Sunday, July 8, 2012

Seoul, Korea : Day 7 - Bupyeong Underground Shopping

keluar dari rumah, dah memang hujan. tapi renyai renyai manja. so aku bajet akan berhenti bila sampai ke Seoul.

sampai di Seoul, terus ambil underground train, line no. 4 dan berhenti di Anguk station. keluar dan terus menghala ke Bukchan Village.

Bukchan Village ni terkenal sebagai penempatan golongan bangsawan dan orang kaya-kaya, dari zaman dulu sampai sekarang. plan asal nak ikut trail 8 photograph spot. walaupon tak pandai ambil gambar, tapi aku tau dengan berjalan ikut trail tu akan dapat tengok keunikan dan tradisional design of the houses, cara hidup, etc.

sampai di Anguk station, aku tengok di neighborhood map  di station tu dan terus cari tourist information centre. bila dah agak-agak tau ke mana nak hala tuju, aku pon keluar dari subway station tu. tapi, hujan turun makin lebat. tabah jugak lah, bag bawak ke hadapan, payung di tangan kiri dan jalan cari tourist information centre.

senang je nak cari since memang betul-betul tepi jalan besar.

bus from Yongin to Seoul



sebelum sampai tourist information centre tu, akan jumpa dengan Constitutional Court of Korea.

sampai di tourist information centre, terus minta map untuk 8 trail of photograph scenery tu. lady kat centre tu explain briefly how to get from one to another. dan dia siap pesan "raining, be careful". aku angguk, ucap terima kasih dan keluar. serius, hujan tak menunjukkan tanda nak berhenti.

so aku patah balik ke station, nak lepak minum, kopi kejap di Paris Croissant dengan harapan hujan akan kurang or berhenti terus. 



tapi, hujan tak berkurangan pon. so aku tukar plan, ke underground shopping je lah since itu adalah indoor aktiviti.

so aku ambil train balik ke Seoul station. dan tukar line no.1 terus menuju ke Bupyeong station.

Buphyeong underground shopping ni terletak di Bupyeong underground station. perjalanan jauh jugak dari seoul, lebih kurang 40 minit. sambil tunggu sampai, sambil baca buku.

orang korea ni not into reading books sangat. diorang lebih kepada gadjet freak. itu pon tak baca e-book. diorang main game, dengar music, watch videos and movies. so memang aku nampak pelik la bila baca buku. well, muka dah korea tapi pakai tudung and baca buku, so sah pelancong.

sampai di Bupyeong station, tak nampak pon signboard ke underground shopping tu. so terpaksa jugak jalan keluar dari station tu dan bertanya kat kedai di luar.

hujan masih lebat. jalan pelan-pelan cari kedai macam 7-eleven.  before tu, berhenti tengok map dulu so singgah berteduh di public phone booth. kebetulan public phone booth tu depan tempat plastic surgery. hahaha

plastic surgery

phone booth

then berhenti tanya ahjumma di kedai macam 7-eleven tu, dia tunjuk suruh jalan terus. keluar je dari kedai dia, dalan 20m dah nampak Bupyeong underground shopping.


bukannya takde underground shopping di area seoul tu. tapi, Bupyeong underground shopping ni ialah underground shopping terbesar di dunia. amek kau, main dunia je. ada lebih 1500 kedai, jual macam-macam. from baju ke kasut ke ginseng ke kedai makan, kosmetik, etc.



ramai orang

aku jalan-jalan beli-beli dalam sejam jugak kat situ. then balik ke seoul.  

di Seoul, aku plan nak ke Namdaemun market lagi. tapi hujan masih lebat. so aku ke Hoehyeon underground shopping je, singgah kedai souvenir beli souvenir. ahjumma kedai tu siap kasi free gift lagi chopstick 4 set dan garfu 3.



memang langsung tak boleh nak jalan-jalan kat luar pon. so lepas beli souvenir aku terus ambil bas balik rumah.

wet day ya'll...

0 comments: