Wednesday, September 2, 2015

Lama nya tak makan nasi kenduri...

2 minggu lepas, ada jemputan kenduri. Actually mother yang dapat jemputan, aku, Alim dan Widad tumpang sekaki pergi makan aje.

Pagi sampai tengah hari tu aku ada futsal tournament kat Bangi. Team aku menang tempat ke-2. Kira ok dan worth la dengan injury siap tergolek jatuh macam nangka. Eh, kenapa crita futsal pulak ni.

Anyway, kalau sekitar Bangi ni, UBE catering memang famous. Signature dish dia ialah ayam goreng berempah. Mungkin salah 1 sebabnya diorang goreng kat tempat kejadian. Ayam masih panas lagi you all time makan. Lepas tu lauk-lauk dia yang lain memang sedap gile jugak.

Lepas sekian lama tak makan nasi kenduri dari UBE, tiba-tiba kenduri haritu kami dapat makan. Pergh, hilang craving beberapa bulan. Silakan tengok pinggan aku.


Maafkan athlete ini makan banyak. Amboi, baru main futsal dah panggil diri sendiri athlete. Mencik!

Aku ambil nasi minyak, ayam goreng berempah, kambing masak ape aku tak sure tapi bukan masak kurma or blackpepper, pastu ambil gulai nangka, tempoyak daun, ikan bilis + petai bercili rangup dan timun, acar buah marvelous dan timun. Ini bukan makan, tapi mentekedarah.

Gambar bersama pengantin tiada sebab seperti yang aku cakap tadi, mother yang dapat jemputan. Tuan rumah ialah kawan mother, both professors from UKM dan sama-sama visiting professor dari Malaysia ke Korea haritu.

So, settle lah kan gambar makanan je. Aci kan...

Makan-makan (lagi). With the students this time...

On the last week of raya haritu, kami organize makan-makan raya for our Geomatic students. Students pon tak ramai, 25 orang aje camtu in total. So buat style potluck, sorang bawak sikit makanan.

Aku seperti biasa, masak haruslah terpaling simple. Aku buat speghetti aglio olio dan pasta goreng aje.



Hanah bawak set nasi minyak dan ayam masak merah with acar timun...


Boss kitorang ialah vegetarian dan ada jugak student kami yang vegan. So aku serahkan bab vegetarian kepada beliau. Dia bawa apom (dalam polisterine) with kuah dal (dalam plastu bungkus tu) dan mee goreng sayur (dalam polisterine jugak).

Kami ada students dari Maldives. Diorang bawa pulut manis dan spicy tuna. Makanan tradisional  dari sana katanya.


Taufiq bawak dan potong buah tembikai. Ada juga kuih raya dan kuih masalodeh dan kuih ape nama tu tak ingat...


Kebetulan birthday salah sorang student. So student2 ni dah pakat2 nak celebrate. Tapi dah aku cakap, acara baling tepung dan telur tak boleh buat dalam ni, sila buat kat luar bangunan. hahaha...


Lepas dah makan-makan, seperti biasa acara ambil gambar. Kitorang ada 4 orang aje student perempuan. Sorang pulak tak dapat join, tinggal 3 orang. Yang mana saya? hahahaha muka bersepah kot kat blog. takyah teka teruk-teruk pon...



girls of surveyors

kiri dan tengah tu students dari Maldives. siap pinjam baju melayu diorang tu

Kalau bab makan-makan, memang senang lah suruh budak-budak ni. Nanti kita organize lagi ok! Diorang ni ada yang final semester dah. So sebelum you all habis, jom barbecue!