Tempat : Klinik Pergigian, Pusat Kesihatan Bandar Seri Putra.
Waktu Daftar : 9.00am
Waktu Selesai : 9.30am
Saya masuk ke klinik pergigian tu, terus daftar. Isi borang dan bayar RM1 untuk pendaftaran. Oleh kerana takde orang di klinik tersebut, saya telah dipanggil selepas 2 minit duduk. tak sempat nak panas punggung pon.
Doktor yang bertugas saaaaangattt baik dan beliau explain setiap satu yang dibuat dan bertanya secara terperinci ada allergic ubat ke, pernah buat ape-ape rawatan pergigian yang lain ke, dan ada penyakit kronik lain macam lemah jantung, kencing manis, etc. Saya jawab, ya, saya allergic ubat Ibuprofein dan adik beradiknya serta saya pernah buat rawatan orthodontic. Settle soal-jawab, terus beliau buat full check up. Scaling dengan detail dan settle semua urusan.
Oleh kerana pusat kesihatan baru, maka peralatan pon semua baru dan high-end. rasa macam sama situasi dan keadaan seperti pergi ke klinik pergigian yang swasta. air-cond sudah pasti. selesa betul.
Bayar RM2 untuk scaling.
Next checkup boleh pergi lagi!!!
