - asian food channel. tapi, masaknya jarang-jarang jugak.

zaman muda remaja, suka sangat beli magezine Top of the Pop dan Smash hits. siap kumpul duit tuh...

saya sampai puncak gunung datuk 2 kali je. hampeh!

movies yang saya akan dan boleh tengok ulang-ulang ialah LOTR dan harry potter series.

#18 - 15th October 2012

seumur hidup ni, saya hanya berjaya khatam al-quran 2 kali sahaja.

pertama kali masa umur 11 tahun, darjah 5.

kali kedua masa umur 27, iaitu tahun lepas.

leka dan alpa nya saya!!!



jom dhuha!!! cari rezeki yang memang Allah dah sediakan untuk kita =)

“Ya Allah bahawasanya waktu dhuha itu waktu dhuhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu, keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu, kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu “. ” Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”

#16 - 15th October 2012

apekah barang-barang yang saya akan bawak kalau ke camping? assuming camping 3 hari 2 malam...
  1. t-shirt lengan panjang - 4
  2. seluar track - 3
  3. tudung - 3 (1 untuk mandi manda)
  4. lingerie
  5. toiletries - berus + ubat gigi, pencuci muka, sabun mandi, shampoo
  6. telekung + sejadah - khas untuk travel
  7. tuala
  8. sebungkus besar ubat - demam, selsema, batuk, allergic, gastrik, asthma, minyak gamat, tiger balm, minyak cap kapak, etc
  9. stick untuk elak dihampiri nyamuk
  10. accessorize - sikat, bedak, etc etc tu lah
  11. torchlight - kepala, kecil, bateri extra
  12. lilin
  13. glove (untuk trekking)
  14. pisau kecik (untuk trekking)
  15. dapur camping kecik (yang orang guna masak steamboat tu)
  16. canvas (lapik tempat duduk)
  17. sleeping mat
  18. sleeping bag
  19. kemah
  20. air mineral - 5 litre
  21. kuali kecik (biasanya atiqah yang bawak)
  22. sudip / senduk (biasanya atiqah yang bawak)
  23. makanan tak berkhasiat (biasanya maizatul yang bawak) - cikedis and all
  24. telur
  25. roti
  26. sardin
  27. meggie
  28. cucur adabi express 
  29. pinggan mangkuk sudu garfu cawan (biasanya maizatul yang bawak)
  30. minyak masak
  31. cerek kecil untuk masak air / panaskan air
  32. peket minuman 3 in 1
next camping, kami nak bawak makanan basah pulak. maklumlah, haritu dah ada yang request speghetti bolognase. boleh?

#15 - 15th October 2012

Berdua bersatu, by Forteen.

lagu ni memang best. haruslah kan sebab by KRU.

nak tau kenapa? minggu lepas, balik dari camping, saya, atiqah dan maizatul pergi berkaraoke di mines.

tengah syok karaoke lagu ni, sambil masing-masing berdiri dan ikut gaya dalam video clip tu, tiba-tiba budak yang jaga kaunter tempat karaoke tu lalu tepi bilik kitorang, dia siap patah balik dan berhenti senyum tengok gelagat kitorang. terus kitorang duduk dan gelak-gelak.

nasib baik masa kami keluar tu dia dah takde kat kaunter. kalau tak, kami tambah lagi sejam kot? hahaha.

since then, kalau keluar lagu ni kat radio, konfem gelak sorang-sorang sampai sakit perut.

#14 - 15th October 2012

kaset pertama nyanyian siapa yang saya beli?

KRU - Oh La La.



tiba-tiba teringat sebab semalam layan ulangan walimatul urus Lisa surihani & Yusry KRU.



sungguh tak dakwah ok! hasilnya, saya hafal semua lagu-lagu dalam album tu sampai sekarang.

#11 - 15th October 2012

mother dah carikan nama untuk future anak-anak saya.

nama anak perempuan - Medina.

nama anak lelaki - Taariq.


memang saya nak kalau boleh nama anak-anak saya 1 perkataan sahaja. sebab nama ibunya dah panjang kan.

#10 - 15th October 2012

setelah sekian lama tak sakit teruk, masa penghujung ramadhan yang lalu, saya jatuh sakit.

tersadai di couch 3 hari.

itulah penangan orang jarang sakit.

disebabkan overwork ke? hello, aliaa. kau bukannya muda remaja lagi. bawak-bawaklah berehat.



tapi, weekend lepas kena kerja. ganti bangla dan indon yang nak cuti. eh?

takla, aku tipu je. sebab ada open day di office.

#9 - 15th October 2012

kenapa entah suka berbaking or masak memasak sekarang ni. mengisi masa lapang ke?

well, kawan-kawan di office dah order lasagna, pasta baked dan speghetti meatballs. home made. extra cheese tau tak...

malam ni feeling nak buat roti. sebab cream ada lagi. so boleh letak cream atas roti, then tabur choc rice. sedapnya!!!

or...


buat RV cupcake yang dah lama tertangguh plan ku itu???

#8 - 15th October 2012

izzat hantar text message pagi-pagi lagi. katanya :

happy birthday my friend! semoga dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki.



we've have our arguments thousands of times. but, we still remains best friends. forever, insyaAllah.

#7 - 15 October 2012

camping? mana ada orang suka pergi camping berulang-ulang. aku je lah tu.

kalau trekking tu, if ada air terjun yang menggamit jiwa di puncaknya, memang aku tabah harung semua.

next camping nak pergi mana?

#6 - 15th October 2012

Sekolah rendah di sungai ramal dalam, sekolah agama rendah pon di situ.

Proceed ke Maahad Kajang, form 1 - 4. duduk asrama, tak duduk asrama. menggatal dengan abg senior, abg senior menggatal dengan saya. eh?

Proceed buat A-levels di UK. masa kami sefamily ikut mother buat PhD di Nottingham.

Proceed buat degree di UiTM.

Proceed buat masters di UPM

Proceed almost 1 year PhD di Nottingham.

balik Malaysia, sambung di UPM. harap-harap boleh habis on time. targetnya end of 2013. aminnn..



bab belajar / study ni, memang saya malas. tapi bila dapat rentak tu, laju jugak buat kerja.



Kawan dari sekolah rendah, masih ramai lagi yang keep in touch. especially time raya or weddings.

Kawan maahad, Nottingham pon sama. cuma kawan Nottingham tu, tak dapat lah nak pergi wedding diorang. jauh benar...

Kawan UiTM dan UPM, memberi seribu satu kenangan.

Kawan UiTM - classmate, PBSM, palapes, duty, kolej, pusat kesihatan, etc.

Kawan UPM - classmate, trips to macres, fieldwork, stay up siapkan thesis.

Pengalaman buat research di Uni of Nottingham, priceless. thanks to Dr Doreen Boyd.


You will all remain in my memories, InsyaAllah.

#5 - 15th October 2012

saya join KLIUC - Kuala Lumpur Infrastructure University College (well known as Kolej Ikram) on 1st November 2007.

left KLIUC for UK on 1st September 2010.

joining back KLIUC on 1st June 2011, till now.

well, nama je Kuala Lumpur, but the uni is in Kajang, actually. 





KLIUC has given me so much, in terms of lots of things.

i heart KLIUC so muchhh!!!. eh, now we've changed our name to IUKL! hehehe..

Infrastructure University of Kuala Lumpur.

us, october babies...

7 october lepas, birthday mother. kekonon busy lah sesangat saya ni kan, sampai nak buat blog entry pon nak kene diremind. hampeh betul kau aliaa!

happy birthday dear Mother. love you as always.

even masa gemuks giller tahap super obese dulu...


even during my first heartache...

wedding aiman

or the second heartache
 
with Lana gembo, wedding maisarah
melayan kefanatikan ku terhadap westlife...


layankan saya nak pergi main snow


and the most recent, hari raya.


Allah knows what's best for me, for us.

#3 - 15th October 2012

Mother tulis satu entry di blognya. boleh baca di sini.

Sebak. air mata mengalir everytime baca.

#2 - 15th October 2012

Ayah call maghrib semalam, kata :

Selamat hari jadi anak ayah. semoga tabah dan kuat menghadapi hari yang mendatang... jangan risau, ayah ada kat sini...

#1 - 15th October 2012

semalam, Midah kata :

Aliaa.. sempena esok hari kebesaran ko.. tahniah kerana masih bernafas lagi di hari lahirmu.. semoga Allah s.w.t. sentiasa memberkatimu n terpilih antara orang yang masuk syurga.. amin...

Saturday, October 13, 2012

dinner bersama rakan-rakan & juniors Bulan.

semalam malam, saya dan kawan-kawan dijemput untuk hadir dinner bersama juniors Bulan Sabit UiTM. sebagai tanda sokongan program diorang, kami-kami pon datang lah.

well, especially sebab dah tau ramai geng-geng lama pon akan turut hadir. so aku angkut izzat dan jumpa yang lain-lain di UiTM. 

aku tahan nafas tu. or else sama besar ngan perut izzat


alyani, saya, izzat & atiqah

abg fende?

kelaparan

bersama pengarah pusat kesihatan UiTM, Dr Zaiton. miss you, Dr! (duduk, tengah)
lepas habis majlis, kami sambung lagi minum-borak di Syed Kadir sekseyn 3. meneman izzat yang masih kelaparan.

then balik hantar izzat, dah pulang ke rumah.

makin kreatif adik-adik bulan sabit zaman sekarang! i like! dinner tepi pool ok!

Wednesday, October 10, 2012

innovation and invention competition

the said event, terjadi 2 minggu lepas. school saya hantar 5 participants. kami berjaya bawak balik 2 bronze medal. cayalah!


with bosses & colleagues

lecturers & students

aqidah, saya & diana
pictures : credit tu Shahzali.

tahun lepas saya hantar 1 participation. tahun ni tak dapat hantar, sebab project tak sempat siap. harap-harap boleh hantar untuk event tahun depan.

Camping Sungai Tekala - 3

pictures from Alyani punya camera...

aksi-aksi yang akan meninggalkan kenangan dan menjadi bahan ketawa untuk camping trip yang akan datang...

lepas maghrib, lepak makan cucur

makan lagi

we love you, puan siti... (tudung putih)

saya & alyani

watak tambahan di belakang

atiqah - ratu neslo tarik

campsite...

masak di malam hari, dengan bantuan lilin & torchlight sahaja

makan cucur panas-panas memang sedap

maizatul is hogging atiqah's kek batik

makan makan...


watak berlakon masak - abg fende
short camping trip, yet brings lots of memories to us.

a short nasihat to adik-adik juniors, simpan memori yang manis ni, and make them as reasons on why you want to come and go for another camping again and again in the future.

Tuesday, October 9, 2012

Camping Sungai Tekala - 2

camping tu, jumaat sampai ahad...

bertolak dari my office jam 8.30pm since semorang tak tau jalan and mengharapkan anak kajang sejati ini untuk lead the way... ada yang tak dinner lagi so kami singgah dinner dulu...

peserta rombongan : saya, zul, afiq, hazim, atiqah, wawa, maizatul

gambar syok sendiri on the way...
kami singgah makan on the way sebelum sampai campsite. kedai makan tu penuh dengan polis2 dan jugak tengah tayang live ATM lawan lions3. layan lah sampai bola habis. then baru bertolak ke campsite. sebelum tu Mizi dah call dan bagitau campsite memang gelap betul. nasib baik kami memang masing2 dah bawak torchlight. 

kedai ni tepi jalan, on the way from pekan semenyih to campsite

sampai ke campsite, jumpa geng-geng lain dah budak-budak lain. then angkut barang ke campsite, tegakkan kemah then makan-makan. tidur lewat jugak sebab sibuk bercerita ceriti.

esoknya, banyak aktiviti. tapi aktiviti wajib ialah masak beramai2...


kanan - mandor. kiri?

pakuk bang, jangan tak pakuk kayu tu





campsite

Mizi cari ape?

gagah?

dengan melbert & amir

with Alyani


lipat dik, jangan tak lipar

kemah-kemahan

with hazwan

tunggu mai tukar tudung dalam kereta





gambar-gambar ni yang from my camera. campur-campur camera mobile phone, point and shoot camera and tab camera...

ada lagi...