Saturday, March 26, 2011

perancangan

Kamu nak buat open day

Dah tau ramai akan datang

Dah tau system akan jam kalau ramai yang akan access

Kamu perlu perancangan

Ini kamu suruh tetamu balik online masuk system kat rumah

Dan datang balik esok

Ape kamu ingat tempat kamu tak jauh?

Ape kamu ingat tetamu takde kerje lain nak datang tempat kamu dua hari
berturut-turut?

Kata yearly event

Harus ada orang yang amattttt berpengalaman

Masa buat perancangan, patutnya buka balik minit mesyuarat event
tahun-tahun sebelumnya

Baiki mana yang penting

Nanti beta jadi pengarah event kamu karang

Baru pengsan siapa yang jadi AJK

--
Regards,

Siti Nur Aliaa Roslan

Thursday, March 24, 2011

berduri

mengidam mengalahkan orang yang patut mengidam.

balik dari nilai, nampak lori durian tepi jalan. 

terus berhenti. 

"bang, sekilo berapa?"

"7 ringgit"

"saya nak sebijik aje. isi lembut" - RM10 - "makan kat sini boleh bang? orang kat rumah tak suka bau durian"

"bolehhh"


habis makan

"tak nak beli bawak balik ke dik"

"perut saya dah penuh gas durian ni bang"

"esok datang ah lagi"

*senyum*

sorry Widad!!!

p/s: Semai ambil gambar dari jauh aje. dia la watak tak suka bau durian tu.