Thursday, August 29, 2013

Wedding Nazzuan & Luqyana : With Legendary Singers

Nazzuan ni salah sorang x-student aku di IUKL. dia ni yang geng kaya-kacak-terpelajar. ada entry-entry pasal geng ni aku pernah tulis, tapi kena cari sikit sebab aku tak label rasanya.

wedding nya di Seri Pacific Hotel. aku dan officemate, kak haslina berjanji jumpa di office dan pergi bersama-sama. dah RSVP siap-siap sebab nazzuan datang office hantar kad by hand.

sampai aje di luar dewan, kami nak tanya nombor meja pada ahli keluarga yang ada menyambut tetamu. ada sorang yang bawa kami ke meja. masa berjalan nak masuk dewan tu, aku terperasan yang aku masuk sekali dengan Zur Eda. dalam hati cakap, huwaaaaa Zur Eda salah sorang tetamu lah.

kami pun duduk. duduk semeja dengan student-student IUKL jugak. diorang memang kelakar. tak kering gusi duduk dengan diorang. aku cakap dengan kak haslina "kak, tadi aku nampak zur eda lah masa kita nak masuk dewan ni". sekali kak haslina kata "mane kau zur eda nya. ko salah orang lah. tu rohana jalil. cuba ko tengok tu" sambil tunjuk. eh, aah la rohana jalil. tapi aku konfiden memang zur eda.

kami pon duduk borak lagi. sekali rohana jalil duduk sebelah meja kitorang. dan, masuk jugak zur eda. ha, sah la mata aku belum rabun teruk lagi. eleh padahal kau pakai contact lenses aliaa oiii. pastu aku macam terpeguh pandang seseorang, pastu bisik kat kak haslina "kak, tu salamiah hassan kan?". kak haslina kata "aah la. eh, dwen pon ada la". kami seronok gila sebab diorang pon duduk meja sebelah kami. sekali masuk pulak amir ukays, rahmat mega, salem, zamani slam dan fredo (flybaits). kau tak rasa nak pengsan??? gila kau kan aliaa, poyo betul. orang lain hari-hari pergi wedding ada artis.

aku dengan kak haslina control macho sambil jeling-jeling diorang semua yang duduk sebelah meja kami. diorang bahagi-bahagi kepada 2 meja. student-student aku ni entah diorang kenal entah tak. aku je syok berdua dengan kak has. kami bajet artis-artis ni tetamu, sama macam kitorang sekaliiii....

then MC pon announce pengantin nak masuk. ada audio pasang selawat. then dwen nyanyi lagu dia yang femes tu "suatu waktu dahulu". *pitam tapi cepat-cepat sedar*.

dwen masuk, then pengantin, then tetamu utama Rais Yatim, perents nazzuan, vvip lain dan family luqyana, then artis-artis semua tu. the artists are mengiringi pengantin. wow. best.

dwen baca doa dan terus acara merenjis. artis-artis yang mengiri pasangan tetamu utama dan tetamu vvip yang lain untuk merenjis. best lagi.

then terus pengantin ke meja makan beradap dengan vvip semua dan makan. very simple step, cepat, yet beradap. tetamu pon tak perlu tunggu lama untuk makan. start aje makan, MC terus jemput salamiah hassan untuk menyanyi. wow sangat!!! aku ingatkan artis-artis ni tetamu jemputan dan iring vvip je, tapi diorang tetap menyanyi. dahla best sangat. suara sama n power. kelas sangat!

mesti curious kan kenapa aku duk bercerita takde gambar lagi ni. sebabnya semua time ni aku save battery fon nak bergambar dengan artis weiii. sebab bateri aku ialah sipi-sipi goal je. kan seharian aku keluar rumah. pastu power bank pulak habis isinya. then sebelum keluar rumah ke wedding ni aku confident je yang camera aku ada dalam handbag, tak dikeluarkan. aku pon tak double check. sekali kauuuuuu widad dah keluarkan dari handbag aku. nape entah aku pon tak tau. so make do je lah camera fon ni kan. dahla nak habis battery. ceh!

kami disajikan chinese 10 set meal. first time pergi wedding disajikan chinese set meal. sebelum ni nasi minyak dan nasi briyani atau nasi putih. memang meal time dia panjang dan memang matching dan seronok sebab sambil makan sambil disajikan dengan nyanyian artis-artis power dan kelas tu. best gilos kan kan. aku sama naik ikut menyanyi. ada yang bukan artis zaman aku membesar tapi aku tau jugak lagu diorang since diorang kan famous. triple bestest.

ada ucapan dari wakil keluarga pengantin lelaki, then terus end of majlis. simple yet so grand. tetamu semua boleh beredar keluar dan balik. kami, aku dan kak haslina mestilah belum lagi. kami tunggu dewan almost kosong barulah kami beratur keluar jugak. jumpa pengantin, bergambar dan bergambar sakan dengan artis-artis semua. of course aku minta izin dan cakap elok-elok masa nak bergambar dengan artis-artis tu. sampaikan masa nak ajak salamiah hassan bergambar tu aku cakap camni "puan, nak ajar bersambar sama boleh?" *suara paling lembut*. ceh, sangat protokol ayat aku. sekali dia jawab "panggil untie je". pergh. baik gilos.

perjalanan balik kami ialah sangat best sebab rasa inilah antara wedding yang best pernah aku attend. layanlah gambar yang sempat aku snap dengan camera fon yang bateri sipi-sipi goal tu.

bersama pengantin, Luqyana & Nazzuan

last persembahan semua artis bersama-sama



potong kek dan suap makan




bukti kehadiran


salamiah hassan, zur eda, aku, kak haslina dan rohana jalil

duduk depan dari kiri : isteri salem, salem, dwen, rahmat mega. belakang dari kiri : kak haslina, joel (student), GF joel, student aku tak ingat nama, fredo (flybaits), aku dan amir ukays

salem. suara maintain.

dengan dahlan zainuddin dan fredo

dikelilingi students yang best-best dan gila-gila. memang enjoy dan tak kering gusi

door gift pengantin dan hotel (kek buah)

door gift pengantin - sarung kotak tissue, dan coklat kandos

3 comments:

Ms Haslina said...

huhu.

good entry, akak x sempat nak buat lagi.
nanti leh link lah.

aliaaroslan said...

@Ms Haslina marilah link mengelink... sila letak video yg salem nyanyi tu tau yang penuh dengan suara kita je tu. hehehe

Shiema said...

oh mannnn....saleem

saya sedang menjeleskan diri sendiri. Nasib baik M.Nasir takde sekali......