Thursday, July 16, 2015

Dating dengan...

Dengan sape lagi, mother lerrr. Lepas maghrib tadi pergi Giant Nilai nak top up air gas dan twister untuk hari raya nanti. Beli sekali speghetti buat kes-kes emergency (rendang habis stok) dan jugak yoghurt untuk Sofea tu haaa. Lepas beli barang (nasib baik orang tak ramai lagi, harini dan esok Giant akan tutup pukul 12malam) kami ke old town white coffee. Moreh katanya. 



Lepas moreh terus balik rumah. Last tarawikh for this year. 

Sedihnya ramadhan tinggal berapa jam je lagi...

Wednesday, July 15, 2015

Semalam punya buka puasa dan moreh

Semalam, masak tak banyak. Just goreng bayan organic, yang beli kt kedai organic kat ikano. Lepas tu panaskan sambal terung yang masak kelmarin. Terung tu keras sikit sebab aku just bakar je dia haritu. So panaskan dalam kuali beberapa ketika. Lepas tu aku improvise ayam kari kering yang aku buat untuk makan dengan tortilla wrap minggu lepas dan udang goreng asam, aku sambal kering kan dua-dua tu campur sekali 1 kuali. Settle. Keluarkan ulam raja dan patah-patahkan kacang botong, both beli kat kedai organic kat ikano jugak. 

Kalau dah pergi ikea/ikano tersebut harulah wajib membeli stok karipap ikea tu. Semalam panaskan untuk berbuka sekali sebab takde buat cucur ape pun. 


Lepas dah terawih semua, pergi mamak Thaqwa dengan mother dan Alim. Finally dapat jugak tosei dan milo ais tabur. 


Yezza... Lagi 2 hari nak raya. Harini aktiviti membeli barang nak masak juadah raya. Ayuh!