mula-mula kami ke pasar kajang dulu. oleh kerana kat Kajang tu dah banyak jalan yang 1-way, so kena rancang perjalanan nak ke sana. i mean nak ambil jalan mana dan mana. dah tau dah konfem jam gilos. tapi no problem punya. kami redah!!!
klinik dr karim ni antara klinik org melayu terawal di Kajang. legend kot. |
kau tengok iklan spare tyre dia |
pergi pasar kajang untuk beli paru dan limpa. daging mama dah beli 2 hari lepas. tapi bila dah kat pasar tu of course akan beli banyak benda. kami beli sekali ikan duri, kerang dah kopek, sayur mayur, kacang dah siap blend untuk buat kuah kacang nanti, santan siap perah, etc.
mintak adik tu potong paru dan siap-siap. kami takde pisau power kat rumah. |
lepas settle urusan kat pasar, kami masuk bandar kajang nak pergi ambil baju melayu alim dan mamat. lepas dah penat meredah jem dan traffic yang bergerak super slow, kedai baju tu tutup pulak dah. ceh.
terus aku ambil jalan shortcut masuk highway ke tesco nilai. kami beli lengkuas, halia, bawang putih dan serai yang dah siap blend dalam botol. nanti aku ambil gambar botol nya ek. memang senang gila takyah kupas dan blend. tinggal bukak botol dan masukkan dalam kuali je masak.
sampai rumah, terus aku keluarkan daging dari freezer dan potong. mother dah start masak santan, masukkan halia lengkuas bawang-bawang bagai semua. start masak rendang.
lepas tu maisa sefamily pon datang. maisa dah janji nak masak nasi ayam untuk berbuka semalam so aku pon tolong sikit-sikit je. as usual nasi ayam kami makan dengan ayam bakor. huahauhua. sedap.
dalam pukul 6 siap semua rendang dan nasi ayam. rendang dah siap masukkan dalam bekas yang microwave reheatable tu dan disejukkan sebelum masukkan dalam freezer.
lepar berbuka, angin aku datang kembali. ala-ala asyik sendawa dan kentut kesan refleksologi sabtu haritu.
kami lepak, isyak, terawih.
lepas terawih mother ajak pergi uptown jalan reko. maka berpergianlah kami memeriahkan suasana di uptown tersebut. takde beli ape pon. songkok dan samping alim, jersey alim. dan tidbits sikit-sikit. alim dan widad tray shoot target paintball.
kami sampai rumah pukul 1.30pagi tadi. lepak minum milo panas, then tido.
pagi ni bangun sahur, tak berapa selera nak makan. so minum air je. then sambung tidur lagi.
dan harini aku masih bekerja, esok pon sama. rabu company kasi coti. aku takde ambil coti extra. maklumlah, kampung kat Sungai Kantan dan Sungai Sekamat, Kajang je. jauhhhh sangat.
2 comments:
selamat hari raya alia..
kty pun masih bekerja lagi sampai rabu.. org cni je.. family kty pun cni.mertua pun bangi je.
@attyfir selamat hari raya, kakty. kita geng orang kajang!
Post a Comment