Actually saya prefer untuk reply comment pakai laptop tapi sebab masuk hari ni dah 4 hari tak buka / on laptop sebab malas nak ngadap kerja. Eleh, alasan tokleh blah kan. Hihihi.
So, semalam macam biasa bangun pagi, bersiap. Pagi semalam sejuk sebab saya offkan aircond lambat sikit. So sejuk sampai taknak bangun punya style. Tapi paksa diri jugak. Tambahan pulak dah dengan budak2 ni makan breakfast kat dining hall. Diorang ni makan nak bersembang, buat kerja nak bersembang, sape tau kalau-kalau sambil tidur pon diorang boleh bersembang kan.
Lepas breakfast (makan mee goreng), saya, asyraf dan hanif terus jalan round tengok student di site. Hanah stay di bilik sepanjang hari sebab demam. Haji razak, taufiq dan budi pon ke site tengok student geomatic buat kerja. Kami jalan round site sampai pukul 12pm lebih. Bila dah time tu, memang dah jalan style nak seret kaki je. Agak payah kalau naik kereta sebab kebanyakan kawasan terperusuk masuk denai-denai hutan. Sebelum balik ke bilik, ada sorang student lelaki cakap dia demam. Saya suruh asyraf rasa dahi dia, tapi tak panas pon. So saya suruh dia balik bilik dan mandi dan minta panadol dari hanif. Macam mane budak tu tak demam / tak sedap badan. Rupanya tengah malam sebelumnya pukul 12am dia dan kawan2 dia main bola! Haish, tak sedar diri tu penat dan banyak kerja. Sempat pulak kau main bola kan.
Lunch saya makan siap tambah nasi. Ini rekod betul sebab since saya start diet 2 years ago, kalau saya makan nasi, amountnya tak lebih dari satu senduk setengah. Maybe sebab kepenatan sangat dan semua hasil yang saya makan breakfast tu dah dibakar (alasannn!). Lauknya? Ayam goreng + ikan bakar n air asam + sawi masak lemak. Of course ada sambal belacan dan timun. Habis lunch je terus rasa nak tergolek tidur. Kenyang gile!
Petang tu saya dah siap2 nak tengok student di site. Tapi saya heran kenapa hanya 3 group sahaja yang dah pergi site. Saya roger lagi 3 group pakai walkie-talkie tapi takde jawapan. So saya suspect diorang masih di dorm. Saya minta asyraf dan budi pergi tengok di dorm diorang. Memang iye! Diorang tidur dengan tenang dan lena di dorm. Asyraf dan budi kejut diorang suruh bangun dan siap. Diorang keluar ae, terus saya kasi ceramah umum. Adui, dah besar gajah lagi tua pon nak kene ketuk-bersuruh baru nak pergi buat kerja. Hampehhh.
Lin, HOD civil engineering datang lawat kitorang dan student2. So kami lepak borak dengan lin. Hanah, haji razak dan taufiq pon join. Sambil tu saya tengok student di site. Memang kene tengok / pantau budak2 ni sebab banyak main dari siapkan kerja.
Lepas mandi dan maghrib, haji razak belanja kami semua makan di restoran tepi chalet kami duduk ni. Ada ketam rebus + udang sambal + sotong celup tepung + kailan ikan masin + telur dadar + meehun goreng. Boleh tahan la masakan dia. Tapi lagi sedap makcik dining hall ni masak. Hehehe.
Lepas dinner kami ke night briefing, check student2 punya progress dan report. Brief pasal aktiviti esok dan ada la adegan ngadu masalah, etc.
Kami habiskan ayam KFC yang lin bawak sambil borak dengan student dan paksa diorang habiskan semua ayam KFC tu. Haha.
So, lepas dah bersorak N9 menang piala malaysia (padahal saya tak sokong mane2 pon), ada sesi kutuk-mengutuk antara penyokong dan kami pon masuk tidur.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone