Tuesday, August 27, 2013

payday

bagi orang bekerja, payday adalah hari yang dinanti-nantikan.

bagi yang belum bekerja, payday ialah hari yang dinantikan juga sebab mak / ayah / suami / isteri / abang / kakak akan belanja makan or kasi duit belanja or beli barang dapur, dan sebagainya.

haritu masa bulan ramadhan, keluar bersama kawan-kawan. well, adik-adik pangkat diorang. ada yang baru bekerja setahun, 3 tahun dan ada yang baru bekerja 4 bulan. nama nya pon perempuan, kalau window shopping sahaja memang boleh menaikkan semangat serta merta. ada yang nak berkenan sangat dengan blouse di kedai, tapi tahan diri sebab "belum gaji lagi" katanya. bagus, pandai berbelanja mengikut perancangan.

tadi aku cakap dengan mother, kalau lah duit gaji ni tak dihalakan ke something else macam main kutu, confirm habis macam tu je. dan bila main kutu yang melibatkan orang lain, mesti rasa malu dan terus nak bayar cepat-cepat. yelah, tak nak lah orang yang sepatutnya giliran mendapat kutu tu dapat lambat pulak kutu. aku dah sign contract sampai mati main kutu kat office mother dan office aku. contract sampai mati? maknanya bila habis dah round, akan sambung main lagi. kemain kan siap contract bagai.

tapi aku memang respect mak / ibu kutu yang kat office mother. kalau ada orang tu asyik lambat bayar atau perlu diremind beberapa kali untuk bayar kutu, the next round / year terus dia blacklist orang tu dari main kutu. canggih kan? terel gile kot.

selain main kutu, selalunya kita akan halakan duit ke tempat yang susah nak dikeluarkan. macam ASB ke, tabung haji ke kan. eh, tapi tabung haji sekarang dah canggih, boleh link dengan maybank / bank rakyat / bank islam untuk masukkan dan keluarkan duit. cerita pasal tabung haji, aku dah register haji dan giliran aku ialah masa umur aku 70 tahun. uwau. tak terkata.

ha, siapa yang ambil loan dalam ape bentuk sekalipun, mesti bayar. sebab nama pon loan. dia takkan hilang macam tu je. 

and, i always believe in sharing. yang kasi mak pak tu memang tanggungjawab setiap anak. i mean sharing macam belanja adik-adik ke, sedekah ke, belikan baju kiut miut untuk Lana dan Sofea ke, dan lain-lain dah. yang kita sharing dengan orang bukan ahli keluarga tu, terpulanglah nak buat macam mana. hantar makanan ke rumah orang tua or rumah anak yatim, bersedekah di masjid dan surau, etc. percayalah, walaupon sikit, tapi memang insyaAllah bila kita susah, ada orang yang sudi dan akan membantu.

dan, jangan lupa. bayar zakat pendapatan.

how did you manage you money when it's payday?

0 comments: