Isnin yang basah. since pagi masa nak pergi kerja, jalanraya basah. hujan pon masih renyai-renyai.
sampai aje di office, hujan dah berhenti tapi matahari masih tak memancar lagi. biasanya jalan pukul 8am++ tu memang dah bersinar.
masuk office, buat kerja, etc etc, ada kelas jam 12pm. alamak, baru mengajar 10 minit students dah tersengguk. ok takpe, kena buat lawak berinformasi sikit, siap relatekan subjek GPS yang aku mengajar tu dengan filem battleship. terang sikit mata diorang. lepas sejam, terus praktikal di site. tapi bila praktikal GPS ni, takdelah seberpeluh macam practical cadastral atau engineering surveying. setup equipment dan GPS receiver, start logging dan boleh tidur. eh, aku tipu. takkan tidur kat site kan.
settle praktikal, masuk office semula. sambung kerja lagi, sambung jadi information counter lagi, etc etc. tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya. berselang seli dengan gerimis basah, membawak ke petang. sejuk nyaman cuaca.
ada pulak potential student yang nak mendaftar course degree member depan bilik, course QS. member tanya dengan aku ape beza AS-level dan A-level. terangkan pada dia serba sedikit. well, potential student tu tak kasi result lengkap. so tak boleh lah pihak jabatan nak beri kata putus yang student tu boleh diterima masuk atau tak.
habis office hour, balik. singgah kedai runcit BanSoon beli kacang bendi dan roti buku gardenia. bacang benci nak masukkan dalam kari ikan yang nak masak untuk berbuka puasa. roti gardenia nak standby bersahur.
BanSoon ni kedai runcit ownernya berketurunan cina. dia ada lagi satu branch kat Serdang nun. kami start pergi yang Serdang punya dari banyak tahun dulu. dia bisnes anak beranak, semua anak-anak pakcik BanSoon ni dikerah bekerja berbisnes. selain kedai runcit, dia ada jugak bukak kedai handphone. kalau sayur sayur dan barang-barang basah untuk memasak yang lain, kami lebih suka berbelanja di BanSoon. Sebab stoknya ditukar setiap hari dan fresh. Tapi kalau nak cari dan beli barang-barang yang agar rare atau jarang dijumpai di kedai runcit biasa seperti contoh kunci basikal, kami akan pergi cari di kedai runcit NZ. NZ ni kedai runcit pertama yang dibuka di area rumah aku ni masa baru dibuka tahun 2002 dulu.
sampai rumah, tolong menyibuk kat mother masak kari ikan. sediakan meja dan hidang untuk berbuka puasa. aku, mother dan alim berbuka sama. alim dah 2 hari puasa enam. bagus kanak tu. aku nak habiskan puasa enam dan ganti semua sekali. takut lupa pulak bila buat lambat-lambat nanti.
cuaca masih nyaman dan malam ni kami tengok TV sambil tak onkan aircond.
eh, ada lagi bunyi mercun. ape budak-budak ni tak tidur lagi ke esok sekolah? atau...
abang budak atau bapak budak atau pakcik budak yang main mercun sebenarnya???
0 comments:
Post a Comment