Friday, April 8, 2011

kan aku dah kata

birthday boy kene bayar sendiri dulu birthday celebration sendiri. uhuk uhuk. maafkan anakanda..


tomyam campur + telur dadar + sambal belacan + paprik ayam


kedai ni memang tomyam terbaik!!! tapi tukang masak bukan import dari thailand ye. orang taiping. sapa nak jawab?

Thursday, April 7, 2011

kekonon amazing race

selama ni duk tengok amazing race kat TV aje kan. skali ko, kali ni aku dah dapat sikit-sikit feeling camne kalau join amazing race betul-betul.

plan asalnya, mamat nak hantar aku ke komuter bangi. then aku akan ambil komuter ke kajang dan naik express rakyat terus ke taiping. tapi, boleh pulak dia bagitau aku last minit yang dia ada kelas ganti. hampehhh.. mula la aku nak nervous.

aku terus bersiap-siap lepas dia text aku pasal kelas ganti tu. aku keluar rumah jam 1.00pm. train express rakyat dari kajang biasanya pukul 2.30pm. so aku bajet sempat lah nak sampai ke komuter kajang by that time. aku turun dari rumah, terus ke pondok guard. kat situ biasanya banyakkkk kereta sapu yang hantar orang ke komuter bangi ataupon ke KUIS (sebab agak ramai student tinggal di area rumah aku tu). boleh pulak, masa aku nak cepat ni lah yang takde satu pon kereta sapu yang menunggu. apekah?

aku mintak kat guard tu no fon orang yang biasa bawak kereta sapu. sorang pakcik tu dia kat KL masa tu. sorang lagi pakcik ialah ada d bandar baru bangi dan akan sampai kat rumah aku tu lagi setengah jam. nak aje cakap "cannot pokcik, saya kene pergi sekarang jugak ke komuter bangi tu. now now now." tapi tak la cakap pon. dalam hati aje. tunggu punya tunggu, dalam pukul 1.30pm macam tu ada satu akak yang bawa kereta sapu ni datang. aku pon naik. boleh pulak dia nak ambil student KUIS di KUIS dulu, baru pergi komuter. aku kata dalam hati, kalau takat singgih aje angkut budak KUIS tu takpe. layan aje.

tapi, boleh pulak budak tu nak ambil duit dari ATM dulu. cisss.. tunggu lagi. last-last sampai komuter bangi nak dekat pukul 2pm. terus beli teket ke kajang. train patut sampai pukul 2.10pm tapi lewat pulak dia 5 minit. nasiblah nak ke kajang tu, ada berhenti kat satu stesen aje, stesen UKM so sampai kajang pukul 2.30pm. terus buat adegan lari-lari naik turun tangga (sebab kaunter teket di seberang) dengan bawak backpack yang berat gila berisi laptop kebal ni, dan segala mak nenek yang aku nak angkut bagaikan mahu duduk setahun.pegawai KTM tu kata train express rakyat dari kajang dah lepas tapi train tu lepak kat KL sentral dulu dan dijadualkan akan jalan pukul 3.35pm. dia kata kalau aku ambil the next komuter dari kajang ke KL sentral dan terus beli teket express rakyat KL-taiping di KL sentral, aku sempat naik train tu. tapi, aku MESTI naik the next komuter kajang-KL sentral ni. penuh macam mane pon komuter tu aku kene naik jugak, kalau tak, memang tak sempat.

next komuter ke KL sentral ialah pukul 2.40pm, dapat teket komuter aje aku lari-lari lagi naik turun tangga ke platform komuter hala ke KL sentral. aku turun aje dari tangga, terus komuter sampai dan terus aku masuk train tu. nasib ada tempat duduk. punyalah lama gila aku rasa perjalanan ke KL sentral tu. sampai kat KL sentral dalam pukul 3.25pm. train sampai aje terus aku jalan laju-laju (sebab dah tak larat nak lari-lari) keluar dari tempat komuter tu dan terus ke kaunter nak beli teket train express rakyat. boleh pulak, kene ambil nombor dulu ok. tension betul aku. tapi maybe sebab ada adegan orang tak reti beratur, tu yang diorang buat sistem nombor tu. duduk seminit, nombor aku kene panggil. terus beli teket dan akak kaunter tu kata lagi 5 minit train jalan.

patutnya train jalan pkl 2.54pm tapi dia delay lagi
dapat teket dan bayar, terus aku jalan laju-laju pergi ke platform A. turun aje terus pegawai KTM tunjuk gerabak mane aku patut masuk. aku naik aje train, tengah nak cari tempat duduk, terus dengar pegawai KTM tu tiup wisel dan train pon jalan. boleh? memang nasib baik betul. kalau tak, kene buat adegan hindustan pulak lari-lari kejar nak naik train.


tempat teket pakai text message aje? canggih!

kalau aku naik bas, tempoh perjalanan ialan 3 1/2 jam. naik train 4 1/2 jam tapi hati tenang la naik train sebab kebarangkalian untuk accident tu sangat tipis. lagipon naik train boleh releks2, jalan-jalan dan makan-makan kat kantin dia (nasi goreng ayam RM6, kategori murah la untuk onboard food). siap ada toilet segala.

sampai aje taiping, ayah dah tunggu. jeng jeng jeng, wajiblah makan tomyam paling sedap di malaysia kalau dah balik taiping..