Thursday, August 29, 2013

Wiwin's engagement & Kak Naimah's open house

kalau tengok baju yang aku pakai tu, memang baju yang sama aku pakai pergi kenduri syahirah. sebabnya, lepas wedding syahirah tu pukul 2pm aku terus chow ke engangement wiwin di taman melati. tapi kauuuuuu jem menggila tahap ape pon aku tak tau lah. dari shah alam ke taman melati, sejam setengah hoiiiii. serius memang banyak gila kereta atas jalan sabtu haritu.

anyway, wiwin ni group student yang 1st aku mengajar kat upm dulu, masa aku baru je sambung masters, tahun 2006. batch dia ramai yang sebaya dengan aku, dan muda setahun dua. yang lagi tua dari aku pon ada.

alhamdulillah dia dah bertunang dan akan berkahwin bulan 2 tahun depan. siapa tunangannya? classmate dia masa study dulu tu ha. masa study takde pon bercinta. lepas habis study then kerja tempat sama, barulah bercinta.

baik budak wiwin ni. masa aku survey camp ke kelantan, dia dan mummy dia yang selalu bawak aku keluar jalan-jalan makan-makan kat KB tu. masa aku nak ke UK pon dia hantar dan selalu keep in touch calling2 dan message2. selalu kami keluar makan bersama. dari zaman dia student sampai sekarang, tak berubah perangai, merendah diri selalu.

oleh kerana aku sampai lewat, pelamin semua pon dah kemas. walaupon aku tau aku lambat, aku pergi jugak sebab memang nak sangat pergi jumpa wiwin, lagipon dah lama tak jumpa. congrats wiwin!



lepas jumpa-jumpa borak-borak dengan wiwin dan mummy serta untie dia, aku pon terus bergerak ke destinasi seterusnya. masa ni widad temankan aku so dia tukang ambil gambar dan tukang tidur kat seat sebelah masa jem. ceh.

plan asalnya nak pergi 2 rumah open house. lagipon dekat-dekat je. tapi, dari taman melati ke kajang pon dah sejam setengah atas jalanraya dan malamnya aku perlu attend wedding di KL dan of course kena balik rumah dulu mandi tukar baju semua, aku hanya dapat attend satu je open house, iaitu rumah kak naimah.

kak naimah ni officemate di IUKL. kawan seoffice dulu sebab sekarang kan department aku dan masuk fakulti lain. dulu kami sama department. tapi selalu je jumpa sebab buat conference sama-sama, pergi seminar sama-sama, etc. lagipon IUKL bukan besar mana pon kan. 



lepas makan-makan aku terus balik. mandi dan bersiap dan terus keluar lagi. attend wedding di KL pulak. ceritanya lepas ni...

0 comments: