Tuesday, August 27, 2013

payday

bagi orang bekerja, payday adalah hari yang dinanti-nantikan.

bagi yang belum bekerja, payday ialah hari yang dinantikan juga sebab mak / ayah / suami / isteri / abang / kakak akan belanja makan or kasi duit belanja or beli barang dapur, dan sebagainya.

haritu masa bulan ramadhan, keluar bersama kawan-kawan. well, adik-adik pangkat diorang. ada yang baru bekerja setahun, 3 tahun dan ada yang baru bekerja 4 bulan. nama nya pon perempuan, kalau window shopping sahaja memang boleh menaikkan semangat serta merta. ada yang nak berkenan sangat dengan blouse di kedai, tapi tahan diri sebab "belum gaji lagi" katanya. bagus, pandai berbelanja mengikut perancangan.

tadi aku cakap dengan mother, kalau lah duit gaji ni tak dihalakan ke something else macam main kutu, confirm habis macam tu je. dan bila main kutu yang melibatkan orang lain, mesti rasa malu dan terus nak bayar cepat-cepat. yelah, tak nak lah orang yang sepatutnya giliran mendapat kutu tu dapat lambat pulak kutu. aku dah sign contract sampai mati main kutu kat office mother dan office aku. contract sampai mati? maknanya bila habis dah round, akan sambung main lagi. kemain kan siap contract bagai.

tapi aku memang respect mak / ibu kutu yang kat office mother. kalau ada orang tu asyik lambat bayar atau perlu diremind beberapa kali untuk bayar kutu, the next round / year terus dia blacklist orang tu dari main kutu. canggih kan? terel gile kot.

selain main kutu, selalunya kita akan halakan duit ke tempat yang susah nak dikeluarkan. macam ASB ke, tabung haji ke kan. eh, tapi tabung haji sekarang dah canggih, boleh link dengan maybank / bank rakyat / bank islam untuk masukkan dan keluarkan duit. cerita pasal tabung haji, aku dah register haji dan giliran aku ialah masa umur aku 70 tahun. uwau. tak terkata.

ha, siapa yang ambil loan dalam ape bentuk sekalipun, mesti bayar. sebab nama pon loan. dia takkan hilang macam tu je. 

and, i always believe in sharing. yang kasi mak pak tu memang tanggungjawab setiap anak. i mean sharing macam belanja adik-adik ke, sedekah ke, belikan baju kiut miut untuk Lana dan Sofea ke, dan lain-lain dah. yang kita sharing dengan orang bukan ahli keluarga tu, terpulanglah nak buat macam mana. hantar makanan ke rumah orang tua or rumah anak yatim, bersedekah di masjid dan surau, etc. percayalah, walaupon sikit, tapi memang insyaAllah bila kita susah, ada orang yang sudi dan akan membantu.

dan, jangan lupa. bayar zakat pendapatan.

how did you manage you money when it's payday?

Wedding Syahirah & Muhaimi : Akad Nikah

17 August 2013, Saturday, Shah Alam.

Backdated entry. Mahapkan daku kerna update lambat. Majlis kenduri pon dah sudah semalam. Minggu ni kami akan ke KB, Kelantan. Rombongan menghantar ke rumah pengantin lelaki pulak.

Kami keluar dari rumah jam 8.30am. Plan asal nak breakfast di mapley dulu. Tapi hari hujan lah pulak. So kami breakfast di rumah je dan terus ke Shah Alam.

Sebelum ape-ape hal, sebagai duta dan model tak berbayar JubahOnline.com, kami persembahkan #ootd...









Kami sampai awal betul. So lepak-lepak borak dulu sebab family lain pon tak sampai lagi... 


mak pengantin (makteh) dan mother berborak pasal ape entah

bapak pengantin (pakteh - 2 dari kanan) and the boys.

posing dengan Jeany dulu

Lana gembo memang camni. sibuk nak peluk grandma meleseh-leseh

pengantin - syahirah

sibuk Lana ni


ambil aura sikit. eh???
rombongan pihak lelaki pon sampai... 

rombongan pihak lelaki


pengantin lelaki - muhaimi




centre of attraction


sempat kan kitorang. Jeany anak paklong, abang mama yang sulung


pakteh, paklong dan pakngah (makngahdatinpaduka), dan paklong (belah makteh)

tuan kadi a.k.a. jurunikah pon sampai


sesi lengkapkan borang, panggil saksi, dan khutban nikah...


pengantin perempuan masuk...



duduk selesa sikit, nak dengar khutbah nikah...

canggih pakcik-pakcik sekarang....


Sofea duduk diam je kat Cik Jeany.


kau tengok Lana tu. tengah orang dengar khutbah nikah dia boleh pergi duk sebelah pengantin, atas bantal tu jugak.




mak nenek sangat kan yang tudung pink tu

ijab & kabul

ijab & kabul

alhamdulillah


sama naik bergambar jugak

kanan, mak pengantin. kiri, mak mertua pengantin

kami saje sibuk menyibuk

Kau tengok Lana tu.

pengantin & family. sorang adik pengantin a.k.a my boyfriend takde. dia kat hostel, exam. duduk atas : fikri, makteh, muhaimi, syahirah, pakteh dan faris. duduk bawah kiri : izzati dan irfan.

family Kajang...

yang Sofea pulak mak nenek. kalau orang bercakap tu sebok dia nak tengok.


baru nak pandai duduk, memang camni aksi Sofea

Sofea menangis bila tokngah dokong

ellehhhhh

inilah mak pak pengantin bersama mother daku itu

kami, cousin-cousin perempuan, dengan photobook majlis bertunang diorang.

pretend sangat!

Lepas ni aku akan upload gambar majlis kenduri pulak.