Tuesday, August 15, 2017

Blogger : Tegar ke tak tegar

Aku rasa aku bukan kategori tegar. Sebabnya kalau tengok jumlah post setiap tahun ialah menurun, bukannya maintain ataupun menaik. So kiranya aku ala-ala suam-suam kuku ke?

Antara faktor yang menyebabkan aku rang berblog sekarang ialah rasa macam masa takde. Faktor lain pulak, kadang-kadang aku rasa macam kalau takde gambar rasa macam tak reti nak mengarang ayat. Itu yang jadinya asyik update blog bila ada gambar atau pergi mana-mana.

Bagusnya pasal blog ni, kenal ramai kawan. Jumpa ke tidak tu lain kira. At least ada orang yang drop by email ataupun hantar message di facebook atau instagram untuk tanya itu ini.

Kalau zaman yang almost setiap hari update blog ataupon sehari sampai lebih dari 1 blogpost, itu memang tegar sangat tu. Semua benda nak cerita. Gaduh dengan boss pon nak cerita. Sekarang kau dah jadi boss, amacam? Hahaha. Alahai boss kat tempat kerja aku ni bukannya naik pangkat selamanya kat atas. Dia kan lantikan ikut kontrak berapa tahun.

Ataupun tegar tak tegar tu depends kepada faktor usia. Maklumlah, sekarang cerita cara lain, dulu asyik merepek aje. Makan cendol pon nak cerita. Masak nasi pon nak tulis step. Ahahaha. Tapi bagus tau entry yang macam ni, sebab aku sampai sekarang pon dok google atau bloghop kalau nak cari resipi. Contohnya aku type camni "nasi hujan panas MUDAH" ataupun "roti jala MUDAH". Nasib baik result tak direct ke Mudah.my. Ok itu tak kelakar.

Aku cuba nak update lagi dari masa ke semasa. Kadang-kadang writer's block pulak (alasan). Ataupun gambar tak best (alasan lagi). Ataupun nak rahsia-rahsia sikit dari orang ramai pasal kehidupan kira (yeke?). Kalau rindu aku, boleh lah #visitmyig #eh

Babai korang. Aku nak cari ilham untuk next post.

Monday, August 14, 2017

Proscar 2017 : Pingpong

Macam biasa, sukan company akan mula bulan July setiap tahun. Tahun ni aku tak join yg acara Fun n Fear, terlambat hantar borang so penyertaan dah penuh. 

Tahun ni aku start dengan acara pingpong. 





Kumpulan kami menang no 3. Ok la, tahun lepas no 4.  Dapatlah RM30 sorang. 

Next us netball. Macam la pandai main sangat aku ni. Hehe. 

Iklan : Roti jala oleh MaisarahCooks

Boleh order untuk makan-makan sendiri atau jamuan. 




Roti jalan bersama kari ayam dan kentang. 
Sebungkus kecil : roti jalan 4 keping bersama kari ayam dan kentang , RM3.00
Minimum order : 20 bekas.
Whatsapp : 0123816562 (Maisarah)



Tuesday, August 1, 2017

Acara mengopi sambil pening

Janji berjumpa kat Midvalley, seawal wajm 10 pagi. Sebabnya kebetulan weekend tu ada baby expo kat MVEC. So haruslah nak berebut parking. Dapat pulak parking depan pintu masuk. Memang tolong orang MV buka kedai konsepnya.

Port pertama, Coffee Beans. Dah order kopi dan makan (aku lah tu), buka laptop dan mulakan kerja-kerja pencarian. Sambil cari, sambil book, sambil survey, sambil google. Semualah.


pening masing-masing

Lepas tu kami take a break. Solat zuhur, dan cari port nak lunch. Ke Papparich kat Gardens. Order lunch, borak-borak, then makan. Sambung lagi.


Pukul 6.30 petang baru settle. Itupun ada lagi beberapa items yang belum boleh finalize yet. Solat Asar dan lepas makan ice cream kat Nana's Green Tea.


Then kami maghrib, jalan-jalan kejap cari snack mana nak beli utk mama, tapi takde. Ili aje beli pretzel. 

Thank balik, sambil pening duit melayang-layang. Hahaha. Saja cari pasal namanya.