aku terjaga kerana pagi yang cerah. sangat cerah, bagaikan tiada ribut mahupun hujan lebat semalam. pendek kata, bagaikan di Malaya.
so mother bersiap dan ajak cari kasut dan korean silk di Dongdaemun.
kami ambil bas dari Yongin ke Seoul, dan ambil subway dari seoul ke Dongdaemun station (line no.4). kami berpandukan map yang ada, cuba cari tempat kasut yang dimaksudkan oleh widad. jalan punya jalan, tak jumpa-jumpa. terus rasa sia-sia je mengaji lama-lama jadi Surveyor. eh?
|
keluar dari Dongdaemun subway station |
kami jalan dan jalan lagi. meriah suasana. maybe sebab weekend. dan summer holiday kan. aku sempat rembat 2 shirt lengan panjang untuk hiking. each KRW10,000. sangat murah.
|
menyusuri alley-alley |
|
nampak sedap je... |
then kami kembali ke tempat kami keluar subway tu. ada kedai makan yang jual makanan laut untuk dimakan hidup-hidup tu... dan kami singgah makan ice cream dan minum di Lotteria. salah satu fastfood restaurant di korea.
|
ada show kat tv tunjuk, untuk makan ni (ape haiwan ni punya nama ye?), tangguk terus dari dalam air dan angkat dari air, racik halus-halus terus dan makan. mampu tak? |
|
macam gamat je? |
|
iced americano satuuuu! di tangan kiriku ialah sugar syrap ye. |
|
lipatkan sugar syrap tu ye dan keluarlah ia dari bekas itu. cool! ke aku sorang je first time jumpa bende alah ni? |
|
yeah! song joong ki! |
di luar exit Dongdaemun station tu ada salah satu gate istana. bersepah istana kat seoul ni. dan banyak gile gate yang dijadikan salah satu tempat tarikan pelancong.
kami jalan the other side of the supposed tempat jual kasut dan tadaaaaaa... jumpa jugak alley kasut yang dimaksudkan tu...
banyak sangat kasut tapi tak banyak jenis. semua kedai jual almost sama jenis kasut. dan kebetulan kami jumpa kasut yang kami cari. yeay!
|
muka wanita tahan panas |
|
Cheonggyecheon Stream melalui Dongdaemun juga.. |
puas tengok dan beli kasut, kami masuk ke Doota. salah satu mall yang glamour di kawasan dongdaemun ni. memang best dan kelas barang-barang dia.
|
eh, zara. tapi zara UK dan malaydia lagi best baju-baju dia. |
|
berhenti beli sotong bakar. yummeh. tanpa perisa tambahan masih manis. |
|
ahjumma yang jual sotong bakar tu |
|
doota yang dimaksudkan |
then kami masuk indoor mall. macam-macam ada jual. tudung bawal pon ada tau tak!
kami keluar masuk mall tu sebab ada banyak pintu. so jalan ikut suka hati. hehehe...
|
rehat jap penat jalan |
|
bila panas, air batu ni rasa sedap gile... |
dan of course kami cuci mata jugak kat dongdaemun underground shopping. korean silk je yang kami masih tak jumpa...
lepas tu kami nak kedai souvenir ahjumma baik di Hoehyeon underground shopping. so kami ambil subway dari Dongdaemun dan berhenti di station Hoehyeon. kami keluar je jumpa Namdaemun market. berhenti makan buah dulu sebab semua nampak sedap je bila cuaca panas. and of course, ramai orang kat Namdaemun market tu. sempat jugak kami shopping situ. hehehe...
dan kami pon jalan mencari Hoehyeon underground shopping tu. sebab dia tak sekali dengan Hoehyeon subway station. dia macam kene jalan sikit from that station. aku dah la ingat-ingat lupa jalan nya. mother kata takpe, kita jalan je.
plan asal, lepas beli souvenir, nak ke Itaewon untuk makan. tapi masa tengah jalan-jalan tu, ternampak orang jual kebab halal. mother kata dia tau ada kedai kebab halal area Namdaemun market ni tapi tak sure kat mana. maklumlah, Namdaemun market ni ada 6 gate ok!
so kami beli kebab dan makan. settle!
|
kebab ayam. mother kata kureng sedap dari the last time mother makan. kurang perencah ke? |
|
Shinsigae, mall paling elite di korea. |
tak jauh pon kami jalan, jumpa Hohyeon underground shopping tu. so terus cari kedai ahjumma souvenir tu.
|
mestilah ambil gambar dengan jejaka tentera tu, Rain! |
settle beli souvenir, terus kami keluar dari underground tu dan jalan depan sikit lagi untuk ke Myeondong subway station. ambil subway dari Myeondong ke Seoul station, dan ambil bas balik ke Yongin. kebetulan bas terus sampai masa kami baru berdiri kat bus station tu. rezeki, alhamdulillah tak perlu tunggu lama.
|
kaya Jang Gun Seuk, buat CF aje... |
balik tu kami singgah kat 7-11 di apartment mother, beli ice cream.
|
aku punya banana ice cream. mother punye popsickel ice cream. mcm dalam drama korea tu... |
sampai rumah, mandi solat semua dan berehat. kesian mother sakit lutut. but we had fun =) =)
3 comments:
Hye, alley kasut tu kat mane exact location dia? Kalau subway station exit no brape?
@sone zuher hi... subway line no. 4 (warna biru cair kalau tak salah), stop Dongdaemun. Exit no. 3 kalau tak salah.
Oke thanks.. Nnti i cube carik coz last time pegi sane x jumpe langsung alley2 tuh. Huhu.. Tqvm ;)
Post a Comment