Friday, September 25, 2015

post-raya haji

Keluar rumah pagi tadi, dah target nak beli nasi lemak untuk breakfast.

Tapi dah tau dan boleh agak, konfem takde gerai yang bukak.

Keluar dari area rumah, sah takde orang jual nasi lemak. Itu pon aku tak perasan kedai mamak Syedlina ataupon Thaqwa bukak ke tidak.

Sampai di faculty, ada 4 biji kereta aje termasuk kereta aku. Sapa lah yang sama naik gila macam aku yang kerja di hari yang majority orang ialah cuti.

Lepas thumb print, pergi breakfast. Lepas tu masuk office.

Godek sana godek sini, sedar sedar dah pukul 1 tengah hari. Faculty aku ni sebelah masjid. Biasanya kalau hari jumaat, mesti parking dah penuh by this time, tapi nampak bertenang aje harini suasana tak pack. Mungkin kejap-kejap lagi.

Esok kawan-kawan sekolah nak datang rumah makan-makan. Mother nak buatkan kuah lodeh. Aku tinggal bancuh kuah kacang instant, siapkan sandwich, air dan buah.

Lepas office nanti kena singgah mana-mana lah nak beli barang.

Semalam aku cakap kat mother, minat baru aku ni macam pakai banyak duit. Maklumlah diving suite seketul harganya lebih kurang RM500. Haritu aje aku beli mask, snorkle dan fin pon dah RM280. Nasib baik next diving trip jauh lagi. Sapa-sapa minat nak follow, roger i ols ok. 

Salam hujung minggu dari aku yang masih underwater lagi. 

Wednesday, September 23, 2015

pre-raya haji

Esok dah raya haji, tapi aku masih di office. Tadi habiskan last class for this semester, since next week akan start final exam.

Semalam aku post 5 story berderet kat blog. Rasa macam hebat aje. Padahal gambar dah upload siap-siap minggu lepas.

Cerita ceriti diving course belum masukkan lagi. Gambar belum asingkan lagi. Kerjenya gelak aje bila tengok gambar. Maklumlah, geng diving kata "asal aku toleh tengok aliaa aje, tengah selfie". OK itu obvious. Hahahaha.

Petang nanti nak pergi ambil satay dan ketupat yang dah tempah untuk makan-makan raya haji esok. Tahun ni pon family aku takde ambil bahagian kurban. Esok mungkin alim aje lah yang pergi tengok orang sembelih lembu. Tapi semalam dia kata kalau panas dia malas nak pergi. Hello kau duduk melesia yang memang iklimnya cenggini. Kau bajet omputih celup sangat malas layan. Hahaha.

Tapi kami Thailand celup sebab dah plan esok petang nak pergi makan boat noodle. Ape kau ingat Vivy Yusof aje boleh makan boat noodle masa hari raya.

Dan kami ialah raya style bandar kekonon sebab dah book nak tengok wayang esok petang jugak.

Kenapa teket wayang mahal gilos sekarang ek? Ambek kau RM19 seteket untuk preferred seat. Pening kejap.

Didoakan petang ni tak hujan agar aku boleh pergi swimming. Amin.

Tuesday, September 22, 2015

Open day

Saje nak share gambar open day IUKL haritu....

Kali ni buat kat faculty kitorang. So senang sikit nak adjust apa-apa yang nak dishowcase kan.

tengah explain pasal GPS receiver dan total station

hero remaja-purba. hehehehe gurau jek
Alhamdulillah kali ni punya open day capai target. We manage to maintain the quality of students even though we are IPTS. Seeing is believing kan?

Marilah kita bersukan

Setiap tahun pun ada sukan company kan. Tapi aku rasa tahun ni yang aku all out lah. Aku join 3 acara, futsal, netball dan volley ball. Futsal dan main minggu sebelum-sebelum ni. So masa hari sukan just main netball dan volley ball.

pagi haruslah power breakfast

marcing untuk perasmian hari sukan.

orang berucap, kau sibuk berselfie

pertandingan persembahan marcing dari setiap company




with abg hellis, senior pbsm ku itu, dah jadi colleagues

yezzaaa Jaguar menang marcing tahun ni, rampas balik piala pusingan dari scorpion




Lepas marcing, terus ke acara sukan pagi. Ada netball, sepak takraw dan indoor games - batu seremban, congkak dan bowling kelapa.







WD boleh, C boleh, WA pon bolehhhhh. janji jangan suruh aku shoot bola

lunch di papparich
Petangnya volleyball lelaki, wanita dan tarik tali.






Kesimpulan acara yang aku masuk, fitsal dapat no.2, netball no. 4 (last) dan volley ball no. 1.

OK la, enjoy sukan sukan ni. Kena maintain ni.

Annual competition, finally I've got it!

Yeah baby, finally I got it.

IUIIC ni annual event kat IUKL, Infrastructure University Invention and Innovation Competition.

Ni kali ke-5 tahun berturut-turut aku jadi committee, dan kali ke-3 aku masuk competition ni dan kali ke-2 menang, tapi kali pertama yang my own project. Masa first time tu project dengan mother, aku tolong present aje. Aku masuk 2 products. Menang satu product. Kali ni, my own idea and project, duduk buat program tu dengan student, datang weekend, after class, etc. Memang paid off. Alhamdulillah.

Aku committee bahagian booth set up. Tapi oleh kerana kena jadi multi-purpose, usherette pon aku jadi jugak. Terpaksa glamour kejap.

greeting line people

gambar wajib pose 'adik-beradik' di IUKL - kak lin, aku dan harold

committee from my faculty, missing kak siti

selfie corner katanya
Perasmian oleh big big big boss. Lepas perasmian big big big boss datang lawat booth.

big big big boss, big big boss, dan board of governor's member

project 1 team

Project 2 team

hardworking students


Settle judge assessment session, ada break sebelum talk dari pintas, agency untuk trademark, patent, etc. Kami boleh rest in between, pergi solat, makan, etc sambil orang ramai lawat booth.












Yeah we did it!

with kak siti. kak siti pon masuk 1 product dan menang.
Alhamdulillah. Semoga lebih bersemangat untuk improve lagi dari bidang RnD. Amin.

Coffee and food

Ha.. sekali update, terus cerita makan kan.

Haritu Ima dan Hilma bawak aku pergi satu kedai ni kat area stesen bas jalan reko. Pecel Lele Mbak Aan nama kedai dia.

ima order ayam penyet, aku order pecel lele. masing-masing tambah tempe goreng.

ya ampun bukkkkk sedap banget!!! serius sedap wei. tak tau la sebab keli tu baru goreng panas-panas lagi or sambal dia marveles. Boleh repeat lagi.

Tak lama lepas sesi pecel lele marveles, kami ngopi-ngopi lak. Ape lagi, haruslah coffee planet kalau aku kan.



Komdian, sesi tunggu menunggi di KPJ Kajang dimeriahkan dengan teh o panas dan sandwich tuna dari gloria jean's. Canggih kau ada kedai kopi mahal kat hospital mahal. Walaupon time tu dah pukul 10 malam, aku tetap makan sebab kelaparan lepas training petang tu. Eleh, alasan. Hahaha...

kopi mahal n sandwich mahal
Masa hari suka, kami lunch kat papparich IOI city mall tu. Kalau dah ke papparich, haruslah nak kopi ais dia. Terbaek kau.



Seperti biasa almost every week kena pergi makan boat noodle. Sedap sangat kuah dia entah ape dia letak entah. Pedas gile berair hidung pon tetapppp sambung mangkuk seterusnya. Kopi ais thailand dia takyah cakap lah. Memang forever sedap.


submit gambar ni masuk competition nak menang gi Krabi
Yang terpaling berdosa (sinful) sekali ialah....

roti kosong + kuah kari dan cal + telur separuh masak 2 biji + nescafe tarik
Order ni sebelum training diving kat pool. Gilo koooo sedap rupanya. Aku duk tengok orang buat, sekali aku try, memang sedap. Patutlah orang suka sangat.

OK enough of gambar makanan. Post lepas ni bukan pasal makanan.

Eh ye ke?