jangan salah sangka. bukan angelina jolie yang aku maksudkan.
jolie ni nickname kepada sorang lelaki yang aku pernah kenal masa kat uitm dulu. kalo sapa yang batch2 atau sezaman dengan aku kat uitm, maybe kenal kot dia ni. sebab ala2 femes jugak seantero uitm tu. eh, ke dia tipu aku kata dia femes? entah.
aku kenal dia melalui sorang kawan. ada satu hari tu, sorang member aku, mari kita panggil dia IS, mintak tolong dengan aku. dia nak sewa kereta dari kawan kepada kawan dia. kawan dia ialah jolie, kawan kepada jolie ialah W. so dia mintak tolong aku hantar dia ke KL (mane ntah aku tak ingat pasal KL tu complicated. so malas nak ingat tempat) pasal kedai sewa kereta W tu kat KL. IS support minyak n tol. aku pon ialah free weekend tu. so aku on aje. aku agak pelik jugak pasal berduyun2 tempat sewa kereta kat shah alam tu, kat KL jugak yang ko nak carik. maybe murah kot. ikut suka dia la kan.
so pagi2 tu, kitorang berjumpa. so IS bawak la kawan dia si jolie ni. nak tunjukkan tempat sewa kereta tersebut. dalam perjalanan pegi tu, memang panas aje telinga aku dengar dia duk cerita kehebatan dan kekayaan dia dan family dia, si jolie ni la. member aku si IS ni senyap aje. pelik jugak aku. kalo ko nak mengadu masalah, sampai habis napas ko bercakap tak berenti. anyway, sampai kat tempat kejadian, dah settle semua, IS bawak la kereta sewa dia tu nak balik ke shah alam. jolie ni sibuk nak balik naik kereta dengan aku. aku agak pelik disitu kerna biasanya ko pegi la dengan member ko kan. tapi maleh nak pikir dah.
sampai kat uitm balik, aku campak dia kat bus stop seroja rasanya dan aku pon blah. lepas dari tu, jolie ni asyik la hantar text message kat aku. ajak keluar la, pegi makan la, jumpa la.by the way, IS la kasi no fon aku kat jolie ni. cisss.
last2 aku saya yes untuk pergi makan. tapi kan.. aku ni saje je. aku ajak dia pegi makan ramai-ramai. kat restoran tomyam kat padang jawa. ramai-ramai as in kawan2 pbsm. lebih 10 orang jugak yang join. boleh pulak, bila dia sampai, dia nampak nak duduk meja ramai2, dia ajak aku duk meja. lain. haiyaaa.. kamon la. antara kawan2 aku tu, ko kenal kot. tapi aku buat tatau aje, aku ajak jugak dia duduk meja ramai2. muka dia haruslah ketat. lepastu asyik nak borak berdua. padahal depan ko tu ramai gila orang kot. borak la secara berjemaah kot ye pon. sila applikasikan HR yang ko belajar masa amek course OM (office management) tu.
lepas dari tu dia selalu la hantar text message kat aku. kalau tak layan, kata sombong pulak kan. so layan ala-ala berpada-pada orang kata. paling tokleh blah, dia panggil aku DEAR dalam semua text message dan fon conversation ok! bila cakap depan2, saya-awak pulak. ke dia tak tau yang kalau zaman-zaman itu, kalau orang cakap "Hai DEAR" sama jugak yang orang cakap "Hai SAYANG". ataupon, dia tak tau ape maksud DEAR tu sebab kan...
aku : saya nak tanya ni. ape hubungan kita ni sebenarnya. kawan ke ape ke (berani tak? gila kan. tapi pasal aku takde perasaan so tak feel ape2 pon. rimas sebenarnya dengan adegan dia tu)
jolie : kita KAWAN BIASA la. member-member. tapi kalau nak lebih dari tu pon boleh.
so, sah la dia tak tau ape maksud Dear tu. haiyaaa.. aku pulak yang malu bagi pihak dia.
salah satu tabiat kurang baik dia lagi ialah dia suka bangga-bangga yang ramai perempuan tergila2 kan kat dia. girlfriend keliling pinggang. siap kasitau nama lagi. aku kenal pulak tu budak perempuan tu. entah-entah dia citer kat budak perempuan tu aku yang tergila-gila kan dia kot.
dialog kat atas tu adalah our last conversation. lepas dari tu, dia text aku tak reply. call aku tak jawab. that was year 2004. masa tahun 2006 aku ada terserempak dengan dia makan kat foodcourt seksyen 2 shah alam. tapi dia macam buat tak kenal aku. aku rasa sebab dia ada lagi 10 orang girlfriend tergila-gila kan dia time tu kot, tu yang dia tak ingat aku tu.
4 comments:
cer nyanyi kat telingat dia "Do a dear, a female dear, ray a drop of golden sun, me a name, I call myself.. " hehehhehe...
bagikan hadiah kamus ye dik...
kak mimah - kesian kan kat dia ni. tapi tanak buang duit kasi dia kamus. suruh dia tengok online saja. haha
manusia cam ni pon ade...hai donia donia
kak shiema - biasalah, orang suka nak ambil kesempatan
Post a Comment