Monday, October 26, 2015

Hiking Bukit Kutu 14 Oct 2015

Entry masuk hutan menjengah kembali... Kali ni naik Bukit Kutu pulak. Kata orang Bukit Kutu ni kategori gunung sebenarnya sebab ketinggian dia lebih dari 1000m dari aras purata laut. Layan aje lah kan, janji masuk hutan. 

Aku keluar rumah jam 5.15am, ke IUKL jumpa Shuk dan Azhar. Azhar ni officemate, Shuk kawan dari UiTM. Kami park situ dan naik kereta Shuk. Lepas solat subuh kami gerak ambil Eda di Wangsa Maju. 

Dari Wangsa Maju kami ikut jalan batu caves - ulu yam - batang kali - kuala kubu baharu - kampung pertak, untuk ke starting point. Breakfast dalam kereta siap-siap. Park aje kereta, pakai kasut, bersiap dah gerak. 

Kami disambut mesra oleh...



Anjing tu comel sangat rasa nak gomol. 


Oleh kerana hari sebelumnya hujan, maka trek pon memang cantik sangat. Belum ape-ape hal, hasil tuaian aku ialah...


Memang ramai yang naik bukit kutu haritu. Cuti umum katanya. Kebetulan laluan yang sama digunakan untuk naik lata medang. Tapi trek memang busy sepanjang hari. 


Awal-awal pendakian kena lintas 3-4 anak sungai. Tabah aje lah kan...


Lepas tu trek dia memang main lumpur, mencanak naik, lutut ke dada, lutut ke dahi pon ada. Yang menslowdown kan aku dari org lain ialah kasut aku pakai tak sesuai untuk trek lumpur. Selama ni memang aku pakai kasut ni je trekking. Kasut ni aku panggil kasut nelayan / kasut getah. Kalau pakai dalam air, memang tak jatuh. Kalau atas lumpur, dia berkumpul jadi macam main ice skating. So aku memang jadi penat sebab 2 steps forward, 1 step back. Tapi tabah!




Mid point mendaki bukit kutu ni bila jumpa batu besar ni. So rest jap. Posing bagai, siap jumpa 1 group budak pengakap. Enjoy jugak dengan nyanyian lagu pengakap diorang yang penuh bersemangat. 



Lepas tu kami daki dan daki aje. Selut, jatuh ape bagai semua ada. Aku lah tu, lagi 3 orang tu ok je diorang. Kami sampai puncak pukul 2pm macam tu. 



Kalau nak tengok view cantik kena panjat batu belakang gambar atas ni. Tapi sekali naik maximum 3 orang, yang beratur pon ramai, yang tengah selfie kat atas tu pon dah sejam tak reti nak turun. Hujan dah start menitik, kami decide untuk turun terus lepas selfie seround dua. 


Naik mencabar, turun lagi mencabar tahap dewa. Pulaknya hujan, trek makin licin dan sebab ramai sangat orang naik dan turun, trek jadi teruk gile. Kasut aku memang merisaukan. Aku turun memang slow gile. Sampai nak gelap lah. Azhar dan Eda dan lama tinggalkan aku dan Shuk. Kami turun sekali dengan 1 group akak bertiga dan 1 group family doctor dan sorang guide. Nasib baik diorang semua bawa headlamp, Shuk pon onkan lampu handphone dia. Abg guide yang pandu arah kami semua. 

Jam 8.45pm alhamdulillah kami semua sampai kat parking kereta. Terima kasih banyak kat abang guide, family doctor tu dan geng akak bertiga tu, sebab sama-sama tolong dan tunggu kami. Alhamdulillah. 

Eda dan Azhar tumpang orang ke masjid KKB sebab tempat parking tu semaking gelap. Mujur ada adik-adik yang baik menolong. Kami bersihkan diri dan terus ke masjid KKB. Jumpa Azhar, tapi Eda dah tumpang orang balik ke rumah, dia takut parents dia risau. 

Aku, Shuk dan Azhar bertolak balik ke Kajang. Ambil kereta di office dan terus balik. 

Alhamdulillah semua selamat pergi dan balik. 

Note :
1. Next time, wajib ikut konsep naik bersama, turun bersama.
2. Pakai kasut sesuai mengikut keadaan trek
3. Bawa headlamp walaupun day hike






Friday, October 9, 2015

Mama punya birthday celebration

Celebration dimulakan dengan menghadiahkan voucher urut Thai Odessey kepada mother. Tapi tak snap gambar pulak acara tu.

Lepas tu makan-makan di Dave's Deli.



Alhamdulillah semua ada. Aiman dan Miza ambil cuti. Semai selamber keluar rumah walaupon dalam pantang. Mamat ambil cuti. Alim ponteng sekolah. Hahahaha.

Komdian kami jalan-jalan kat IOI City Mall tu.

pakngah with sofea and vivy

aku tak sure ape sofea nak buat tapi aku rasa dia pose untuk aku ambil gambar


pit stop sebab mateen nak susu

mama with the singles. kami pengokong tegar all black

with the birthday girl

we hope you like the presents (hint : belakang tu)

bagus sofea, i've trained you well!

she did this on her own

Happy birthday mama. I love you for eternity.

Get Caffeinated!

Ngopi session with the Japan clan. Dia tak boleh plan sungguh-sungguh. Dia kena plan main ad hoc. Lepas tu berdoa agar ada yang turun join mengopi.

4/5 attendees. We miss you, Siti.

Macam-macam cerita. Update daripada perihal kes kat rumah, hal ehwal hari raya hari, hal percintaan dan romantis, etc etc. Sampai tak tau mane satu nak cerita dulu.

Sedap kopi kat Coffea Coffee ni. Jom repeat lagi.



After-work gossip ialah best occay!

Wednesday, October 7, 2015

Happy birthday Mother!

Harini birthday mother.

Happy birthday mother.

We share the same month.

Maybe sebab tu perangai pon macam nak sama.

Except;

Kami suka kasut. Tapi aku kerjenye membeli kasut.

Kami suka handbag. Tapi aku kerjenye membeli handbag.

Kami suka ariani. Nasib baik kami berdua beli ariani.

Kami suka berjalan. Tapi mother suka berjalan dalam shopping mall, ada aircond katanya.

Kami suka makan. Tapi aku kena exercise nak maintain.



Happy birthday mother. I hope you have a great day today, and wonderful years ahead.



Tuesday, October 6, 2015

Lata Medang, Kuala Kubu Bharu.

Sabtu lepas aku dah buat kerja gila. Lama dah tak buat adegan-adegan terkejut-terkejut ni. 

Jumaat malam tu, aku ada kelas zumba. Balik dari kelas zumba, dah siap mandi solat semua, tengah rest-rest, tetiba si Lin whatsapp ajak jugle walk katanya. Light-light aje dia kata. Iye ke? Hahahaha... Aku agree je dengan harapan silalah bangun awal esok.

Esok paginya, lepas subuh, terus bertolak ke sana. Naik plus highway, exit Bukit Beruntung, ikut signboard Kuala Kubu Bharu. Sampai kat pekan KKB, terus lagi hala ke Chilling Waterfall. Lepas KKB dam, ada jambatan besar, lepas aje jambatan terus masuk simpang kanan, Kampung Pertak (perkampungan orang asli). Lin and gang dan tunggu kat parking lot kereta.

Kami bersiap-siap, stretching, dan terus jalan. Tapi aku dah boleh agak, konfem jalan macam nak naik gunung datuk. rupanya iyeeeee. Tapi taklah teruk macam datuk. Dia light light aje. Lepas 2 jam trekking, sampailah kat air terjun hebat.




Best gilo air terjun tu. Mandi kejap, then makan, masak meggie, makan lagi, mandi lagi. Lepas rest dalam 3 jam, barulah kami turun balik. Turun sejam lebih aje.

Best nya follow geng ni. Thanks Lin mengajak aku. Lenkali nak follow lagi please.

Group photo tak jadi sebab lense go pro lupa nak bersihkan. Chait!

Thank again Lin, Zahid, Haz & Shah dan segeng dari Shah Alam yang join kitorang jugak.

Friday, October 2, 2015

Diving Licence - Pulau Tioman

Entry yang dah lama upload gambar tapi tak sempat nak up lagi. Maafkan daku...

OK, cemana tetiba keluar plan nak ambil diving license ni? Eda bercerita dia memang ada plan nak ambil diving license. Aku pon fikir, wah, syok jugak ni. Dengan harapan bahawa sebab aku boleh swimming, sedikit sebanyak membantu. Memang tipu semuanya. Ini semua skill yang kena buat dan belajar, dan master mengikut time. Ewah, kemain mukadimahhh.

So, Eda pon mencarik-carik, nak ambil diving license dengan siapa. Habis semua segi dia tanya. Aku pon tanya jugak si Aimi, dia ambil license dia ngan siapa. Lepas dah senaraikan tu, cari harga pulak. Carik punya carik, compare punya compare, kami agree nak ambil dengan Abang Rahim. Dia certified dive master dari PADI (Professional Associaltion of Diving Instructors)


So cerita pasal costing yang kami dah survey (kebanyakannya Eda yang buat, hehehe), harga yang kami bayar ialah RM1300, termasuk :
  • International Diving License for open water diving (up to 18 meter deep) from PADI,
  • training dan sewa equipment di swimming pool Shah Alam - kami pergi seminggu sebelum ke tioman
  • return ferry dari jeti Mersing ke Salang, Tioman, 
  • chalet selesa untuk 3 hari 2 malam,
  • sewa equipment untuk 4 kali dive dan
  • boat untuk open sea diving ke pulau kecil berdekatan (dapat makan nasi lemak sebungkus).
Yang kami kena bayar sendiri untuk diving trip ni hanyalah transport KL-Mersing dan makan. Kami pergi carpool 4 orang dan harga makanan kat Tioman ialah sangat reasonable despite dia ialah pulau. Kami spend about RM100 untuk transport (minyak, tol) dan makan untuk 3 hari 2 malam. Memang jimat you all. 

Additional cost another RM280 untuk aku, Eda dan Wirda sebab kami beli mask, snorkle dan fin untuk diri sendiri. Itu pon Abg Rahim tolong belikan, dapat harga instructor. Sebab 3 benda ni ialah benda yang tidak digalakkan untuk kongsi. Kalau tak beli pon takpe, ada je available untuk digunakan dari dive centre.

By the way, yang pergi sama carpool kami berempat ialah aku, Eda - kenal dan berkawan baik since Japan trip, Wirda - kawan gym dan runner Eda, dan Abg Syed - kawan runner Eda. Tripnya 19-21 September 2015. Kami berjanji nak jumpa dengan Abg Rahim di jeti Mersing jam 4am 19 September tu. Abg Syed bertolak dari rumah dia kat Sungai Buloh, ambil Eda dan Wirda kat Wangsa Maju (Wirda park kat rumah Eda), then pick up aku kat rumah. By the time sampai kat rumah aku dalam jam 11.00pm camtu, kami bertolak naik PLUS highway menghala ke selatan. Kami decide nak ikut highway dan exit kat Ayer Hitam, then ikut jalan dalam ke Mersing. Abg Syed drive dulu. Lepas drive about 2 hours, kami stop kat RnR Pagoh. Minum-minum, makan-makan...


wirda betulkan tudung sebab nak wefie katanya!

belum keluar lagi pole, pakai tangan pon boleh
Lepas pekena nescafe tarik kurang manis, aku pulak sambung drive. Eda duduk sebelah on google map sebab. Lepas exit Ayer Hitam, kami follow google map aje. Drive pon tak boleh laju sebab berkabus. Ke jerebu ek? Tak sure. Kejap-kejap Abg Rahim call, tetiba kami gelabah sebab Abg Rahim kata nanti terlepas ferry. Sampai kat bulatan bandar Mersing tu, pusing 2 kali kot tak jumpa signboard jeti. Abg Rahim call lagi, dan dia suruh ambil exit sepatutnya dan kami pon sampai lah kat jeti. Aku, Eda dan Wirda angkut beg sendiri dan Abg Syed pergi parking kereta. Terus jumpa Abg Rahim, ambil teket feri dan naik feri. Last sekali Abg Rahim dan Abg Syed in je feri, terus pintu feri tutup dan feri berjalan. Pulaknya penumpang bahagian belakang feri kena pergi kebahagian depan feri sbb air dah cetek dan kipas engine feri terkena lantai. Lepas dah tinggalkan jeti jauh sikit, barulah ok. Mak aihhh sejuk gilo atas feri. Di sini menyesal tak bawak sweater. Cettt.

Alhamdulillah dengan takde mabuk dan tidur-tidur ayam atas feri sambil dengar lagu, kami pon sampailah kat Salang 7.15am pagi tu.


muka fresh sangat. tak perlu mandi. kan kan?

sempat je
kami terus ke chalet, dapat masuk terus chalet. Solat, cuci muka, gosok gigi dan terus keluar breakfast.

kuih tambahan setelah bedal nasi lemak ayam sorang sebungkus

kitorang duduk kat chalet ni
Relek-relek kejap tutup mata kejap dalam chalet, kami terus tukar baju dan ready untuk first open sea dive. Tak sure lah nak cakap excited ke, nervous ke. Yang penting dengan harapan tak menggelabah dalam air nanti.




First of all, kena pasang equipment dulu. Ambil tong gas masing-masing, pasang kat BCD (buoyancy control device), pasang regulators, masukkan udara dalam BCD, testing, pakai weight kat pinggang, etc. Yang join sekali trip kali ni dari macam-macam background. Tapi kami dah pernah berjumpa masa kat pool sebelumnya, kecuali Abg Syed dan Nash sebab diorang ambil Advance Diving.



kemainnya action dengan weight kat pinggang masing-masing
Weight kat pinggang ni bergantung kepada individu, tapi kebiasaannya orang berbadan tough besar macam aku ni, kena pakai lebih dari orang biasa. Masa kat pool, aku pakai 3 weight (6kg), tapi asyik naik turun aje. So untuk yang ni Abg Rahim suruh tambah lagi 1 weight, total 4 weight (8 kg).

Let's do this diving thingy majiggy


group photo in front of the dive centre



Nampak macam steady je masing-masing kan? Padahal larat tak larat aje tu memikul beban. hahaha. Bayangkanlah, oxygen tank tu aje at least 15kg, weight kat pinggang dan 8 kg, BCD + regulators + gauge meter dan berapa kilo, nak selit mask kat celah leher lagi, pegang fin lagi. Tapi demi gambar yang hebat, kami tetap senyum. Hahaha...


Untuk first dive ni, first part ialah buat skills dulu. Mask cleaning, breathing technique, etc.

kaki boleh cecah dasar laut lagi, boleh lah senyum. cuba jap lag...
Lepas buat skills semua, barulah dive down. Dari shallow water, ke deep water. Agak gelabah jugaklah mula-mula tu. Lepas tu rasa macam dah ok. Tapi memang follow aje lah instructor. Nak bercakap dalam air tak boleh, blasah aje. Sebelum turun ke bawah, kan kita kena fill in BCD kita tu dengan angin. Dia act macam life jacket la. Tapi bila nak turun, kene buang angin tu, barulah boleh turun.

baru sampai bawah jeti

aksi orang excited nampak ikan banyak gila.aaa

ladang ikan bilis
First dive ni lebih kepada nak getting familiar dengan keadaan dasar laut. Ada jumpa ikan kecik-kecik, banyak lak tu. Berjenis-jenis. Tapi tak banyak ambil gambar sebab intro kan. Balik dari first dive tu, kena rendam bilas semua equipment tu dengan air tawar dan jemurkan.

Kami dive dalam 40 minit jugak. Lepas tu rest, lunch. Jalan-jalan jap lepas tu kumpul balik kat dive centre untuk second dive. Seperti biasa, bersiap-siap dan pasang equipment. Second dive ni pulak akan buat jetty dive. Lompat dive dari jeti.

getting ready

yang perempuan 2 orang kat belakang tu kemain eksyen






Kitorang one by one jetty dive. Lepas semorang dah dalam air, barulah turun sama-sama. Kali ni ada ambil gambar. Tapi banyak gambar yang aku tengah hembus bubble depan muka. Hahaha.


nak kena mask cleaning dah tu...

paling suka gambar ni sebab nampak orang belakang

ladang ikan bilis edisi ke-2

ini bapak ikan bilis kot

ini tak tau ikan ape

Best second dive ni sebab dah familiar dan rasa confident lagi walaupon kerjenya asyik mencari orang untuk tolong tolak kebawah or ditarik ke bawah. By this time aku kena tambah 1 lagi weight kat pinggang, total 5 weight (10kg).

Settle dive ke-2, kami pon swimming ke shore line sambil posing posing..







mata mana mata?

gaya itu penting walaupon tak constant dive depth nya. hahahah
Kami settle simpan equipment semua dah pukul 5petang lebih camtu. So sambil jalan-jalan balik chalet, cuci mata tengok kedai-kedai situ. Line telefon memang hampeh gila. Loading instagram tak payah haraplah. So kami survey-survey wifi. Semuanya kena bayar tapi orang tu yang akan masukkan password. So kami plan nak datang balik lepas maghrib nanti.

Balik bilik, take turn mandi, solat. Bilas baju semua dan sidai. Sambil tu kunyah-kunyah cikedis dan borak. Tapi main aktiviti ialah download gambar dan video dari go pro ke handphone, pastu gelak-gelak terguling-guling macam tenggiling dah.

Lepas maghrib, kami pon pergi balik ke area jeti. Cari port wifi yang sesuai, purchase wifi (1 device RM10) dan lepak makan kat kedai yang dekat dengan port wifi tu. Sementara tu geng yang ambil advance diving tu pergi lah night diving - Abg Syed, Nash, Abg Aziz dan of course Abg Rahim. Diorang settle night dive, diorang pon join kitorang dinner.


Malam tu tidur memang nyenyak lah rasanya. Mana taknya, malam sebelum tu tidur-tidur ayam je dalam boat, sebelum tu tak tidur pasal borak-borak dalam kereta. Esoknya kami keluar awal untuk breakfast. Kasi makanan tu digest dulu sebelum diving.

breakfast power bersama banana dan pineapple pancake, juga nescafe tarik
Oleh kerana untuk dive ke-3 dan ke-4 ni adalah boat dive (dive dari atas boat), kami akan bersiap atas boat. So kami hanya perlu check equipment kami semua semalam cukup dan letak kat motor, nanti orang dive centre akan hantar ke boat.


excited ke?

nak jugak walaupon terik


nampak corals?
Kami hanya pakai weight aje siap-siap kat pinggang. Yang lain-lain pakai masa boat dah berhenti nanti. Kami ke pulau kecil berhampiran Salang.

amboi, menang gaya



Dah sampai. Let's get ready.


Silalah tengok compilation boat dive kami ni... Ada yang terlupa or terlepas nak record...


Seperti biasa, bila semua dah masuk air, barulah turun sama-sama...


Gambar bawah ni aku ada up kat IG. Seriously aku ingat tengah ambil video. Yang aku pon lambai lah. Sekali kauuu gambar. Dah macam nak menari lagu Don't stop moving by S Club 7 aje. Hahahaha..

aksi aku ni memenangi gelak yang terpaling banyak sekali






memang cantik corals dan ikan dia comel-comel...

yes, that "waving" pose again. cettt

Abg rahim pegang landak laut
Kali ni dah confident sikit. Tapi masih tak constant lagi diving depth aku. Dan memang banyak lah adegan kena tolak ke bawah or kena tarik ke bawah. hahahahahahaha


Tapi, tengah aku syok-syok feeling seorang diver yang berkaliber, tetiba aku ternaik ke atas sendiri. Seriously naik sendiri. Sedar tak sedar sekali aku rasa kepala aku panas. Aku dah sampai surface kauuu. Hahahahaha. Aku ternaik sendiri, aku pon heran. Biasanya kalau kita nak naik, kita kena fill in BCD kita tu dengan angin. Ini memang kejadian pelik. Rupanya, sebab aku dah guna almost all oxygen dalam tank aku tu, so tank tu hanya ada angin aje lah. So bila penuh angin, secara natural nya akan naik lah dari air. Haaaa terjawab persoalan aku. Kiranya boleh terapung tanpa fill in BCD. Tapi just to be safe, bila dah resurface tu, fill in aje lah BCD tu. 3rd dive ni 50 minit lebih gak, tapi tak sedar sebab dah syok kan. hahaha

muka lega settle 3rd dive
Lepas tu kami balik ke jeti. Makan nasi lemak yang dive centre kasi, minum air, rest kejap dalam sejam lebih. Lepas tu baru naik balik boat untuk 4th and last dive ke bahagian lain Salang.


Kali ni boat dive semua dah confident. Cayalah. Ewah, puji diri nampak. Hahaha.



kapten boat kena buli suruh ambil selfie. hhahaah
Last dive ni pon dalam almost 1 hour jugak. Banyak corals cantik-cantik dan jumpa nemo kat rumah dia, pastu ada starfish, etc. Best.





busy sangat kan


takpelah kasi chance ketua rombongan kitorang nak eksyen. 

tak sure kena tarik dengan eda, or menarik eda ke bawah


kitorang memang suka tarik menarik sesama sendiri, kan Eda?

jadi lah selfie kami bersama batu

nampak pegangan erat we ols?

tunjuk ape sebenarnya?

ikan biru comel


Masa ni kejadian 3rd dive terjadi lagi. Tengah kitorang buat safety stop 5 meters depth for 3 minutes, tetiba aku mulalah terasa diri ditarik naik. Cet, tank buat hal lagi. Padahal aku dah cek gauge and confident boleh tahan lagi 3 minit. Sekali, dia start naik, aku grab tank bro Razali, bro Razali grab tank bro Nasir. Hasilnya kitorang bertiga timbul seketul demi seketul. Hahahahaha...

auto snap la go pro ni

kiri kanan bro-bro yang kena tarik

Sekian lah diving course kitorang..... Syukur alhamdulillah settle semua... Lega you all..

last picture on the boat, on the way balik Salang

Balik chalet, seperti biasa take turn mandi, bersiap, bilas baju, sidai segala bagai, kami transfer gambar dan video sambil gelak guling-guling lagi, lepas tu Abg Rahim panggil. Dia ajar camne nak isi diving log book, other rules and regulations, etc etc, sesi soal jawab dan sebagainya. Pastu kat background ada sesi Abg Syed masak maggie. Kami isi log book sambil makan maggie. Hahahaha.

Malam tu lepas maghrib, kami dinner sama-sama. Kedai yang kami nak makan tu tak buka pulak, little white house namanya kalau tak salah. Lepas balik dari diving siangnya kami pergi kedai tu, plannya nak book untuk malam nya. Tapi dia tutup malam tu. Takde rezeki. Makan kat kedai ni pon ok gak.

Kenapa tudung aku macam nak sama warna dengan lapik meja. 
Lepas dinner tu, kami terus balik bilik dan kemas barang... Abg Rahim dan pesan, kena ada kat jeti pukul 3am paling lewat sebab ferry pukul 3.30am. Masing-masing kunci jam 2-3 kali.

Kami bangun jam 2.30am, gosok gigi, cuci muka, salin baju dan terus keluar. Untuk mengelakkan diri kena tinggal terus kat pulau tu, sebelum jam 3am kami dah sampai jeti.

TAPI, baru 2 minit berdiri kat jeti, sakit pulak perut aku ni. Tadi tak nak sakit. Cettt. Terus pergi pesan kat Abg Rahim, yang aku nak balik chalet nak pergi toilet. Aku pon jalan laju-laju, 5 minit jugak ambil masa dalam pada jalan laju tu. Nasib baik orang chalet ada je kat kaunter tu. Settle kat chalet, terus laju-laju jalan balik ke jeti. Aku nak sampai jeti je dan nampak feri sampai, Eda pulak call. Aku angkat fon dan terus berlari-lari manja ke jeti. Fiuhhh nasib baik sempat. Kalau tak, jadi gadis pulau dah. Hahahaha ok tak kelakar.



Kami berhenti ambil orang kat 2 jeti lagi, barulah straight ke Mersing. Sampai jeti Mersing dalam jam 6.30am. Gedebuk gedebak ambil beg segala bagai, dah 6.45am. Tempat parking pulak belum bukak lagi, angkut bag ke parking kereta. Kesian gile kat Wirda yang pening kepala dan perut memulas-mulas tak best sepanjang naik ferry, katanya sakit since balik dinner. Sampai aje kat jeti Mersing, dia muntah, habis semua barulah lega sikit. Kami letak bag dalam kereta dan solat subuh. Lepas tu breakfast ramai-ramai sebelum berpecah.

Untuk balik, kami ikut laluan kampung, Mersing - Rompin - Muadzam - Batu Kikir - Pilah - Seremban - KL. First hour Abg Syed drive. Sampai kat Rompin aku ganti. Sampai kat Muadzam, servis kembali kepada Abg Syed. Kami berhenti setiap jam, jalan releks releks je. Berhenti isi minyak, toilet, makan ice cream, beli jajan, asam bagai semua, macam-macam. Sampai kat Kuala Pilah, kami berhenti lunch. Makan kat kedai yang Nash suggest, sedap katanya. Aku ambil lauk keli salai. Memang sodap!

Lepas tu kami teruskan perjalanan, masuk simpang Istana Seri Menanti. Dah berangan nak selfie gaya sekian sekian, tapi memang sekian terima kasih, sebab istananya tutup, renovation dan baik pulih katanya. So patah balik ke jalan utama.

Nampak petai pulak dah... Singgah beli dulu. Murah gila kau!


Jalan lagi, nampak sign board Hutan Lipur Ulu Bendul. Dah terlepas simpang barulah decide nak berhenti, maka marilah kita u-turn. Masuk. Cecah-cecah kaki kat air, sangat fresh!!! Masing masing terasa gedik nak mandi tapi memikirkan malas nak tukar baju, kita main kaki je lah... Best... Sangat releks rasa. Orang pulak tak ramai, maklumlah hari Isnin, walaupon masa tu coti sekolah.


masuk hutan pon bawak buku national geographic. aku nak bawak buku, Eda tak kasi. Dengan ayat "takyah mengada, Aliaa". Padahal nak main air sama-sama kannnnn...

Lepas tu, berhenti beli buah-buahan, nak makan dalam kereta. Then terus kami shoot masuk PLUS highway ikut Senawang. Sampai kat rumah aku nak dekat pukul 4pm. Aku ajak diorang singgah rest dulu, solat semua. Lagipon kalau nak meredah masuk KL, konfem by the time sampai KL je orang dah nak balik kerja. So diorang stay lepak rest solat semua sampai lepas maghrib.

Sambil tu, transfer gambar dari go pro Eda dan go pro aku masuk laptop, then terus kasi Eda copy. Settlekan bayar-bayar minyak and toll kat Abg Syed dan duit makan kat Wirda. Order dominos pizza, buat teh O panas. Makan siap-siap sebelum diorang bertolak balik.

Malam tu aku tidur lepas isya kot. Hahahaha kekonon penat ler sangat. Padahal, kerjenya ketawa aje.

Lepas ni pulau semua tutup, monsoon season. Bulan 3 tahun depan baru buka balik. Next diving trip dalam plan ialah bulan April tahun depan. Kami insyaAllah confirm akan pergi, fun dive lah tapi. Kena asah skill lagi sebelum ambil advance diving license. Ada sape-sape berminat? Jom...