Friday, February 3, 2017

Winter in Korea 2017 Day 1 : KUL - ICH, ICH - HUFS, Dinner and coffee

Plan punya plan, susun dan tukar itenary beberapa kali, beli barang-barang dan makanan kiriman mama, so kami pon bertolak lah ke Korea. Kampung ke-2 katanya, lepas England. Amboi, kampung main international aje.

Flight kami pagi, jam 7.30am. pukul 4am kami gerak keluar dari rumah, 4.30am sampai di airport dan terus check in luggage.



Aku ialah terlupa yang untuk 1 luggage, maximum weight ialah 32kg. Ada 1 luggage tu beratnya 40kg (nasi arab, nasi ayam penyet, karipap ikea, etc). So kat depan kaunter tu jugak kami rearrange barang-barang.


Fuhhh lega lepas dah check in luggage. Kami terus masuk aje ke security sebab jauh kan kena berjalan.

tunggu luar kedai sementara Maisa dan Zul cari belt.

yes, masih tidur lah si sofea tu
Settle beli belt, kami pon gilir-gilir solat subuh dan tunggu boarding time.


sempat kopi seround
Masa beli tiket tu, aku beli sekali dengan Maisa dan family dia. Kami naik AirAsiaX. Masa tu seat kat tempat biasa tinggal 3 tiket aje. So aku ada option untuk hot seat atau quiet zone. Aku kan kedekut, so haruslah pilih quiet zone sebab lagi murah dari hot seat hahaha. So aku pon duduk sorang-sorang kat quiet zone tu. Budak-budak tak boleh duduk di quiet zone so Maisa dan family kena duduk kat seat biasa. 

lupa update itunes so ulanglah lagu yang sama

landing card and custom card

makan supaya tak lapar
Kami tiba di Incheon International Airport pukul 3.30pm macam tu, local time. Waktu Korea ialah tambah sejam dari Malaysia. Slow and steady berjalan ke train, naik train dan terus ke immigration. Then ambil luggage.




antisocial moment



tunggu luggage

bancuh susu
Tunggu punya tunggu luggage, heran betul kenapa tak muncul tiba. Sekali aku ternampak at the end of the belt berderet luggage-luggage kitorang. Then kat luggage aku ada macam lock dari Korean custom. So, masa nak keluar tu, terus ke lorong custom check. Orang custom suruh buka beg. Terus dia cakap "waaaa ramyunnn" (maggi cintan kauuuu melambak). Aku pon jawab "ye, Malaysia ramyun". Memang cantik aje aku susun penuh surface bila buka luggage tu. Then dia lepaskan aje sebab mee segera aje. Maybe masa scan kat machine tu nampak pelik amende banyak-banyak mcm cacing aje dalam beg ni kan.

Suhu ialah 1 darjah macam tu. Masing-masing sarung jeket / fleece / pakai jumper. Keluar aje, terus aku cari kaunter taxi. Terus book naik taxi ke uni mama. Kami ambil jumbo taxi. Besar gila muat semorang 4 dewasa 2 kids, 5 big luggage, 2 small luggage, backpacks and 2 strollers. Dari Incheon International Airport ke Hankuk University of Foreign Studies (HUFS) Global Campus in Yongin (Mohyeon, daerah Yongin) ambil masa 1 jam 15 minit dengan kos KRW116,000 (ikut meter). Sangat berbaloi sebab kami ramai dan hantar ke pintu.

mateen jetlag

sunset on a winter day
Kami selamat sampai ke HUFS pukul 6.30pm macam tu. Of course dah gelap. Maklumlah, winter. Haruslah cepat gelap. Naik ke rumah mama, pelok-pelok, kecoh-kecoh semorang nak bercakap pada masa yang sama, keluarkan makanan dari luggage dan simpan dalam almari and fridge / freezer, panaskan makanan semua and dinner sama-sama.

Lepas dinner, aku dan Shah keluar jalan kaki ke pekan yang dekat dengan apartment tu, Mohyeon. Shah duduk sewa di 1 bedroom apartment level atas rumah mama. Kami jalan kaki dalam 15 minit je. Sebab sejuk so takde masalah lah kan. Motifnya nak cari glove, reload Tmoney, beli Tmoney baru untuk yang takde Tmoney lagi dan cari kopi!

full moon

Kappa coffee


ada sisa snow sikit-sikit.

jari tu sebenarnya tahap sejuk
Lepas ngopi, kami pon jalan kaki balik ke apartment. Mandi, solat, rest, dan tidur. Esok pergi mana wei?

Tuesday, January 10, 2017

Trekking ke Bukit Gasing dan Bukit Nanas

Sabtu lepas, aku dan beberapa orang kawan plan untuk trekking ke Bukit Gasing. Antara aku, Kishan, Bell, Ili, Hafiz, Nani dan Hilma, takde sorang pon pernah naik Bukit Gasing tu.

So kami dengan penuh confident berbekalkan bacaan dalam blog orang lain, kami pon bertolak ke KL dan parking di Pusat Komuniti Pantai Dalam. Sebelum ada adegan sesat sikit. Guna waze dia hantar kitorang pergi rumah orang mana entah.



Nani dan Hilma ni officemate lain faculty
Lepas semua dah berjumpa, kami pon mulakan trekking. Seberang jalan dari pusat komuniti tu, nampak ada track masuk ke dalam kawasan hutan. Sambil tu follow jugak trekkers lain.

Jalan punya jalan, sampai lah kat kawasan jambatan gantung ni.


gitu model nya
 




mana entah si kishan dah terlepas ke depan

trek nya banyak macam ni. senang nak nampak dan nak turun.
 

Trekking punya trekking (tak berapa hiking sangat sebab surface pon santai), tetiba aku dah dengar bunyi riuh. Tiba-tiba dah sampai puncak. Aku estimate kalau aku jalan terus aje dengan pace aku, aku boleh sampai dalam masa 15-20 minit macam tu. Haritu sebab ramai orang dan sambil borak-borak dan bergambar bagai. Konsep pon santai. 

testing kopi yang kishan buat




Lepas berehat, minum kopi, makan roti dan sebagainya, kami decide nak turun. Turun lagilah cepat, tak sampai 5 minit dah siap sebab track dia macam loop. So kami dah lalu loop besar masa naik, masa turun terus aje sampai semula ke tempat naik.

Lepas singgah toilet kat pusat komuniti, kami decide nak ke Bukit Nanas. Aku pon memang dah lama nak pergi sebab ramai orang upload gambar kat situ. Ada jambatan gantung menarik. So let's go.

Kami naik dan parking di KL Tower. Actually boleh parking di main road bawah, Kalau google, nama tempat nya KL Eco Park Bukit Nanas. 



semangat nak selfie dengan KL tower

Kat sini pon takde sorang pernah datang lagi. So kami cari signboard, tanya guard dan tanya orang. Santai jugak tracknya. Misinya nak cari jambatan gantung tu.
 
ini bukan lakonan.

jalan punya jalan, jumpa jambatan yang ni. tapi ending jambatang ni tutup. So patah balik ke track asal.


ini memang berlakon
 Jalan punya jalan, ada tempat macam untuk workout outdoor. Saje kami jadikan modal nak ambil gambar.





nak berlakon tapi semua tak tengok tempat yang sama
Kemudian kami lalu di bamboo walkway.





profile picture?

Jalan dalam tu pon memang macam loop pon, so kami kembali ke starting point. Sekali, baru perasan yang jambatan gantung tu ialah jalan depan sikit aje dari tempat gate masuk. Ape lagi, terus ke sana!



ok puas hati!
 Kami pon jalan aje dari 1 jambatan ke 1 jambatan.


sempat kau


 Habis jambatan gantung tu, kami turun ke bawah jambatan dan ikut jalan biasa untuk naik semula ke gate kami masuk tadi, dan terus ke kereta.



Lepas bayar parking, masa tu dah nak dekat pukul 12 tengah hari. So kami decide nak pergi makan lah. Terus ke kedai banana leaf kat Serdang.




Best sangat bila trekking santai-santai dengan kawan-kawan ni. Tapi rindu jugak track-track hardcore, hiking dalam hujan dan bergaduh dengan pacat. Hahaha.