Friday, August 2, 2013

Hello weekend...

Ape plan you all esok? Member kat office ada yang akan bertolak balik kedah dan kelantan dan negeri negeri di malaysia yang lain, member lain ada yang dah sampai kampung dari khamis lepas lagi, dan ada yang plan nak ke jalan TAR esok atau ahad atau dua dua hari sekali. Esok aku akan bawa mother ke mines untuk urut refleksologi. Kesian mother kaki sakit, urat kat pelipat kaki lutut tu sakit dan dah dua hari aku urutkan memang bengkak dan betis stress je rasanya. Better urut refleksologi mana tau bertambah baik kan.

Ahad kemungkinan besar akan pergi pasar untuk beli barang basah nak masak rendang semua untuk raya. Kami akan masak rendang hari rabu. Kita akan beraya insyaAllah khamis kan...

Aku still kerja isnin dan selasa ni. Rabu company dah kasi cuti extra. Yey. Seronok gila...

Patutkah esok makan pergi jalan TAR jugak? Akan crowded tapi itu thrill nya kan bila nak raya ni...

Rabu malam pergi dataran merdeka nak?

Amboi kemain lagi merata rata nak pergi kan.

Eh jap. Esok patut  ke aku berrefleksologi jugak?

0 comments: