Thursday, August 15, 2013

rumahtakdeletrektibatibadikalatengahsyokberborak

semalam masa tengok syok borak-borak sambil tengok drama ijal kabul kat tv3, sambil aku duk tengah panaskan air dalam microwave nak bancuh milo, tiba-tiba letrek takde. ingatkan short circuit ke ape kan, bila tengok rumah lain thru balcony rumah, semua rumah pon takde letrek.

tanjat gegirl kejap.

air sempat jadi suam-suam je tapi aku blasah letak jugak milo dan bancuh. sedap je aku minum.

alim ambil lilin dan mother pasang lilin.


lepas sejam lebih, aku dah ngantuk dan kami dah bentang tilam kat depan nak tidur berjemaah. tiba-tiba mendapat serangan nyamuk. ceh ceh ceh!!! tabah betul nyamuk tu panjat sampai tingkat 5. ke lebih?

terguling sana, terguling sini, after almost 2 hours, tingggg letrek ada balik. Alhamdulillah. terus angkut bantal n masuk sambung kroh kroh dalam bilik. huahuahuaaa..

time tu aku teringat, ada sekali tu aku join geng UPM buat survey camp di Port Dickson. masa kat sana kami duk di asrama student politeknik PD. kebetulan dapat bilik ground floor.

pada satu hari yang indah, baru je balik dari site, ala-ala tengah keringkan peluh sebelum nak mandi, tiba-tiba letrek takde. berlanjutan sampai malam. so malam tu student tak boleh buat ape-ape kerja. the whole politeknik takde letrek.

malam tu kami tidur berperang dengan nyamuk. even dan berselimut di kala kepanasan pon nyamuk attack kat muka. tabah kan nyamuk-nyamuk tu berperang demi sesedut darah maknusia. sampai ke pagi, sampai ke tengah hari, sampai ke petang the next day letrek masih takde.

petang hari ke-2 tu, masa baru sampai dari site, nampak truck TNB kat satu bangunan pencawang letrek dalam politeknik tu. borak punya borak, rupanya ada tupai yang mati dalam bangunan pencawang elektrik tu. diorang ambil masa lama betul nak cari tupai tu. lepas dah keluarkan barulah boleh on semua letrek. kesian tupai tu. cemana la boleh sesat dalam bilik pencawang letrek tu. malam tu kami tak berperang dengan nyamuk lagi..

2 comments:

Wak Gelas™ said...

panas je kan kalo xde api..,uHHUu

aliaaroslan said...

@Wak Gelas™ panas boleh tahan, tapi nak kena perang dengan nyamuk tak tahan...