Thursday, September 29, 2011
air mata
semalam saya ada tulis di twitter yang saya ke KLIA untuk hantar sorang sahabat sambung study di Jepun, peringkat masters. abg fariz, dia senior saya masa di uitm dulu. lebih tepat lagi, senior PBSM. alah, yang tahun lepas kami ke jitra untuk menghadiri majlis perkahwinan dia tu. kemudian dia ada hantar saya masa saya sambung PhD ke UK tahun lepas. so tahun ni, turn saya pulak hantar dia.
dia tak bawa keluarga dia bersama. so saat paling sebak saya rasa masa sebelum dia masuk ke security gate, berkali-kali dia cium anak dia.
kenapa saya kene rasa sebak ye? sikit aje lagi nak jatuh air mata kesal ni ha. DrNotts kata, sebab hati saya dah lembut dan dah buka hati saya untuk terima orang lain dalam hidup saya. alhamdulillah...
good luck abg fariz!!!
abg fariz, kak kyra, saya dan baby izz hadif. |
dia tak bawa keluarga dia bersama. so saat paling sebak saya rasa masa sebelum dia masuk ke security gate, berkali-kali dia cium anak dia.
kenapa saya kene rasa sebak ye? sikit aje lagi nak jatuh air mata kesal ni ha. DrNotts kata, sebab hati saya dah lembut dan dah buka hati saya untuk terima orang lain dalam hidup saya. alhamdulillah...
with baby hadif |
Wednesday, September 21, 2011
presents
saya dapat ni dari Sengih dan Manje masa raya haritu. walaupon asyik kalah dan susah nak naik level game ni, tapi saya masih gigih bermain.
dan semalam saya dapat hadiah dari Nai. dia ke korea minggu lepas. bestnya!!!!
lalu, terus bergigih cari teket murah untuk ke Bandung dan Phuket. Perth macam mane pulak? nanti lah rasanya.
bachelorette dinner
yang bachelorette nya saya dan izzat je. midah haruslah bukan. hahaha.. well, midah mestilah datang dengan boyfriend kesayangan dia, syawal.
khamis lepas adegan culik menculik bakal pengantin ni. plan asal nak culik hari jumaat. tapi sah sah keluarga izzat takkan kasi dia keluar sehari sebelum majlis. so kami awalkan sehari. kami dinner di Black Canyon, Alamanda. food dia ok, boleh tahan sedap. saya order chicken salad. sebab puasa di siang hari tu so takut kalau makan berat-berat, nanti saya yang rasa tak sedap badan.
lepas ni, ada lagi tak kita nak keluar-keluar girl's day out? (bak kata dia, bujangan day out).

bakal pengantin yang kurang sihat |
takkan nak suruh syawal jadi stripper pulak kan. hahaha! |
ibu yang menunggu kami lama. sorry ye ibu. kami stuck dalam jam. |
izzat makan lamb chop |
syawal cilok fries untie izzat |
saya masih sabar menanti chicken salad saya. nasib baik dapat cafe latte cepat. |
lepas ni, ada lagi tak kita nak keluar-keluar girl's day out? (bak kata dia, bujangan day out).
little munchkins
anak-anak Hanah ni memang lah over peramah!!! kalau jumpa diorang konfem asyik nak gelak aje.
cuba teka diorang tengah buat ape ni...
diorang ialah bernasyid ye. lagu Demi Matahari by Snada.
lepas tu sambung pulak lagu InsyaAllah by Maher Zain.
lepas tu lompat-lompat, then tidur.
p/s: Nana, sedap giller meehun sup ko!!! thanks for inviting!

my best friend's wedding - another one!!!
midah, izzat, saya |
saya sangat suka gambar ni sebab rasa macam sangat sweet kami-kami semua (perasan).ana sampai lambat sikit. masa tu midah dah balik.
kami segeng 4 orang yang sama batch dan umur;
ana, midah, izzat dan saya.
ana kahwin yang first sekali, setahun lepas dia habis diploma dulu.
depan - kak ally, aisyah, awie (husband ana), ana, midah, saya, izzat. belakang - azrol, helmi, kak nora, kak syeena. |
midah kahwin october 2008 dulu. ya, saya kapit dia.
kelmarin izzat kahwin. saya kapit dia
saya ada request untuk kawan-kawan baik saya ni. bila saya kahwin nanti, nak minta diorang semua jadi pengapit saya. anak-anak masing-masing sila tinggalkan pada suami masing-masing. (slumber badak je kan).
hi hi hi...
oh pelangi, cepatlah muncul :)
Tuesday, September 20, 2011
jadual
Jumaat :
- bangun sahur
- bangun mandi, subuh
- hantar DrNotts dan Sengih ke LCCT. flight ke bandar seri begawan.
- ke sungai chua, kajang. jumpa Tracy untuk ambil baju pengapit. try depan Tracy dan dia alter on the spot, seperti biasa.
- terus ke rumah izzat (pengantin) di bandar baru bangi. tolong-tolong persiapan kahwin. hantaran. goodies bag. kemas rumah. melayan blues bakal pengantin. main game (eh???) lalu terpengaruh untuk beli Samsung Galaxy tab. buka puasa kat sana sekali sebab mama izzat suruh makan dulu sebelum balik.
- lepas maghrib terus ke Shah Alam. open house rumah hanah. ada BBQ dan kek smurf. comel.
- balik rumah. gosok baju. tidur.
- sampai di rumah pengantin seawal 7.30am. blasah breakfast siap-siap kat dapur.
- naik turun rumah. gosokkan baju nikah pengantin, tudung dan veil. layan pengantin makan ubat, ambil air, ambil makanan, tolong pengantin bersiap, etc.
- majlis nikah settle. alhamdulillah. bapak pengantin paling nervous sekali. ambil-ambil gambar. pengantin makan-makan sikit.
- bersiap pulak untuk bersanding. alamak, baju sanding pon tak bergosok lagi. so, gosok lah baju, tudung dan veil bersanding. acara naik turun rumah lagi.
- pengantin berarak. makan beradap. sambil tu ada kawan-kawan yang dikenali sampai. layan pengantin, layan kawan-kawan.
- sesi ambil gambar di pelamin. keluar masuk naik turun rumah. rasa macam kurus tapi tak kurus jugak sebab makan pon berulang-ulang.
- solat zuhur. ulang lagi makan. layan kawan-kawan. layan pengantin lagi. kawan-kawan lama tak jumpa pon ada. best betul. kami dah melepak borak bersila dalam rumah dah.
- balik rumah by 6.15pm. mandi. asar. gosok baju pengapit esok dan majlis malam tu.
- lepas maghrib bersiap dan pergi walimah anak kepada lecturer saya di UPM. di country heights, kajang.
- makan nasi arab di majlis walimah tu. ada char kuey tiaw, mee rebus, ABC, lori ice cream, etc. tak habis round pon.
- sambung pergi beraya di rumah officemate, kak siti noraini. di KL. makan mee kari sedap gila! lagi best sebab ada nescafe tarik you all!
- sampai rumah. penat betul. terus tidur.
- janji nak jumpa pengantin di RnR seremban since majlis di bachang, melaka. patutnya jumpa pukul 7.30am tapi sebab tau diorang akan lambat. maka breakfast dulu. tosei satu + nescafe tarik = terbaekkk!
- jumpa pengantin di RnR seremban. terus konvoi ke melaka dengan Manje (photographer for the weddings).
- ada majlis akikah anak abang pengantin lelaki. lepas majlis, terus gerak ke rumah jiran untuk pengantin perempuan bersiap. sambil pengantin bersiap, saya makan-makan minum-minum dulu. tuan rumah sangat baik. hidang macam-macam. alhamdulillah.
- tunggu keluarga pengantin perempuan sampai. sampai semua, terus berarak ke rumah pengantin lelaki. makan beradap. potong kek. ambil gambar di pelamin.
- puas bergambar sakan. majlis selesai. gerak ke mydin melaka di ayer keroh. solat dan jalan-jalan.
- terus ke rumah tiqa di lendu. beraya. makan pizza dan chocolate kek!
- gerak pulang ke rumah 6.45pm. bajet sampat sampai rumah by lepas maghrib, dan terus siap2 untuk 2 lagi open house malam tu. tapi jem teruk di senawang + PD + seremban sampai ke nilai. singgah nilai solat then terus ke sungai ramal dalam. beraya rumah kak izzah. then ke rumah student di bangi seksyen 2.
- sampai rumah 11.00pm++ terus mandi dan pengsan. baju dah ada yang bergosok untuk kerje esoknya.
Saturday, September 17, 2011
geram maka buli
paksa rela pakai bandana |
pinjam selendang grandma |
dia cabut bandana, saya pakaikan balik. |
maklong memang pembuli kanak-kanak yang tegar!
Thursday, September 15, 2011
workaholic & studyholic
saya ingat saya aje penunggu setia kat ikram ni. rupanya, ada lagi yang menjadi penunggu lebih setia di sini. so, ada geng lah!
takpe, kejap aje. nanti dah senang di hari yang akan datang. insyaAllah.
Monday, September 12, 2011
Sunday, September 11, 2011
the last time together, for some of them
geng civil engineering organize iftar beramai-ramai 17 August 2011 lepas di Tasik Idaman. serius ramai yang join. almost 40 orang semuanya. saya rasa ini ialah iftar yang paling organize saya pernah join. diorang create event di fb dan siap ada senarai nama, tick sape yang dah bayar, tick sape yang dah datang dan siapa yang bawak member, etc. alaaaa.. lupa nak snap gambar senarai tu.
pictures by enche sarel.
for some of them, this will be the last iftar dengan kawan-kawan college sebab this is their last year. mane tau tahun depan ada yang dah kahwin ke, yang kerje di luar negara ke. yang kene berbuka puasa di atas kapal ke.
all the best to them and thank you so much for inviting me. love you all!!!
pictures by enche sarel.
pelik ke saya makan nasi banyak tu, jerong? |
celebrate birthday teeya (gf jerong) skali |
bagusnya nina.. hehe.. boleh kahwin dah lepas ni. |
semua orang!!! |
us girls!! |
for some of them, this will be the last iftar dengan kawan-kawan college sebab this is their last year. mane tau tahun depan ada yang dah kahwin ke, yang kerje di luar negara ke. yang kene berbuka puasa di atas kapal ke.
all the best to them and thank you so much for inviting me. love you all!!!
night out with enche & geng
adegan 24 august 2011 lepas. kami jalan-jalan ke jalan TAR. masing-masing nak cari baju raya, songkok raya, butang baju raya dan tengok kuih raya, etc.
maka saya, enche sarel, jufry (jerong) dan fikri memunaikan impian dan misi masing-masing membelah lautan maknusia yang super ramai tu.
saya dapat beli baju kurung lagi sepasang (so total baju kurung raya tahun ni 3 pasang. yeay!) dan tudung raya. enche beli baju dan songkok raya di kedai family fikri (KAS Tailor - wisma yakin).
serius ramai betul orang. kuak orang, nampak orang lagi. kuak orang, nampak orang lagi. mane la datang maknusia ramai-ramai ni. entah-entah diorang pon berfikiran macam kami jugak, di mana kalau datang shopping di jalan TAR waktu hari biasa (bukan weekend ataupon malam raya), mesti bajet tak ramai orang.
pictures taken by enche.
settle kepenatan lepas puas berjalan, kami makan-sahur di kedai mak cik jerong di area kampung baru. Lala restaurant kalau tak salah namanya. enche sponsor. thanks enche!
memang puas hati. memang ramai orang. memang best. memang takkan dapat suasana nak menyambut raya macam ni di England (walaupon saya rindu England).

jerong & fikri. personal bodyguard on the night out. smart betul background KLCC |
hey, siapa yang nak beli baju kurung ni! |
settle kepenatan lepas puas berjalan, kami makan-sahur di kedai mak cik jerong di area kampung baru. Lala restaurant kalau tak salah namanya. enche sponsor. thanks enche!
jerong tak habis-habis makan. mewah gila sahur. adoi! |
memang puas hati. memang ramai orang. memang best. memang takkan dapat suasana nak menyambut raya macam ni di England (walaupon saya rindu England).
meraikan yang jarang diingati
20 ramadhan 1432H yang lepas (20 August 2011), kami, ahli Kelab Warisan Sahabat (KEWASA) anjurkan majlis berbuka puasa bersama penghuni Rumah Anak Yatim dan Miskin Sg Pinang, Kapar, Klang.
ahli KEWASA ni terdiri daripada bekas ahli bulan sabit merah cabang uitm shah alam. dalam kata simple, adik beradik pbsm aku kat uitm dulu.
kami dapat sumbangan dari SUK (setiausaha kerajaa negeri) selangor dan individu-induvidu yang tak dapat nak disebut sorang-sorang. setiap ahli penghuni rumah tersebut dapat satu goodies bag yang ada macam-macam seperti coklat, tudung, kopiah, keronsang, etc dan duit raya. sumbangan lain berbentuk wang dan beras serta pakaian diserahkan kepada wakil rumah tersebut.
gambar dari camera saya dan abg azizan.
selesai majlis tu, kami (saya, izzat, midah, muin, syawal, shuk & rahim) sambung lagi adegan makan di mc donalds kota kemuning sebelum masing-masing pulang ke rumah. sahur awal kononnya. padahal semua rindu kat masing-masing sebab lama tak jumpa.
saya, midah & izzat have been good friends since 2002 lagi. zaman kegemilangan kami dalam pbsm di uitm. kalau ada ana (fauziana), barulah cukup corrum geng kami. hehehe. saya dan izzat dah kenal dan berkawan since 1997 lagi.
puas makan dan berbual sakan, barulah kami balik ke rumah masing-masing. thanks to rahim & izzat sebab tumpangkan saya & shuk ke majlis tu.
insyaAllah, ada rezeki, kami (kewasa) nak jadikan ni aktiviti tahunan) sebab salah satu objektif kewasa ialah nak buat aktiviti kemasyarakatan.
ahli KEWASA ni terdiri daripada bekas ahli bulan sabit merah cabang uitm shah alam. dalam kata simple, adik beradik pbsm aku kat uitm dulu.
kami dapat sumbangan dari SUK (setiausaha kerajaa negeri) selangor dan individu-induvidu yang tak dapat nak disebut sorang-sorang. setiap ahli penghuni rumah tersebut dapat satu goodies bag yang ada macam-macam seperti coklat, tudung, kopiah, keronsang, etc dan duit raya. sumbangan lain berbentuk wang dan beras serta pakaian diserahkan kepada wakil rumah tersebut.
gambar dari camera saya dan abg azizan.
abg fende & shasha (anak abg sham) |
kuih muih (disumbang) untuk berbuka puasa |
shasha lagi!!! |
yang diraikan |
shasha (anak pbsm) punya |
muin (husband midah), midah, syawal (anak midah) dan salah sorang penghuni rumah. |
syawal (anak pbsm) |
MC tak bertauliah |
sharing session sebelum majlis penyerahan sumbangan |
shasha & abg sham (bapak!!!) |
abg sumie (chief kewasa) |
salmah & abg din (bakal pengantin) |
makan nasi briyani!!! |
saya tak diet masa majlis tu!!! |
midah & saya (bff!!!) |
izzat (bakal pengantin minggu depan) & mai |
saya & kak fiza (isteri abg fende) |
zul kelaparan! |
abg sham |
shasha & mummy (kak shikin, isteri abg sham) |
abg din & abg zizan |
selesai majlis tu, kami (saya, izzat, midah, muin, syawal, shuk & rahim) sambung lagi adegan makan di mc donalds kota kemuning sebelum masing-masing pulang ke rumah. sahur awal kononnya. padahal semua rindu kat masing-masing sebab lama tak jumpa.
rahim (tunang izzat) & shuk |
midah & saya |
muin (slumber makan mc D dengan berkain pelikat), syawal & midah |
saya & izzat (bff juga!!!) |
puas makan dan berbual sakan, barulah kami balik ke rumah masing-masing. thanks to rahim & izzat sebab tumpangkan saya & shuk ke majlis tu.
insyaAllah, ada rezeki, kami (kewasa) nak jadikan ni aktiviti tahunan) sebab salah satu objektif kewasa ialah nak buat aktiviti kemasyarakatan.
Subscribe to:
Posts (Atom)