luggage bag ni yang dibeli di Ireland dulu. cabin bag baru beli dalam 2 bulan lepas, ada offer 70% di Universal Travelers.
Cabin bag aku isi baju-baju yang aku nak bawak. bawak sikit je since memang plan nak beli baju di korea.
luggae bag aku isi dengan makanan yang dipesan oleh mother. rempah, keropok dan coklat dari malaysia, etc.
duit pon aku dah siap tukar di money changer warta. orang korea memang biasa guna notes KRW10,000, KRW5,000 dan KRW1,000. lain-lain yang besar lagi dari tu kira diroang kurang guna dan kedai-kedai biasanya jarang terima.
boarding pass pon dah print. passport pon dah ambil dari simpanan. dah siap dah check online mane tau nama aku black list tak boleh keluar negara ke kan. biasa kalau aku travel, akan bawa semua passport, including yang dah expired.
oleh kerana flight pukul 9am 29 june 2012, aku mintak mamat hantar ke LCCT jam 6am. masa kami nak keluar dari rumah pulak, azan subuh berkumandang. so kami solat subuh siap-siap. plan awal nak solat di lcct.
sampai di lcct, pakcik pon sampai jugak. dia pon gerak dari rumah lepas subuh. so kami terus ke luggage check in counter. mamat suruh ambil gambar dia dan tunjuk kat mother, bukti dia hantar ke lcct.
check in luggage cepat betul. maybe sebab awal sangat kami check in, tu yang tak ramai orang. ngam-ngam luggae 20kg, memang aku beli luggage 20kg pon. kat rumah dah timbang siap-siap.
then kami semua breakfast di mc donalds. mamat order 2 set breakfast, tak padan dengan dia batuk dan selsema.
sambil makan, kami borak, sambil tengok travelers yang slumber tidur atas meja mc donals, yang lepak bersila atas lantai menunggu next flight diorang, etc.
aku n pakcik masing-masing muka petak je, sebab awal sangat bangun kot. hahaha.... maafkan eye-bag yang teruk tu.
mother siap keluarkan statemen camni bila aku bagitau yang pakcik nak hantar kat lcct "dia tu tak kene panah petir ke datang lcct? dia kan MAS. mane kawan dengan air asia". aku bagitau pakcik then kami dua-dua gelak tah hengat. pakcik is my BFF.
pukul 8am aku pon jalan masuk ke international departure hall. mamat balik awal dah lepas dia habiskan makanan dia. pakcik hantar sampai nak masuk ke hall. then crew air asia yang jaga departure entry tu kata suruh cepat sikit since dah boleh bearding flight aku tu. so aku pon jalan cepat-cepat.
jalan cepat-cepat pon tak guna jugak since akan take time untuk scan luggage dan immigration. luggae scan aku ok je. memang dah standby kosongkan pocket semua. tiba beratur kat immigration, terus nervous. mane tau tiba-tiba tak lepas ke luar negara kene black list ke kan. adei!
sampai kat kaunter immigration, dengan control macho kasi passport dan boarding pass kat pegawai immigration tu..
puan immigration : kenapa kasi saya passport yang dah expired ni?
aku : alamak, mintak maaf puan. tersilap. ni yang boleh guna lagi. sorry la puan biasanya saya bawak semua passport saya.
puan : (senyum) oh. student ke? belajar kat korea?
aku : eh, tak puan. saya visit mama saya. mama saya kerja di sana.
puan : oh, bestnya. ok, selamat jalan. boleh lalu.
aku : terima kasih puan (senyum)
adakah daku kelihatan muda sehinggakan disangka student? sebab maybe biasanya kalau budak muda pergi holiday, secara berkumpulan. kalau student postgrad, kebanyakannya dengan keluarga. kalau student undergrad je yang travel sorang. well, assumption aku je terhadap ape yang difikirkan oleh pegawai immigration tu. i like!
sampai di gate, terus hand in boarding pass dan passport. dah di check oleh crew airasia then terus masuk ke gate hall. duduk dan tunggu. flight delay 30 minit. pukul 9am baru kami boleh board the plane.
masuk plane, terus cari seat. pakcik dah kasi guide yang mudah untuk cari seat aku. so mudah je jumpa.
aku order western breakfast. aku bajet dapat scrumbled egg + baked beans + bread. sekali dapat pancake daaaa.. layan.. padahal dah breakfast mc donalds tadi kan.
flight 6 jam 30 minit. rasa lama pulak. dahla duk tepi tingkap. nak keluar pergi toilet selalu pon segan. dah la blasah kopi 2 cawan. konfem asyik nak pergi toilet. tapi agaknya aku dah set in mind jangan selalu keluar, so aku pergi toilet 2 kali je.
tidur-bangun-baca novel-music-tengok luar tingkap.
tu je la kerje aku. flight turbulence entah berapa kali.
mother cakap cerita one day ni cerita aku dengan pakcik. ye ke? |
korean air |
siap terjumpa kawan UPM mama lagi. diorang datang untuk conference di SungKyunKwan University (yang kitorang pergi harini).
mother mestilah excited jumpa aku. sebab aku bawak makanan yg dipesan. huahuahua....
kak moya (lecturer uitm), puan DBP, Dr Siti (UPM), mother, aku |
Dr Siti and the geng berhenti di Gimpo Airport. diorang nak terus ke Jeju Island. kami teruskan lagi perjalanan ke Seoul Station. Incheon Airport to Seoul Station, took about 1hour. kami berdua borak tak hengat. macam la tak borak kat fon or chatting or emailing kan. hehehe...
sampai di seoul station, kami jalan sekitar dalam tu, pergi toilet siap-siap then terus ke bus station untuk ambil bas ke rumah mother.
busy seoul station |
belakang kiri tu budak lelaki tu tengah charge handphone dia |
seoul city |
tunggu bas |
dalam bas ke yongin |
sampai di apartment mother, terus kami menapak lagi. singgah 7-11 dulu beli banana milk dan strawberry yoghurt drink. then menapak naik lagi ke apartment mother.
sampai di apartment, terus buka luggage dan mother menjerit seronok semua rempah dia ada. kecuali daun limau purut yang aku terlupa capai pagi tu dari dalam fridge.
mandi, berkemas dan tidur. tak habis-habis lagi bercerita kami berdua ni. sambung lagi esoknya.
7 comments:
Hi,
saya terbaca blog awak tentang trip ke korea.
Boleh saya tahu makanan yg puan bawak tu bole bawak dalam kabin ke?
dan agak2 lama tak masa nak menunggu kalu saya ambil luggage bag. sebab kes saya macam dr siti and the geng. kena rushing ke gimpo untuk flight ke Jeju.
@eel lynn makanan semua boleh bawa naik cabin. kecuali yang liquid (water based), maximum 1 pack 100ml untuk bawa naik cabin. lain-lain macam serunding atau ketupat tu boleh bawa naik.
tak lama tunggu luggage. di imigresen line pon tak lama. berapa lama tempoh awak landing di seoul dan flight ke jeju?
@aliaaroslan maksudnya kalu stok brahim,milo bole bawak le?
smpai incheon dlm kul 3.00-3.30pm lepas tu flight ke jeju pukul 6.20pm. agak2 sempat x ke gimpo dlm mase short time tu? sebab dengar kata, airport incheon agak besar.
aritu flight naik ape? airasia or flight lain? kalau guna airasia dan kalau bawak kabin luggage mmg airasia limit 7kg ke? extra sikit xpe kan,
maaf banyak tanya sebab xpernah naik flight guna kabin. just trip kali ni nak g korea nak guna kabin luggage.hehe
@eel lynn sorry sangat-sangat, lambat reply. tak perasan.
kalau milo 3 in 1 tu takde masalah rasanya. tapi yang brahims yang macam sambal ke rendang or kari, saya tak sure. kena tengok cabin bag's content restriction.
incheon airport memang besar. tapi smooth aja prosesnya. mungkin akan ambil masa sikit kat immigration dia tapi takdelah lama sangat. dalam sejam dah boleh settle semua. dari incheon ke gimpo, dalam 30-40 minit naik train. kalau flight dari malaysia ke incehon tak delay, biasanya akan sampai awal sikit. rasa nya sempat tu.
Ya, saya naik air asia X untuk semua flight ke korea. biasanya diorang jarang timbang luggage tu, melainkan nampak berat.
sorry sekali lagi, lambat reply.
Nak tyn, check-in luggage 20kg tu beg bpe inci ye..20" @ 24"? Tq
@Ranmauri beg luggage 24inchi tinggi
Oh tq..sy amik check-in luggage 20kg jgk.tapi xboleh naik bajet saiz beg..nak isi makanan jgk tapi xdelah byk hehe..tq ye
Post a Comment