Wednesday, July 25, 2012

Iftar 4/2012 - first nescafe panas in 5 days!

on the way aku balik rumah dari office, terfikir-fikir, nak masak sayur ape ye untuk harini. so budjet nak singgah NZ or Ban Leong dengan harapan ada at least kobes ke kan, boleh buat goreng or buat masak lemak then pecahkan telur. pergh, sedapnya.

tapi, exit je tol rumah, ternampak pasar malam. ha, baru ingat harini kan hari selasa, ada pasar malam. so parking kereta, zasss lari-lari buaya ke gerai yang jual sayur. tengok punya tengok, nak cari kailan niat di hati. lepas beberapa saat, aku terus blurr mane satu lah rupa kailan. then aku bantai je capai, tanya kakak penjual tu "kak, ni sayur ape ye?". akak tu kata "kailan". yes, nasib baik betul. beli seikat then balik ke kereta.

pastu memang plan nak buat puding jagung pon. so pergi Ban Leong, nak cari jagung dalam tin. tapi dia ada baby corn dalam tin aje. so patah balik ke NZ. confirm ada. NZ tu, segala mak nenek pon ada. aku pernah beli kunci basikal aku kat situ tau. ha.... jangan memain.

then balik rumah, mother terlelap atas couch. so aku pon terus operasi masak.

  1. kailan ikan masin
  2. sambal kerang
  3. puding jagung (siap masak terus masukkan dalam fridge)

dan makan 2 suap baru teringat nak snap gambar.

puding jagung

di kala melepak sambil menjahit butang ketip kat kemeja-kemeja yang aku tak jahitkan butang ketip di antara butang biasa, aku terus rasa mengantuk. padahal tengah tengok movie enchanted dengan mother. so aku masak air, buat nescafe panas. itu nescafe panas, kasi campur sikit susu cair. memang sodap! so layan minum sambil jahit menjahit.

bila aku nak jahit manik nih?


harini nak masak ape eh?

6 comments:

atty's said...

sedapnya puding jagung..

@ju said...

Ohh...sambal kerang sangat sedap nampaknya....warna merahnya memang mantop....

chanellove said...

lari-lari buaya tu cemane rupe long? hahahaha

pudding jagung tu taste like what? bread pudding with jagung is it??

aliaaroslan said...

@atty's bajet nak buat manis2 buah je, tapi manis betul. saya belasah gak. hehehe

aliaaroslan said...

@@ju tengok warna dah rasa mantop. cuba food testing, konfem tidur pon mimpi. hehehe

aliaaroslan said...

@chanellove lari-lari buaya gaya buaya la. lompat tak lompat, lari tak lari.

puding jagung rasa jagung ler. bila masa pulak letak roti. kalau roti, jadi bread pudding.