Friday, March 25, 2016

Pre-Order barang-barang dari Korea

*This is a sticky post. Please scroll down for new entry* 

Fill in the form below. If you cannot see the form, you may click HERE



Wednesday, March 23, 2016

Saje saje jogging

Entah berapa kali kensel nak jogging dengan kawan aku. Dan tadi masa dah nak balik dari office, aku terus tukar baju dan decide nak jogging sendiri je. 

Mula-mula plan nak jogging kat tasik kuis. Tapi sebab ini nak testing jogging sorang, so aku decide jogging keliling rumah aje lah.  

Tadaaa...



3km, 30 minit, average pace 10. 

Pakai kasut nike yang mother belikan tu, sebab tu semangat. 

Ok la kan for starter. Nanti boleh improve lagi. 


So now, where's my cupcake?



Nenas lah

Aku sangatttt jarang potong dan siang nenas. Tapi aku hantu pajeri nenas. Biasanya aku akan beli makan kat luar nenas. 

Masa kat UK, teringin punya pasal, kami pon belasah masak pajeri nenas pakai nenas dalam tin. Ini bukan kes tak jumpa nenas biasa, tapi malas menyiang. Hahaha. 


Kelmarin kawan aku kasi 3 biji nenas. Semalam aku dah siap siang, dan hantar ke rumah mother. Nampak tak strateginya di situ? 

Ok, i love you mother yang akan masakkan pajeri nenas ❤️






Tuesday, March 22, 2016

Selfie

Aku tak sure siapa yang baca blog aku ni. Tapi sebab aku dah bersusah payah selfie pagi ni sementara selendang masih sopan dan muka belum comot, marilah kita upload. Maafkanlah rupa paras background yang tak semenggah tu. Maklong tak sempat nak mengemas.



Oh, selendang tu dari Ariani. Aku kan duta Ariani lantikan sendiri. Tapi yang ni aku suka sebab dia instant dan senang gile nak pakai dan tak payah gosok. Point last tu paling penting.  

Anyway, kat fb dan ig sekarang kan banyak benar hashtag yang terbit setiap saat. Literally setiap saat kau. Habis semua benda nak dihashtagkan. Itu tak kisah lah kan. Pepandailah ko nak carik dan tengok hastag mana yang kau suka.

Tapi, yang tak menahan, upload gambar selfie, wefie, duckface segala macam, pastu letak #JANGANKECAMSAYA. Senang je dik, kalau tak nak kena kecam, option yang ada :

1. Jangan letak hashtag #JANGANKECAMSAYA tu. Bila kau dah letak, konfem kau kena kecam.
2. Tak payah upload terus gambar tu.

Sekian.

Monday, March 21, 2016

Pasal puasa.

Semalam ada orang share kat IG, puasa lagi 80+ hari. Banyak dateline yang aku kena meet sebelum puasa.

Satu benda yang aku lega, aku dah selesai gantikan puasa tahun lepas. Dah beberapa tahun aku settlekan ganti puasa masa bulan Syawal. Alhamdulillah tak rasa pressure bila dah habis ganti puasa.

Puasa ni kan bagus tau. Dia macam tahun baru jugak bagi aku. Di mana aku akan ada azam baru yang aku akan start buat bila start Ramadhan dan aku cuba sedaya upaya untuk istiqamah buat.

Ada satu tahun ni, aku berazam nak bangun awal. Aku ni memang liat sikit lah nak bangun. Biasanya memang solat subuh then tidur balik, sama ada dengan telekung tu atau sempat la bukak dan sepuk telekung ketepi dan sambung tidur. Hasilnya nanti aku bangun dan ada aksi kelam kabut nak pergi kerja. So tak ingat ramadhan bila, aku cuba bangun awal dan tak tidur balik. Tapi ada je time-time yang terbabas. Tapi kalau hari kerja memang takkan tidur balik lah lepas subuh. Dah berapa kali ramadhan yang lepas sahur aku lepak tidur kat couch je. Kalau tidur atas katil, memang sedap sangat terlajak karang.

So, korang sape yang tak habis ganti puasa lagi, cepat-cepat ganti. Buat seminggu sehari lama-lama habis.

Sape tau tahun ini mungkin last aku berpuasa di Malaysia.

Ewah. Tak habis-habis berangan.

Packing

Setiap kali nak pergi bercuti / outstation / outdoor aktiviti, seperti biasa, aku akan listkan barang ape yang aku nak bawa. Tak kira lah pergi sejam ke, sehari ke, seminggu ke. Konfem aku akan listkan barang-barang tu. Kalau tak, komfem jugak akan ada barang yang tertinggal. Ha, kalau benda yang tertinggal tu senang nak dicari dan dibeli kat tempat kejadian, takpe jugak. Kalau jenis yang payah nak dapat, memang haru biru lah keadaan sejekap.

So, dalam lagi 7 kali tidur malam, kami insyaAllah akan pergi bercuti ke Korea. Dalam bahasa Koreanya ialah "balik kampung ke-2". List barang-barang pon dah buat. Dah tau dah mana duduk atau tersoroknya barang-barang tu. Tinggal nak ambil dan bawak aje nanti.

Kali ni kami insyaAllah akan ke Jeju Island. Tak pernah lagi pergi Jejudo ni. So agak nervous di situ. Rombongan Cik Aliaa akan turun disertai oleh DrNotts yakni mother dan juga #lonetraveler yakni Alim. Komdian kami akan disertai oleh #semaiandall pada hari ketiga sehingga hari terakhir di Korea tersebut. So, standbylah untuk tengok gambar aksi Sofea posing maut sakan.

Ini ialah trip aku ke-5 ke Korea. Mane tau, lepas ni nak jadi penduduk tetap Korea ke kan.

Or, kalau tak dapat jadi penduduk tetap, dapat buat Post Doc kat sana pon jadilah.

Dan, kali ni kami perlu adjust cara packing barang. So, nantikan lah teknik yang tak seberapa canggih dari aku dan Alim.

p/s: balik ni nak keluarkan beg besar letak kat ruang tamu

Friday, March 18, 2016

IUKL Open Day

Aku on duty masa IUKL open day Ahad lepas. Crowd boleh tahan, kebetulan result SPM barh diumumkan. Ada yang datang tu dah tau nak ambil course apa. Ada jugak yang belum pastu nak ambil course apa. Takpe, kami consult.







Kebetulan buat di faculty aku, kiranya macam invite orang datang rumah kita lah. Semua sedia nak bagi info.

Next open day ialah pada 26 & 27 March 2016 ni. Jemput datang ya kalau nak tahu info terkini dan tawaran menarik. Kalau tak berkesempatan untuk datang, boleh tanya terus kepada saya. 



Thursday, March 17, 2016

Hunting FV store and makan lagi


Kitorang satu family ialah gila dengan Vivy Yusof. 1 - sebab dia kelakar. 2 - sebab anak-anak dia comel. 3 - sebab Daniel ialah cheeky macam Sofea. Dan macam-macam lagilah kan. Siapa yang tak suka Vivy Yusof wei? So, kami decide untuk pergi ke Fashion Valet store. Kat mane kedai dia? Kat Bangsar Village 2.

Aku kalau pergi Bangsar, tak pernah masuk BV ni. Selalunya pergi kedai yang kat tepi-tepi tu. Maklumlah, kaki kopi. So, ini kiranya first time masuk. Berjanji dengan Semai jugak nak datang sini. Dah jumpa kedai, jadi hilang pedoman kejap. Aim utama nak beli Sofina Clutch. Sekali beli jugak baju kerja 2 helai. Ceh podah punya aim. 





fitting room area
 Settle bershopingan (Semai beli 2 clutches by the way so dia lagi teruk kah kah kah), kami pergi makan kat Delicious.


tengok cerita ape entah

gosip ape entah

kena paksa buat peace

ready to eat

maklong tampak kurus di sini.

mother dan desser ice cream + choc topping + meringue dipecahkan + cream + strawberry = sedap gile
Lepas dinner kamu pon balik.

Yes, dah boleh tidur lena sebab dah makan sedap. eh?

Wednesday, March 16, 2016

Family Vacation at Penang, 6-8 February 2016

Kami pergi bercuti ke Penang sempena cuti tahun baru cina yang lalu. Mulanya aku, mother dan Alim aje yang pergi. Lepas dah book hotel, saje je print screen booking confirmation dan hantar kat Semai. Dia pon nak join. So ape lagi, book juga untuk Semai. Tak lama lepas tu, Aiman pon nak ikut. Tapi dia ikut 1 malam aje.

Oleh kerana cuti sekolah sempena cuti tahun baru cina sekali, konfem akan banyak kereta atas jalan. Kami decide untuk bertolak jam 4am. Berkonvoi lah kami 2 kereta naik PLUS highway. Memang pilihan kami tepat, kereta memang banyak, tapi trafik berjalan lancar. Kami berhenti solat subuh di Hentian Tanjung Malim. Dari rumah ke Tanjung Malim, mother yang drive, lepas tu aku take over. 

Ada part yang boleh drive 110km/j. Ada part yang kena drive lebih perlahan. Ada part yang sesak sekejap sebab accident. Kami masuk pulau ikut jambatan utama (jambatan lama). Terus ke area Gelugor. Semua tahan perut sebab nak makan kat Minah Restoran kat Gelugor. Aku aje dah blasah roti kerim dalam kereta. Perut orang mengada memang macam ni.

Kami sampai di Minah Restoran dalam pukul 12.30pm. Ngam-ngam time lunch.


budak busy body

menu wajib - kari kepala ikan

dia sibuk nak pass-pass kan air orang




genma & mateen


lauk wajib kat minah ni, ayam goreng sambal cuka sedap gila

selesai


Minah ni bukan kedai makan yang ada nasi kandar tau. Dia kedai makan biasa tapi signature dish dia kari kepala ikan dan ayam goreng sambal cuka tu. Wajibbbbb makan. Aku datang sini since aku kecik, mother datang sini since mother kecik. So, berapa lama dah kedai ni?

Cane nak ke kedai ni? Senang je. Pergi kat area USM / Gelugor. Lepas lalu pintu utama USM (USM sebelah kiri), terus lagi, ada 2 jejantas. Lepas jejantas kedua terus masuk kiri naik ke deretan kedai macam gambar kat bawah ni. Tadaaaa dah sampai. Readykan perut masing-masing ok. 


Lepas dan kekenyangan, matahari pon atas kepala, Sofea pon dah sebok nak selfie pakai GoPro, kami pon bertolak ke bandar. Kali ni kami duduk di hotel baru, St Giles Wembley Hotel. Seberang jalan aje dan Komtar, Sebelah Komtar tu pon ada mall. So memang konfem percutian kali ini ialah makan dan berlepakan di hotel sahaja.

Kami sampai d Hotel tak sampai pukul 2pm lagi tapi sebab bilik dah ready, dah boleh terus check in. Kami dapat bilik bersebelahan yang ada connecting door. So, Sofea pon berulang alik dari bilik kami ke bilik dia aje kerjenya.

budak suka bahulu
nice view

 Kami rehat-rehat aje. Aku ialah tidur. Hahaha. Alim ialah pergi shopping mall depan hotel ni. Mother ialah melayan Sofea.

Petang tu lepas asar, kami pon dah lapar balik. Misi makan-makan seterusnya ialah nak pergi cari dan makan di Kedai Nasi 7 Benua. Femes kot kedai ni. Kami pergi naik 1 kereta aje, Jonah.

Sofea dan pessia (pacifier)
Kedai tu kena menghala ke Jalan Jerejak (dekat dengan Pulau Jerejak). Kami pon pakai google map aje. Pusing punya pusing, tadaaa sampai. Nasib baik masih bukak.  Konsepnya ambil nasi, lepas tu pilih nak lauk ape. 

memang dia scoop 1 - 1 untuk setiap jenis nasi.





Nasi-nasinya semua sedap!!! Dia scoop kecik-kecik so total semua 7 jenis nasi tu ialah 1 mangkuk nasi biasa. Sape nak tambah lagi, silakan. Alim dan Zul pon makan sorang 2 set. Sedap dan murah.

Lepas tu kami decide untuk pergi jalan-jalan kat area Padang Kota Lama. Layan angin pantai dan Sofea happy naik buayan. 









Lepas tu kami balik aje ke hotel, park kereta dan jalan ke mall sebelah. Jalan-jalan cuci mata, sambil sejukkan badan. Sebelum balik kami singgah makan aiskrim kat Baskin Robins.

background hotel kami yang best gile. Sofea dalam stroller.

Lepas tu kami balik ke hotel dan rehat. Tengok TV, dan tidur.

Hari kedua, acara jalan-jalan cari makan diteruskan lagi dengan misi breakfast di Jalan Traverse. Kata review, wajib pergi. Mother tak join breakfast, nak simpan perut untuk Minah lagi. Kami memang stok perut banyak compartment, especially Alim. So marilah...

Untuk ke Jalan Traverse tu, kami pakai google map jugak. Kebetulan dapat parking dan terus dapat meja. Kedainya literally tepi jalan. Bas lalu belakang aku tau. Kat sini wajib order roti bakar dan telur separuh masak, roti canai dan kari ayam / kambing. Aku tunggu kat meja dengan Sofea, Zul dan Mateen yang tidur lepas pekena susu sebotol. Semai dan Alim pergi beratur untuk roti bakar dan telur separuh masak. Aku orderkan siap-siap roti canai kari ayam (sebab kambing habis).

ada orang jual karipap ni naik beskal. sodap!

sofea makan kulit karipap dan dia belom mandi lagi hahaha

roti canai banjir kari ayam

itu baru teksi lalu belakang, kalau bas, sila bayangkan...




Semua sedap. Roti bakar atas arang kot. Lepas kekenyangan, kami pon balik ke hotel. Zul bawa Sofea swimming. Alim pon haruslah join sekali. Aku berlepakan kat bilik dengan mother dan bergosip dengan Semai. Tak lama lepas tu Aiman dan family pon sampai.  Lepas diorang dah mandi dan siap, kami pon terus keluar lunch. Kemana lagi, Minah lah.

Lana dan anak dara sangat





Puas hati kauuuuu... Makan memang best, siap takeaway untuk Widad lagi yang ayam goreng sambal cuka tu. Lepas makan, kami ke kedai Jeruk Madu Pak Ali yang di Jalan Jerejak tu. Kat sini tenang sikit nak shopping jeruk sebab kedainya besar, parking pon senang. 



Settle shopping jeruk, kami pon balik ke hotel. Rest, tidur, mandi swimming pool, dan Alim pergi jalan-jalan kat Perangin mall, belakang komtar. Boleh pulak dia beli teket wayang untuk dia dan aku. Aku tanya, cerita ape. Katanya, The Revenant. Alamak, tak pernah dengar. Aku tanya, sape yang berlakon? Alim kata, Leonardo De Caprio. OK aku on je sebab Leo. Kah kah kah ntah pape kan.

Petanya kami misi nak makan nasi kandar. Pusing punya pusing, ikut google map pon hampeh, signal kejap ada kejap takde. Aim utama nak pergi ke Nasi Kandar Imigresen dekat dengan Masjid Kapitan. Sekali tak takde kedainya, dia jadi food trolley tepi jalan. So kami nak proceed ke Nasi kandar Kapitan. Pon tak jumpa entah berapa kali lalu jalan yang sama. Last sekali parking depan line clear, makan kat kedai sebelah line clear. 



Nangis kan tengok lauk-lauk dia. Rasa dia? Boleh la...

Balik dari tu, terus ke hotel. Yang lain berehat, aku dan Alim terus pergi tengok wayang. Best gile kauuu cerita The Revenant tu. Patutlah Leo memang oscar.

Last day, pepagi buta alam kami dah bersiap nak pergi breakfast kat Jalan Traverse Lagi.  Kali ni lama sikit nak tunggu dapat meja sebab ramai gile orang. Sambil tu alim dan zul dah pergi beratur nak order roti bakar.








Fuhhhh macam masuk marathon nak pergi breakfast ni pon. Settle makan kami balik hotel. Bapak-bapak pergi bawak kanak-kanak mandi swimming pool. Aku settlekan kemas barang-barang, baju semua. Mother pon kemaskan barang aku gak. Eh?


Lepas check out, kami terus keluar dari pulau, naik PLUS highway. Exit kat Taiping nak lunch kuay tiaw Doli. Aiman dah sampai dulu, fuhhh ramai orang kat Doli tu. Masalahnya pekerja Doli ni memang hampeh. Aiman dah order untuk semorang, termasuk air sekali. Lepas tu bila tengok resit order, ada 1 je air. Budak tu yang tak tulis air-air yang lain. Bila aiman suruh tambah, dia kata kne buka resit baru, maksudnya kena beratur balik lah, akan dapat air lambat. Orang duk meja sebelah kami pon dah tunggu almost setengah jam baru dapat air. Tak sistematik, pekerja tak bagus, lambat. Sebab dia dah femes lah boleh buat perangai camni. Ish, memang takkan datang lagi lah ke Doli ni. Kami pernah makan kuay tiaw goreng nya dan takdelah sedap sangat sampai nak makan pinggan kedua. Tapi kalau dah layanan pekerja pon macam ni, dan tak sistematik, takyah je lah datang sini.

Kami decide untuk pergi makan kuar tiaw goreng Salleh kat kuala sepetang aje. Sebelum tu singgah makan cendol ansari dulu kat bandar taiping tu. 


kedai salleh dah buat lebih banyak tempat duduk. tak tungg lama pon
 Settle makan, kami pon naik semula PLUS highway.  Berhenti rehat di RnR Bukit Gantang untuk solat dan teruskan perjalanan. Kami berhenti lagi di RnR Tapah untuk solat maghrib - isya, dan dinner sekali. Dah jumpa AnW, wajiblah makan kat situ.





Lepas dah beli jambu, kami pon teruskan perjalanan balik. Sampai rumah dengan selamat alhamdulillah.

Best, relex and easy holiday kali ni. Mau tak releks, makan aje kerje nya!