Thursday, February 5, 2015

Medan Day 3 & 4 - 25 & 26 Dec 2014

Kita sekaligus kan aje entry untuk dua hari ni ok. So hari ke-3 lepas dan breakfast di hotel kaw kaw punya, kami releks je sambil tengok diorang ni mandi swimming pool.

Lepas zuhur baru keluar, terus ke shopping mall yang baru di medan tu. Tak sure apa namanya tapi yang pasti ada Lotte Mart dalam tu. Pergh, memang kuat pengaruh Korea kat Indonesia ni.

Kami window shopping je sambil tergezut bahawa ada golongan class atasan (kaya raya) di Medan ni. Serius macam caya tak caya. Tapi caya jelah kan.

Dah penat jalan kami ke food court dia. Kaedahnya ialah style touch n go, refill kad dengan duit then beli. Baki nanti boleh refund bila pulangkan kad. Mother pergi tanya kat orang yang tengah makan yang pakai tudung, kedai mana yang halal makanannya, so kami pon beli kat kedai tu aje.



ni kadnya

Tak berapa nak ingat ape nama set makanannya, yang pasti semorang kenyang gile sampai ke malam. Lepas penat jalan kat mall tu, kami pergi lagi seround tempat yang jual baju factory outlet tu. Shopping sikit lagi mana yang tak sempat ambil haritu. Petangnya kami balik ke hotel. Mother urut sementara tu aku dengan yang lain jalan-jalan kat shopping mall sebelah hotel. Ha amek kau shopping mall sebelah hotel je. Lepas dan jalan-jalan barulah aku balik hotel, nak urut jugak. Ada orang datang ke  bilik untuk urut. Best memang best lepas tu esoknya demam urat. Maklumlah tak biasa berurut.

Settle semua kami turun ke lounge hotel nak dengan lounge music.


mother tengah tunggu lounge music

tunggu punya tunggu, takde jugak. So kami naik lah bilik je rest kat bilik sambil kemas bag. Kejap je dah siap kemas, sebab memang dah tau strategi nak kemas beg nya kan. Lepas tu tidur.

Hari terakhir, kami bangun macam biasa dan breakfast di hotel.



Budak-budak ni memang pergi mandi swiming pool lah lepas dah breakfast tu. Celup sekejap pon jadi la kan. Lepas tu kami bersiap dan keluar ke Medan mall lagi sekali. Dah jalan-jalan kat medan mall, beli mana yang nak beli lagi, then balik ke hotel dan check out.



Masa pergi, ok je. Bila balik, beg dah beranak pinak. Sampai kenu kena duduk depan. 



Sampai di airport, ada sorang yang tolong uruskan check in kami. Dia sama company dengan supir tu. So kami pantau aje ape dia buat. 

gitu sangat

yang baju kotak-kotak tu yang uruskan check in

Lepas tu kami solat dan makan di AnW di airport tu. Sambil tu jalan-jalan sebelum masuk ke security. Then dah takde apa nak buat, kami pun lepak je kat tempat menunggu. 


Ok ni gambar-gambar 3 stooges yang beli baju sama. 









Rupanya flight kami delayed 2 jam. Sebab cuaca tak berapa elok. Kami diberi makan makan oleh MAS. Then tunggu lagi sampailah dipanggil untuk boarding. 


Flight kami smooth aje alhamdulillah. Sampai aje, terus dan ada orang tunggu. Sampai aje rumah, simpan semua beg di rumah mother dan aku balik ke rumah aku. Masa tu dan pukul 12.30 tengah malam lebih, geng lelaki nak keluar makan. Aku malas nak join. Aku mandi dan tidur. 

mak nenek sangat

Kalau ke Medan, wajib ke Danau Toba. Kami ke Medan ni nak reminisce memory mother yang masa kecik-kecik dibawa oleh atuk dan nenek ke sana untuk holiday. So nanti aku ada anak cucu kenalah bawak ke sini Medan jugak.

It was a good holiday. Tak pack sangat, santai aje. Kita sudahi entry Medan trip dengan.......


Bunga ni aku beli kat Medan mall. 1,000 rupiah sebatang = 30sen. Aku beli 50 batang amekkaw!

Suddenly pasu lagi mahal dari bunga. Eh.

Medan Day 2 - 24 December 2014

Haaa hari ke-2 ni perjalanan kami memang jauhhh... Dari Medan nak ke Danau Toba, Berastagi dan balik ke Medan. Nampak sikit kan, actually jaraknya tak jauh pun. Tapi sebab jalan rayanya takde highway. So, faham-faham je lah. Medan ke Danau Toba ambil masa 5 jam lebih macam tu.

Kami gerak awal pagi, pukul 6am dah bertolak. So sempat nampak sunrise masa dalam perjalanan.


Stop kat stesen minyak untuk isi minyak dan beli roti dan air sikit untuk alas perut sementara nak sampai ke Danau Toba tu. 


Dan buat pit stop di kedan Teng Teng yang jual perbagai jenis produk kacang based. Aku ada beli untuk souvenir kawan-kawan di office. 



comel ke?
Setelah berjam-jam, kami pun sampai di kawasan Danau Toba. Haaa gambar-gambar ni snap dari dalam van je tau. Kami tak berhenti sebab kawasan tak sesuai. 





tasik - awan - gunung


Kami berhenti lunch di kedai di kawasan danau toba ni. Kawasan sini majority nya orang berketurunan batak karo, yang makan B1 (babi), B2 (anjing) dan B3 (kucing). Ni satu-satunya kedai makan halal di kawasan danau toba tu. Bersih kedai dia. Harga murah kalau nak compare dengan kedai semalam dan sedap masakan padang dia. 











Settle makan, rehat dan pergi toilet, kami teruskan perjalanan lagi. Jauh lagi perjalanan ni... Dan kami singgah di satu port yang best untuk ambil gambar. 



selfie tahap dewa







ni pon sama tahap dewa

Kemudian kami jalan lagi menuju ke Berastagi. Lepas beberapa jam, singgah di tempat yang jual teh halia ni. Beli teh halia dan goreng pisang panas. Tapau makan dalam van.

nak buat teh halia tu


ni la tempat teh halia tu




Jalan punya jalan, finally sampai kat Berastagi. Jom naik kuda dan kereta kuda. Supposedly Berastagi ni macam Cameron Highland lah. Tapi tak sesejuk cameron dan buah serta sayurnya not as fresh as cameron.



jagung bakor sedap. dia ada rasa pedas-pedas sikit



Lepas tu, kami shopping souvenir. Ada beli buah limau dan salak nak makan kat hotel. Then kami pon bertolak balik ke hotel. Sampai di hotel jam 8.30 malam macam tu. Semua kepenatan tapi alim, mamat dan kenu slumber pergi swimming pool lagi. End of day 2.