Monday, February 28, 2011

melawat rakyat 4 : belgium : the chocolate!!!

kalau nak cerita pasal belgium, intro kene kasi gambar chocolate. untuk mereka yang on diet (aku ni perasan aje diet, tapi tak jugak. cisss) jom kita berangan makan banyak-banyak coklat.










 











maafkan saya...

selang 2-3 buah kedai, konfem ada sebuah kedai chocolate. untuk pelancong, memang akan terpengaruh. tapi orang local, maybe dah tak heran kot. kami beli jugak..



nanti sambung lagi yek..

siri jelajah kali ni kami naik minicuise..

Thursday, February 24, 2011

ada ke?

ada ke lelaki yang chenta style tak pandang perempuan lain macam kwang sang woo dalam cerita Dae Mul ni?

kalau ada, saya nak order 1.



tak mustahil ada kan?

Wednesday, February 23, 2011

kedahnya (4)

pasal makan lagi...

makan banyak kali, bukan banyak sekali makan.

kiranya amount sikit, tapi makan banyak kali. makan separuh atau kurang dari separuh pinggan sekali makan waktu makanan utama (breakdast, lunch, dinner). elakkan untuk makan lepas pukul 6 petang.

sehari, makan dalam 6 kali = breakfast, minum pagi, lunch, minum petang, makan malam, minum malam.

minum pulak, kne pastikan minum air kosong atleast 2liter sehari. so air tu boleh buang semua lemak2 dalam badan kita.

saya? ini jadual masa masa mula-mula start. 

breakfast - teh o panas / nescafe o panas / air kosong aje / cereal + milk / kuih 1/2 ketul
minum pagi - air + biskut
lunch - meehun sup / kuey tiaw sup / lauk-lauk (ayam seketul / ikan + sayur + ape-ape lauk)
minum petang - air + biskut
dinner - meehun sup / kuey tiaw sup / lauk-lauk (ayam seketul / ikan + sayur + ape-ape lauk)
minum malam - air panas / air biasa + biskut

atau boleh ganti dengan buah ke ape-apela.

strict ke? strict jugak la.

ada orang yang makan ikut calorie intake. yang ni saya tak pakar.. kak mimah lebih pakar..

Tuesday, February 22, 2011

kaedahnya (3)

exercise at least 3 kali seminggu. each session, at least 20 minit.

saya? saya swimming sahaja. selang sehari. 10 lap each session. ambil masa lebih kurang 20-30 minit. depends on tahap stamina dan kepenatan pada hari itu. kat malaysia, biasanya swimming lepas maghrib. kalau dari office, memang akan sampai rumah before maghrib.

tapi, kalau sampai rumah lambat, saya akan decide untuk tak swimming. so, saya akan panjat tangga rumah saya yang 13 tingkat itu. dari ground floor sampai tingkat 13, then turun balik ke rumah di tingkat 5. lebih kurang 10 minit jugaklah prosesnya sebab bila panjat sampai tingkat 6, lutut dah menggeletar. kalau rajin, saya buat 2 round.

kalau tak swimming, saya pegi panjat gunung datuk. di negeri sembilan itu. ataupon pegi panjat broga hills.

tapi, broga hills kurang adventures. depends pada mood dan masa. tapi, akibat panjat-panjat ni, betis menjadi keras, muscular dan besar. maka, susah nak cari knee high boot. (ape kaitan boot dan exercise?)

Monday, February 21, 2011

kaedahnya (2)

tak minum air bergas 6 bulan pertama

Sunday, February 20, 2011

di 2 darjah itu

 layan aje ok? ok..


the daffodils

semak tetap gagah walaupon autum dan winter

wild cherry

tak jumpa pon frog prince?


spot light - nak spot anjing ke?


talian hayat


mirror on the wall

speghetti hailam itu

barulah koboi habis kalau masak main blasah aje. terasa feeling-feeling macam pegi camping pulak. masak main bedal ikut ape stok yang ada.

bahan-bahan:
speghetti 1 paket - rebus.

kuah  -
bahan tumisan (bawang besar + bawang putih + sedikit halia)
ayam isi sahaja - 2lbs - potong dadu besar
cili serbuk - 1 sudu kecil
gula
garam
kicap manis - 10 sudu besar
kicap masin - 10 sudu besar
air secukupnya
telur 5 biji

kaedahnya:
  1. panaskan kuali / periuk
  2. masukkan sedikit minyak
  3. tumis bahan tumisan sehingga naik bau
  4. masukkan cili serbuk dan gula. 
  5. tunggu hingga cili masak.
  6. masukkan ayam dan tunggu hingga ayam masak
  7. masukkan kicap masin dan manis
  8. masukkan air (adjust supaya tak cair sangat atau pekat sangat)
  9. kalau rasa masin dah cukup, tak perlu tambah garam
  10. adjust api kepada api paling kecil skali
  11. pecahkan telur dalam kuah tadi
  12. jangan kacau, biar sehingga telur masak.
  13. siapppp
hidang - letak speghetti dalam mangkuk dan tuang kuah!

selera mesti tamak. tu yang slumber pakai besen sahaja. tapi tak habis. laptop digunakan sebagai alas untuk ambil gambar sahaja.

p/s : kalau nak pedas lagi, tambah la sambal kicap ataupon cili padi ke.

bermalasan

sabtu yang penuh kemalasan tahap dewa sambil memarathonkan diri bersama DrNotts tengok DaeMul.

maka, kami makan nasi lemak saja untuk breakfast.


oleh kerana breakfast sangat cemerlang, maka kami releks sahaja sampai la ke petang. lunch yang lewat. tapi sebab macam semorang malas makan nasi lemak lagi. padahal sambal nasi lemak dah cemerlang. terus suruh sengih masak maggie kari + telur. pergh! terbaik ok!

by the time dah malam. sengih tengok full house pulak. so join lah. pasal rindu salam rain itu!!! jangan risau hyun bin, hatiku untuk mu saja.

ape merepak daaa...

p/s: pekerja buruh tetap -

kaedahnya (1)

tak makan nasi 6 bulan pertama

Friday, February 18, 2011

keluar

DrNotts dah 2 minggu kene flu. tak baik-baik lagi. tapi, aku ajak jugak beliau keluar. jalan-jalan sampai sakit kaki. lepas tu take-5 kat coffee shop. rupanya ni italian coffee shop.

caffee lattee kongsi berdua2an

cream puff - arghhhh.. manis gila

egg tart - tapi laaaaagi sedap macau egg tart from baker's cottage

aku rasa orang-orang tu haritu dapat duit pencen diorang so kami aje yang muda belia. eh?

panas terik matahari tapi toootapppp sejuk

arnold town

kedai ni macam ala2 wilkinson saja. tapi tak murah pon.

apasal masih pakai winter jacket? sebab..


tempat lain dah sejahtera cuaca semua 10degree ke atas. sini jugak yang sejuk mengada-ngada.

misi & visi

kau ingat uitm aje ada misi dan visi? aku pon ada. eh, ape mengarut ni. ape kene mengena uitm?

misi dan visi minggu ini ialah untuk menghabiskan stok dalam freezer. maka, ingin memasak mee hailam hari ini. oleh kerana tukar mee kepada speghetti, maka ianya menjadi speghetti hailam.

jap, nak keluar dulu.

ada member suruh letak lagi gambar makanan dalam blog ni. tapi sebab dah hilang idea tak tau nak masak ape dan hari-hari ulang-ulang je lauknya. so nanti dah masak speghetti hailam dan kalau sempat nak menyenap gambarnya, akan ku masukkan ke dalam blog ini.

sebelum keluar, siapkan senarai dulu.

ok, dah. jom.

DrNotts, nak ikutkah?

sudahlah

1) Were you named after anyone?
ya, nenek saya belah mama saya.

2) When was the last time you cried?
raya aidilfitri kah?

3) Do you like your handwriting?
tidak, kerna tak chantik

4) What is your favourite lunch meal?
jacket potato bersama cheese + beans + coleslaw

5) Do you have kids?
belum lagi

6) If you were another person, would you like to be friends with you?
mestilah. saya kan best.

7) Do you use sarcasm?
ya, bila rasa nak tampar orang yang sungguh menjengkelkan

8) Do you still have your tonsils?
ya. tapi adik2 lelaki saya semuanya sudah takda tonsil (sapa tanya?)

9) Would you bungee jump?
jika diberi peluang dan mahu lakukannya di new zealand (nak jauh-jauh aje kan)

10) What is your favourite cereal?
kelloges frosties (betul ke eja ni?)

11) Do you untie your shoes when you take them off?
Malas

12) What is your favourite ice–cream?
Chocolate (lemak terus pergi ke pipi)

13) What is the first thing you notice about people?
gigi - perlu ke?

14) Red or pink?
merah mak ngah

15) What is the least favourite thing about yourself?
suka beli kasut

16) Who do you miss the most?
westlife. eh???

17) Do you want everyone to complete this list?
siapa?

18) What colour of trousers and shoes are your wearing?
seluar jeans warna lusuh dan tak pakai kasut pasal dalam rumah. warna stokin nak tau tak?

19) What are you listening to right now?
sunyi saja

20) If you were a crayon, what colour would you be?
oren

21) Favourite smells?
chocolate

22) The last person you talked to on the phone?
mamat

23) Do you like the person who sent you this?
ha?

24) Favourite sports to watch?
tennis

25) Hair colour?
black

26) Eye colour?
Looks like black i think...

27) Do you wear contacts?
tak reti

28) Favourite food?
banyak sangat

28) Scary or happy endings?
life is a roller coaster

29) Last movie you watched?
tangled kali ke 5

30) What colour of shirt are you wearing?
dark blue

31) Summer or winter?
winter - bleh peluk2. hahaha

32) Favourite dessert?
apple clumble

33) Most likely to respond?
???

34) Least likely to respond?
???

35) What books do you read?
fiction, biography, fantasy, sci-fi(kecuali star wars)

36) What is on your mouse pad?
tak pakai mouse pad

37) What did you watch last night?
korean drama Dae Mul. Kwon Sang Woo ialah the best.

38) Rolling Stones? Beatles?
beatles la harus!

39) Where is the furthest you have been from home?
UK

40) Do you have a special talent?
tak nangis tengok cerita sedih, tak jerit-jerit tengok cerita hantu

41) Where were you born?
Kuala Lumpur

Wednesday, February 16, 2011

the addiction is back

sudoku.

lama dah tak main tapi tetiba semalam main balik.

on PSP, layan 5 game skali sebelum tidur.

pagi ni dah terbayang-bayang kotak dan nombor-nombor.

yes, the addiction is back.

satu masa dulu, terlalu addict sangat main sudoku, sampai main dalam kelas masa student tengah buat test. boleh?

Monday, February 14, 2011

sambung cerita

boleh baca kisah sebelumnya kat sini...

Aku pun dongak ke atas. Aku nampak.. [sambungannya] satu hantu perempuan tengah pandang aku balik. ala-ala you look me, i look you. camne aku tau dia hantu? sebab dia macam lutsinat tu, hantu macam dalam kartun casper tu. kiranya boleh nampak ape belakang hantu tu. kami berpandangan lebih kurang 30 saat sebelum perempuan tu terjun ke bawah dan berdiri di sebelah aku. oh, sungguh tinggi perempuan tu sebab aku still kene sedikit mendongak bila pandang muka dia. dalam hati aku kata "cun betul perempuan ni". tiba-tiba perempuan tu bersuara pada aku "memang aku cun pon!!" dan aku terkejut. wah, perempuan ni boleh baca fikiran aku lah. terus aku terfikir, hantu jenis ape yang boleh baca fikiran orang ye? pasal kat malaysia kan ada macam-macam jenis hantu.

hantu tu tengok sekeliling, macam cari something. aku tanya kat dia "ko carik ape babe?". wah, siap panggil babe ok pasal agak cun kan. dia jawab "mane budak-budak yang buat projek tadi. aku baru nak kacau diorang". pastu aku jawab "oh, diorang dah blah dah".

lepas dari tu kami duduk mencangkung berdua dalam keadaan senyap seketika sebelum hantu tu tanya "ada ape dalam guni ko ni?". terus aku pening tak tau nak jawab ape. aku just cakap "besi buruk. aku kene buang dalam hutan pasal malas nak anta lupus". lepas tu boleh pulak hantu tu cakap "eh, kalau jual besi bukan dapat duit ke?".. dalam hati aku cakap - huwaaa, educated sungguh hantu zaman sekarang ni.

aku pon dah lost tak tau nak buang ke mana tokei yang dah kene kerat-kerat ni. takkan aku nak tanya hantu ni pulak kan. karang jadi cerita lain pulak. pikir punya pikir, aku teringat yang aku ternampak signboard 'tapak perkhemahan' masa aku on the way jalan masuk dalam hutan ni. ha, kat tapak perkhemahan mesti ada tempat untuk bakar kan. aku bajet aku nak bakar aje lah tokei aku ni. sampai jadi debu. pastu gigi dia aku tanam.

lepas dan babai babai kat hantu perempuan tadi, aku pon mula gerak ke arah tapak perkhemahan tu. jalan punya jalan, aku terdengar bunyi orang menyanyi beramai-ramai. lagi aku dekat dengan tapak kemah, lagi kuat. sampailah jarak antara tapak kemah dengan aku hanyalah 20 meter sahaja, aku nampak ada segeng budak-budak mat rempit tengah duk nanyi sampai menari keliling unggun api. dalam hati aku kata 'wah, ini sudah bagus. takyah aku penat cari kayu api malam-malam buta ni nak bakar tokey ni. tapi, tengok gaya budak-budak ni, memang lambat lagi diorang nak tido'. so aku decide untuk lepak tepi pokok mentara tunggu budak-budak tu tertido.

tengah aku lepak-lepak kira bintang, tetiba hantu perempuan tadi duk mencangkung sebelah aku dan...

Disclaimer

*Siri Budak Welding ni sebenarnya adalah tag dari Irwan. Sesapa yang membaca entry ini secara automatik telah di'tag' oleh aku. Sesiapa yang gagal meneruskan tag berantai ini akan menerima musibah 24 jam setelah korang gagal menyambung siri Budak Welding ini. Marilah berasa seram beramai-ramai. Sekian. 






p/s: serius aku tak reti nak buat cerita berantai ni. aku blasah aje ni.

Sunday, February 13, 2011

phone call

kalau CikguLan call, macam-macam style bercakap si botak dan si sengih ini.

sengih cakap bahasa korea, CikguLan reply bahasa tamil.

botak cakap english slang UK, CikguLan reply english slang taiping.


pitam.

bi dan bin

hyun bin. sila google cari gambar hyun bin. konfem tak tido malam kerna muka dia yang sungguh asian dan comel. tak sabat nak tengok filem baru dia, late autumn. ni nak kene tengok second round secret garden tapi tengah gigih nak tengok drama bi.

bi aka rain. google juga gambar rain yang sungguh meletops dalam citer ninja assassin itu. lepas tu pengsan dan bangun balik. tengok drama dia fugitive plan B. sangat comel ok.

lepas ni mari tengok east of eden. 56 episod ok!

puasa kejap drama melayu.

derma darah

sepanjang beberapa tahun yang aku agak aktif menderma darah (sekali setiap 3 bulan), ada 2 kali yang aku kene reject. well, ko ingat senang ke nak derma darah. banyak kriteria yang perlu dipenuhi dan ada pulak ujian saringan sebelum berjaya nak baring kat katil derma darah tu. even dah baring pon, belum tentu berjaya menderma dengan kadar normal ataupon ada adegan susah nak cari urat (tak tau medical term dia) dan ada pulak style yang darah beku cepat sangat.

sekali yang aku kene reject, doktor tu cakap aku punya blood pressure tinggi sangat. pikir punya pikir, apesal la yang tiggi sangat blood pressure aku ni. rupanya, masa tu baru lepas tengok wayang cerita hantu. aku ni biasanya takde perasaan kalo tengok citer seram ke, romantik ke, sedih ke. konfem muka aku sama aje. kengkadang tu buat adegan jahat, kalo tengok citer hantu siap gelak-gelak (mesti orang duk sebelah aku bengang gila). tapi tak ingat cerita apa. tapi, itu ke faktor blood pressure aku naik? ntah.

lagi sekali masa tu ada series of blood donation kat kliuc, anjuran my taekwondo students. actually aku yang cadangkan ni sebagai salah satu aktiviti tuk club tu. tapi dah jadi macam acara wajib setiap 3 bulan. bagus jugak kan. bukan pakai bajet pon. orang pusat darah negara datang bawak barang-barang. student2 ni tukang tampal poster aje. masa ke first kaunter, nak cek jenis darah dan zat besi dan hemoglobin, nurse tu cakap aku kurang zat besi. cisss.. makan punya banyak, kurang zat besi. nampak sangat tak mengamalkan diet yang sihat. ada pulak member yang cakap, balik nanti ko kene pegi makan basikal aliaa oiiii.. tambah besi. hampeh.

sekian. nanti ada lagi ke kene reject?

Friday, February 11, 2011

jamie baru

kami jalan-jalan kat notts town, jumpa kedai baru jamie oliver.

DrNotts, jom..



harga sangat ok! sama aje dengan harga italian restaurant yang lain. tapi, at least jamie oliver kami kenal.

penangan venice kah? ya. pasal harini saya masak speghetti + tomato sauce.

suka

hasil diet yang gigih, saya sudah muat baju di sini:


latifah, mari kongsi. konfem ko suka babe!

puppet

botak ada pupper show harini di academy dia. dia yang buat puppet show nya, bukan dia yang menonton.

nanti kne tunggu cerita dari dia la ape yang jadi. dia tu kalau balik dari academy, akan berceloteh / membebel / bercerita tak berhenti. bila dia amek napas pon aku tak perasan. dia hanya dia bila mengadap TV masa makan aje. haish la anak teruna sapa la ni.

eh, silap, anak omputih celup mana la ni. dah la siap dengan accent nottingham yang ghetto gila. pening ok nak faham. yang kaka dia si sengih ialah pakai accent british + american. mane dia dapat selit american pon aku tak sure. yang kakak dia sorang lagi ni (aku ler) pakai posh british accent.

mangsa keadaan ialah mak diorang. yang di malaya itu dan campur accent ape ntah.

kalau nak imagine camne botak buat puppet show dia, sila bayangkan cerita banana in pyjamas campur accent jamaican sikit.

Wednesday, February 9, 2011

pesanan penaja

latifah meninggalkan pesanan penaja kepada aku. barang-barang yang dia nak dari UK ni. silalah tengok:

1) Cadbury Flakes (loads of them)
2) DrPepper (loads of them)
3) Orange Oasis (loads of them)
4) Doner Kebab (loads of them)
5) Jacket Potato with Egg Mayo, Coleslow & Cheese (loads of them)
6) Cheese and Onion Pasty from Greggs (loads of them)
7) Corn Rice with Curry Mutton by Uncle Astley (loads of them, its okay if its basi as long as I get it)
8) Cheese Omelette by Morrison (loads of them)
9) What else haven't I mentioned yet???

semua makanan ok!

manje pesan ape? dia nak tshirt zara. masalahnya, takde yang saiz dia. dah la badan ala2 body builder. kene camtum 2 tshirt baru dia muat.

gembogembo punya barang paling best sebab barang baby dan budak-budak sangat best kat sini.

wedding invitation

sekarang kan zaman IT dan teknologi. mudah untuk hantar wedding invitation / walimatul urus.

boleh scan invitation card, dan hantar pada kawan-kawan atau saudara-mara guna email.

bila muncul facebook, boleh create event di facebook dan hantar event invitation.

tapi, memang semua kawan-kawan aku yang jemput ke walimah mereka, walaupon hantar jemputan guna email ataupon facebook event invitation, mereka tetap bertanyakan jikalau aku perlukan actual card, maka diorang boleh hantar actual card through pos.

bagi aku, aku sangat hargai semua jemputan yang dihantar. cuma tinggal dapat datang dan tak dapat datang aje. kadang-kadang tu, bula musim wedding, sehari sampai 3-4 jemputan dan aku akan cuba sebaik mungkin untuk memenuhi semua undangan.

cuma, ape yang aku kurang puas hati dengan orang-orang yang dijemput atau tak dijemput ni, suka nak tanya soalan aku rasa sensitip kepada penjemput / pengantin secara terang-terangan di kotak comment facebook ataupon group email. i.e:

  • weh, wedding ko hujung minggu ni kan, aku dijemput tak?
  • sampai hati ko tak tag aku kat gambar kad jemputan ko ye
  • eh, aku tak dijemput ye?
  • ooo.. si xxxx ko jemput, aku ko tak jemput kan.
kan ke dah mengaibkan si penjemput / pengantin, seolah-olah macam lupa kawan atau sombong. mane lah tau, orang tu terlupa nak tag nama ko ke, terlupa email address ko ke. terhilangkan no handphone ko ke. ataupon memang orang tu tak nak jemput ko pon. cara terbaik, tanya elok-elok secara personal (email / text message / personal message).

lagi satu, kalau ko dah sama-sama segeng satu sekolah ke, sekapal ke, kalau dah pengantin kata "weh, aku tak sempat nak ajak semua, tapi kalau ada kawan-kawan sekolah / seuniversiti / segeng kita yang aku terlupa nak ajak tu, ko tolong sampai2kan la ye", kalo ko jatuh dalam dalam salah satu kategori tu, ko terima aja lah itu sebagai salah satu cara jemputan.

cara menjemput ke majlis perkahwinan ni subjektif. bukannya WAJIB hantar kad, WAJIB hantar email jemputan, WAJIB hantar event invitation.

kesimpulannya : nak makan nasi minyak + rendang tok + ayam goreng berempah cap UBE catering!!!

Monday, February 7, 2011

selsema

masa baru sampai notts bulan 9 haritu, sengih selsema teruk. dua-tiga hari lepas tu, DrNotts pon terkena jangkitan. hasilnya, DrNotts selsema tak berhenti sebulan.

minggu lepas kan botak ialah selsema pasal main rugby dikala cuaca negative. sampai kene infection ke telinga dan eardrum popped dua-dua telinga botak. pulang dari venice, DrNotts pon start selsema jugak, akibat jangkitan dari botak. so dah hari ke-4 DrNotts selsema ni. hopefully it will not last as long as the previous one (with sengih).

ape yang tak best pasal selsema? sangat tak selesa tahap dewa ok! aku ialah dari kecik selsema memanjang teruk gila pasal eczema teruk. eczema tahap dewa pasal even just hirup kuah yang dimasak dengan udang pon (macam kari udang ke), terus selsema teruk gila sampai hidung tersumbat, kne bernafas ikut mulut. tak masuk lagi bersin all the time. tapi, bila dah masuk sekolah menengah, alhamdulillah hilang. so boleh la mentekedarah seafood tahap dewa sampai sekarang.

aku sangat agree bila orang cakap selsema tak best.

tapi sekarang ni bila sekali sekala kene selsema, batuk sampai sakit tekak, dah tak tahan. i wonder macam mane aku survive dulu.

oh, ya. pasal ada DrNotts berjaga sepanjang malam, make sure aku bernafas.

bulu

aku perhatikan, kebanyakan ahjumma ahjumma (makcik-makcik) kat venice haritu, suka pakai jacket dan coat bulu / fur. tapi, style yang mewah camni:








masa jalan-jalan cari jalan dengan sengih, kami terjumpa kedai yang jual coat / jacket style bulu / fur ni:




ape kaitan nya? entah.