Friday, August 21, 2015

Sedapnyaaaaa air ni...



Keh keh keh, ingat kan kami aje yang rasa air seamaster tu macam air kelapa tak manis. Mother lah yang notice dulu rasa air seamaster ni. Lepas lepas tu aku pon jadi tak beli dah air seamaster ni. Tapi kalau pergi kursus or conference dan dapat air ni, minum aje lahhhhh..

Dah kami teringat, kalau kat UK nun, memang kami hantu minum tap water. Hantu air pon respect kami tau. Hahahaha. Seriously tap water kat UK memang sedap. Kami membawak perangai ke minum tap water kat Europe sekali. Sebab tap water kat situ semuanya safe to drink. Tapi yang direct kat tap singki dapur ajelah. Toilet cannot.

Mana nak carik?

Wednesday, August 19, 2015

berhati-hati di jalan raya

Selasa minggu lepas aku accident.

Kereta aku dilanggar dari belakang.

Minggu lepas ada beberapa hari yang hujan lebat waktu petang.

Masa hari kejadian, aku macam biasa, nak balik dari office.

Seperti selalu jugak, akan ambil PLUS highway dari Kajang ke rumah.

Masa nak sampai di area exit Bangi, kereta depan semuanya slow down. Hujan lebat gila, pakej dengan angin pon kuat.

Kereta semua slow down, sampaikan satu stage tu kereta depan aku semuanya berhenti.

As usual, memang aku akan jarakkan dengan kereta orang depan. Semuanya pasang lampu masing-masing punya lampu break pon on.

Aku di lane tengah. Bila aku berhenti, automatically aku tengok cermin pandang belakang. Ada kereta yang menuju ke arah kereta aku. Dalam hati aku kata, wah, laju betul kereta ni. Saja aku tekan-tekan lagi break kaki aku supaya orang belakang tu nampak. In a split second, BUMMMMM.

Aku dan kereta aku tersengguk ke depan.  Mula dengar suasana luar kereta dengan makin jelas. Bunyi hujan pon makin jelas. Aku tengok cermin belakang, pecah semuanya.

Terus aku on kan hazard light kereta. Slow-slow aku drive kereta ke tepi jalan. Orang yang langgar aku pon follow sekali. Kami park tepi jalan, di antara jalan utama PLUS highway dan lorong orang yang baru keluar dari tol Bangi nak masuk PLUS highway. Aku stop aje kereta, offkan engine. Ambil semua barang-barang aku, masukkan dalam handbag, sling handbag tu across my body. Slow-slow aku buka pintu kereta sebab walaupon hujan lebat, kereta masih laju. Maklumlah, highway kan.

Aku terus ke belakang kereta, ambil gambar bahagian belakang kereta aku. Hancusss.

Tiba-tiba ada satu kereta berhenti di antara kereta aku dan kereta orang yang langgar aku. Ada orang keluar dan tanya aku nak ke mana, aku nak balik hala ke mana dan arah mana, nak hantar kereta aku repair kat mana, etc etc dengan cara memaksa. Aku cakap baik-baik dengan orang tu, takpe encik, saya nak jumpa orang belakang dulu. Dia hulur kad dia, aku ambil dan masukkan dalam handbag. Aku terus pergi kat kereta orang yang langgar aku tu. Dia tak keluar dari kereta. Aku suspect dia takde payung.

Dalam nervous, aku beranikan aje diri. Mane tau dia nak mengamuk ke ape kan. Tapi, orang tu baik sangat. Dia pon dalam keadaan terkejut jugak. Aku buka aje pintu passenger, dia terus cakap, saya minta maaf, saya tak perasan dan tak sengaja. Fiuhhh lega aku, reaksi dia takde amukan di situ. Alhamdulillah.

Kami discuss, sambil aku berdiri kat luar pintu passenger dan pegang payung. Dia terus bagi business card dia, dan nombor handphone dia. Aku terus masukkan dalam handphone aku dan aku call dia, supaya dia dapat nombor phone aku. Discuss punya discuss, termasuk kami agree untuk buat report polis masing-masing. Guarantee aku kena claim insurance punya dan dia pun agree. Aku inform dia aku nak ambil gambar kereta dia, dia pun agree dan minta aku hantar gambar tu kat dia juga. Kami bertukar gambar IC masing-masing untuk memudahkan process report nanti. Alhamdulillah mudah betul deal dengan dia. Orang yang melanggar tu lelaki berbangsa cina.

Selesai semua, aku masuk balik dalam kereta. Start terus engine dan jalan slow-slow balik rumah. ada lagi 10km lagi tapi aku drive 60km/jam sebab bumber belakang stuck kat tayar belakang. Lagipon cermin belakang pecah semuanya, tak boleh bawa laju sangat. Aku decide nak pergi buat report polis lepas maghrib nanti aje. Masa nak exit tol kat rumah aku, kad plusmiles aku tak boleh dibaca. Patah rupanya. So bayar manual.

Lepas maghrib, aku, mamat dan mother pon bergerak ke balai polis Bangi. Tapi polis kat situ nasihatkan untuk aku terus pergi ke balai poling Kajang, sebab kat situ ada bahagian trafik, terus boleh ambil gambar dan jumpa pegawai penyiasat. So kami pon pergi ke balai polis Kajang. Buat report, jumpa pegawai penyiasat, dan gambar diambil. Kami diapproach juga oleh seorang yang claim dirinya boleh tolong memudahkan proses claim insurance tu. Kami ambil jugak no telefon dia tapi tak confirm deal lagi. Lepas tu balik rumah. Selesai. Alhamdulillah.

Esoknya Rabu, aku ambil emergency leave. Dalam jam 10am macam tu, orang yang langgar kereta aku tu whatsapp bagitau dia dah settle buat report polis dan bagi no rujukan kes kat aku. So aku dan mother pon pergilah ke balai polis Kajang untuk beli laporan dua-dua pihak. Sebelum tu aku dah call Perodua Nilai, dan minta senarai dokumen yang diperlukan untuk bawa ke sana, untuk repair dan claim insurance. Dokumen yang diperlukan salinan insurance kereta aku, salinan geran kereta, salinan IC dan lesen aku, salinan IC dan lesen mother (owner kereta) dan laporan polis dua-dua pihak (dari aku dan orang yang melanggar).

Selesai beli report di balai polis Kajang, balik semula ke rumah dan ambil kereta aku. Aku dan mother konvoi ke Perodua nilai dan terus jumpa dengan orang yang aku call tadi. Serahkan semua dokumen dan dia terus buka fail untuk proceed claim dan repair kereta aku. Sign di borang, tinggalkan kereta dan selesai semuanya, Alhamdulillah.

By the time 1.00pm macam tu, semuanya selesai. Aku dan mother, masing-masing kami kelaparan, terus ke Cyberjaya pergi makan boat noodle.


Mudah aje nak claim insurance ni sebenarnya. Cuma perlu tahu nak contact siapa. Dalam kes aku ni, ada 2 orang yang approach aku untuk tolong jadi "runner", tolong mudahkan kerja aku. Sorang yang berhenti tepi jalan tu dan sorang yang approach kami kat balai polis Kajang tu. Diorang pon tak salah sebab itu sumber pendapatan mereka. Tapi bagus kalau kita sendiri tau procedurenya dan kalau mampu buat sendiri prosedure tu satu-satu. Kalau tak mampu, tak salah minta bantuan khidmat runner ni.

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Aku masih diberi peluang lagi untuk hidup di muka bumi ini. Allah nak tegur aku tu.

Tuesday, August 18, 2015

tak habis raya lagi? tak habis-habis makan sebenarnya

Makan tak menganal erti penat kan? ahaahahaha memang patutlah kita kena puasa setahun sekali kan. bilalah aku nak start puasa isnin khamis ni kan. haishhh...

 anyway, sabtu 2 minggu lepas, kawan-kawang japan trip datang ke rumah. sebenarnya dah berzaman bertangguh nak masakkan untuk diorang. nak lasagna katanya. dari lepas balik jepun, membawak ke ramadhan, membawak ke syawal. akhirnya...

dah alang-alang nak buat lasagna tu, aku buat sekali lah speghetti aglio olio yang aku letak seafood. yang aglio olio si eda yang kasi cadangan. memang cun lah, rasa bagaikan makan di italy. hahahah yeke?

aglio olio seafood idaman eda

beef lasagna dambaan shah. terima kasih kerana membawakkan doc mart ku itu dari Shibuya ke Akihabara ke Euno, ke Asakusa ke Narita, sampai ke Malaysia.

Pastu aku letak salad dan buat strawberry pie jugak, macam aku buat untuk kawan-kawan soup kitchen haritu.


testing iphone 6+ siti baru katanya!



gambar yang upload kat ig

bestlah borak-borak, sambil tengok runningman, sambil makan coklat, sambil makan kuih raya, sambil minum kopi korea sebab kopi jepun takde.

Thank you for coming...

Next, cerita mother datang beraya.

Ini ada gambar sebab si shah tu rajin nak ambil gambar dan set up camera kat atas iron board dan edit gambar kasi cun. Kalo aku, belum tentu snap gambar. Hahaha. Tengoklah, tabah ke tak tabah.



Lain kali kena standby tripod.

Monday, August 17, 2015

Officemate datang beraya

Aku tak kira, nak cerita jugak walaupon raya dah habis Sabtu kelmarin.

Hari khamis 2 weeks ago kan kawan-kawan soup kitchen datang beraya malam. So dah alang-alang aku ajak je officemate datang lunch on that Friday. Officemate perempuan je. Sebab orang lelaki kena pergi solat jumaat. hehehe...

Adegan agak kelam kabut pagi tu sebab bila aku siap aje buat white sauce untuk pasta baked aku dan siap aje rebus pasta nya, gas pon habis. haaaaaa amekkaw...   tapi lepas tu aku just proceed aje buat pasta baked memikirkan nanti nak pakai gas untuk goreng ayam drummet ayamas dan ramlee aje. So aku just proceed assemble 4 tray pasta baked. Nasib baik red sauce aku dah buat malam sebelumnya sekali dengan buat hidangan kawan-kawan soup kitchen tu.

Lepas tu aku pergi office macam biasa. Aku balik dari office awal sikit dari lunch time nak settlekan hal gas. Aku dah call petronas pagi tu, tapi diorang hanya boleh buat delivery gas lepas jam 4 petang. So sebelum sampai rumah, aku singgah lah kedai runcit kat area rumah aku tu. 3 kedai runcit aku pergi, tiga-tiga takde delivery. Kena buat manual lah nampaknya. So aku cepat-cepat balik rumah, ambik tong gas, masukkan dalam kereta dan pergi kedai. Beli gas tukar tong, then balik ke rumah. Aku seret/golek aje tong gas yang berisi tu. Tak larat nak angkut. Tapi kiranya kuat jugak aku kan. Hahahaha ok perasan.

Aku pasang aje gas, terus letak kuali dan minyak. Nak goreng drummet. Pasta baked 2 tray aku dah masukkan dalam oven dan on terus.

Sempat lah 1 round pasta baked siap masak dan 3 round goreng drummet sebelum first tetamu sampai. So just nice aje lah. In the mean time aku siapkan potato salad dan keluarkan salad. Nasib baik potato dah siap rebus semalamnya dan salad dan siap basuh semua. Buah pon dah siap potong so tinggal keluarkan dari fridge dan letak atas meja. Pinggan dan cawan pakai polisterin aje, sebab tak cukup yang aku punya stok. Maklumlah, rumah orang belum berkeluarga. Heheheeeee...

Oleh kerana masih busy continue goreng drummet dan masukkan lagi 2 tray pasta baked untuk dibakar, gambar ape semua makanan tak sempat snap.


Gambar ni aje yang ada. Itu pon dari phone member.

Alhamdulillah semorang makan kenyang-kenyang dan bagi bungkus sekali untuk yang tak dapat datang.

Ada rezeki, insyaAllah tahun depan boleh buat lagi.

Just nice aje timing, pukul 2pm camtu semorang dah balik. Aku pon siap-siap dan balik office. So memang sesuai lah waktu lunch hour hari Jumaat tu.

Thank you so much for coming...

Friday, August 14, 2015

Big big big boss belanja makan raya

End of July haritu, big big big boss belanja makan. Well actually big big big boss kasi duit suruh buat jamuan raya untuk staff for the whole company. One of my office mate jadi committee untuk hall decoration, so dia ajak aku dan 2 orang lagi office mate lain untuk join committee dia. Haruslah aku suka, KPI this year untuk company's event dah settle kat situ. I very the like.

So seminggu sebelum, kami dah start pergi beli barang-barang. Lepas tu start buat kerja. Ada part yang kitorang buat sendiri, ada part yang minta tolong technician kat office bantu buatkan, ada part yang sewa, ada part yang beli.

Aku rasa aku puas hati dengan overall deco. Maklumlah, yang ahli committe pon ada 2 orang land surveyor, 1 orang building surveyor dan 1 arkitek. Kira jadi lah, simple and nice.

Layan gambar hokey.


belakang tu main deco for the hall. Make do apa yang ada.

lampu warna warni buat sendiri tau

pinjam periuk masak sup dari masjid

sebelum orang penuhkan hall

red carpet

tetiba match dengan si azam ni ha

backdrop bersama alat muzik tradisional

with one of the big big bosses, Puan Marina (tudung kelabu)

opening dance

ultimate selfie for the day
Settle makan, kami pon balik ke office. Sambung lagi posing kat office pulak. Hahahaha dasar takde kerje.






dengan anak kawan sebelah faculty.

Habis event pukul 3pm lebih camtu, kami pon pergi balik ke hall sebab nak kemas pulak. Sebelum cabut semua benda-benda, kami pose dulu atas stage.



Thanks big big big boss. Makan sedap. Ayam golek sedap. Nasi minyak sedap. Laksa sedap. Cendol sedap. Semua sedap lah.

Friday, August 7, 2015

Geng soup kitchen datang beraya

Malam semalam geng soup kitchen datang beraya. kawan-kawan ni kawan office tapi tak sama faculty yang selalu pergi kechara soup kitchen sama-sama dengan aku. Aku buat simple je, ayam bakor, pasta baked, salad dan potato salad.




ayam bakor pojaan hati intan. marinate pakai cyenne pepper, chili powder, kunyit, garam, garlic powder sikit, rosemary, thyme, rempah kari, olive oil, madu dan brown sugar.

salad iceberg dan tomato. telur tu dapat pergi aqiqah haritu. jangan membazir konsepnya

potato salad simple. rebus potato, letak mayonaise, potong daun bawang dan tabur black pepper. gaul, siap.

side elevation pasta baked katanya.

oh dan semalam, aku buat strawberry pie crumble. haritu masa maisarah pergi cameron, aku pesan dried strawberry dari dia. pastu banyak lagi tak habis makan. ada member datang rumah haritu dia suggest buat filling pie. So aku beli instant pastry puff kat kedai, masukkan dalam foil, buat crumbled untuk topping dia. yang dried strawberry tu aku masak balik dengan air dan air jagung.

buat saiz kecik je, senang makan.
Thank you Intan, Kak yan and Dr Niza for coming. nanti datang lagi ok!

Thursday, August 6, 2015

hujan pagi ni

sampai je office, kelentung kelentang (bukan memasak ya), pergi cafe. cari nescafe dan breakfast. hailahhhh masih tak boleh nak cari pengganti nescafe. biasanya aku akan bawak kopi 3 in 1 yang CF by kim tae hee dari korea tu. tapi pagi ni terlupa, nak cepat sangat pergi cafe. cet.

tengah makan sambil borak dengan kakak-kakak fakulti sebelah, hujan turun... sejuk sikit pagi ni. sejuk sejuk pon, kelas mestilah kena proceed. tapinya harini takde kelas. so bolehlah siapkan mengarang thesis dan menyiapkan soalan final exam.

hujan ni boleh kasi kegembiraan dan kegusaran. semalam terbaca kat FB raja shamri, dia dah start risau bila almost everyday dah start hujan. maksudnya musim hujan-hujan dah akan tiba. kerisauan dia sebab yang third force bantuan di kelantan tak habis settle lagi siapkan rumah dan supply barang-barang yang diperlukan untuk mangsa banjir tahun lepas. dan memang merisaukan bila hujan-hujan ni start menjadi kerap. kita kena sentiasa doa agar mereka yang membantu tak putus-putus ni dipermudahkan urusan dan mangsa cepat dapat bantuan dan teruskan kehidupan seperti biasa. insyaAllah.

hujan juga, maksudnya laut akan bergelora. aku ada plan nak pergi ambil diving course. tapi of course lah kena ikut jadual yang disediakan oleh jurulatih, yang follow pasang surut laut. deep sea katanya, haruslah kena consider itu semua. harapnya dapat tarikh yang dipilih. alamak, tapi tak bagitau mother lagi. tapi takpe, mother baca blog aku ni so... motherrrrr saya nak pergi ambil diving course, tapi tarikh belum confirm. opocot!

hujan pagi ni, nasib baik aku tak de siap baju kat balcony. memang plan nak basuh baju malam ni. memang lah perangai aku suka basuh dan sidai baju ikut suka hati bila nak basuh dan sidai. kalau ala-ala nak basuh tengah malam, lepas siap je terus aku jemur. orang jemur kat matahari, aku jemur kat bulan. pon boleh, dilema wanita bekerjaya. yeke? nasib baik aku rajin sikit lah basuh sendiri dan sidai sendiri. kalau aku malas, maybe aku akan buat lawatan ke dobi DIY je nanti. dah ada 3 bijik dobi DIY kat area rumah aku tu. pilih je mana nak.

bagus jugak hujan pagi ni. semalam aku terlupa nak siram pokok aku. harapnya dapatlah pokok aku tu air sikit dari air hujan. dasar pelupa dan pemalas tapi nak ada pokok. cet.

Wednesday, August 5, 2015

Musim nyamuk

Seminggu dua kebelakangan ni, teruk aku kena gigit nyamuk. Paling tak boleh belah, sambil tidur sambil menggaru. Esok pagi, dah berkesan kat kulit. 

Paling tak boleh belah, kena gigit kat kaki je. Ke tu nasib baik? Tapi part kena gigit kat tapak kaki yang paling tak tahan. Rasa nak garu dengan berus sabut. 

Aku tak sure aku duk kena gigit nyamuk kat office ke kat rumah. Dua-dua tempat dah lama takde aktiviti fogging. 

Ubat nyamuk jangan cakaplah. Kalau kat rumah, tak cukup dengan ubat nyamuk letrek, spray nyamuk pon aku guna. Ada 1 malam tu sampai aku letak spray sebelah katil aku. Macam teruk sangat aktiviti kena gigit ngamuk. Paling menyampah, bila dia terbang kat tepi telinga. Dengar pulak tu. Takkan nak spray telinga lak kan. 

Akhirnya, aku beli bende alah yg bau serai wangi tu. warna hijau bekas dia. 

Kalau kat office tu, aku letak kat bahagian kaki. Kalau kat rumah, aku letak kat ruang tamu, dapur dan bilik aku. Of course ubat nyamuk masih on seperti biasa. 

Nyamuk yang gigit aku ni aku tak sure jenis ape, sebab bila kena gigit, gatal dia tu berhari jugak penangan dia. Aku letak cream gamat lah, kasi kaki sejuk lah. Akhirnya aku beli......


Mopiko!!!

Serius hilang gatal. Kena rajin sapu lah sampai hilang kesab gigitan nyamuk tu. 

Aku seriauuu je kes kes nyamuk ni. Mohon dijauhkan benda pelik-pelik. Amin. InsyaAllah. 

Monday, August 3, 2015

weekend - raya - wedding - raya

Sabtu ahad memang tak sempat nak update cerita ceriti. Maklumlah, kekonon busy pergi jemputan kat rumah orang. Ewah, macam glamour. OK bye.

Sabtu, ada 3 tempat aku pergi.
1. Rumah Izzat Izuddin (penyanyi lelaki yang lagu pulangkan - misha omar). Ada Aqiqah anak dia yg ke-3. Baby boy comel gile. Kat Bandar Tun Razak.
2. Rumah Eda. Gang Japan. Kat Wangsa Maju. 
3. Rumah Kak Mala, kakak office depan.

Ahad, aku pergi 3 tempat jugak.
1. Wedding officemate, Azrin dan isterinya di Shah Alam, seksyen 24.
2. Makan-makan raya rumah Hanah di Shah Alam, seksyen 8.
3. Makan-makan raya di rumah by x-student UPM, Bell di Puchong.


Tak banyak gambar yang aku ambil. Ada yang terlupa nak snap gambar.

Pagi sabtu tu, aku jadi cinderella dan ahjumma cleaner dulu. bangun pagi, lepas pekena kopi secawan, terus vacuum 1 rumah dan mop 1 rumah. kemas dan simpan barang-barang kat dapur dan depan. nasib baik takde kasut kaca. eh?

lepas tu aku pergi rumah izzat izuddin konvoi 2 kereta dengan mother. Actually ni jemputan untuk mother tetapi aku kan vip jugak so haruslah aku follow. hahahahaha. ok, tak kelakar. kami konvoi 2 kereta sebab lepas rumah abg izzat, mother nak terus balik dan aku nak pergi wangsa maju. so aku park kereta di UPM dan pergi 1 kereta ke bandar tun razak. sebab majlis aqiqah haruslah ada kambing golek. kemain sedap kambing golek tu pastu makan dengan nasi tomato, ayam masak merah bagai semua. siap ada rambutan jugak. banyak dah project-project composing dan nyanyi lagu between mother dengan abg izzat ni. so lepas mereka dah discuss on the next potential project, kami pon beransur balik. by the way aku mengharapkan dapat jumpa siti nurhaliza kat rumah dia tu (sebab adik dia, nana, ialah kawan maisarah dan kerja kat simplysiti jugak) tapi mungkin siti nurhaliza tak nak jumpa aku. eh? ok abaikan.

lepas tu, kami balik ke UPM. aku ambil kereta aku dan terus menuju ke wangsa maju. mother ialah balik rumah sebab nak pergi open house jiran sebelah (yang akhirnya tak pergi dan hanya mamat, alim dan zulhelmi yang pergi). aku sampai wangsa maju, gang lain dah habis makan. tapi aku tetappp makan jugak tak kira. mak eda buat nasi minyak bagai semua, haruslah nak kena makan. sedap kemain. pastu borak-borak sambil ngopi dan makan bread pudding dan brownies. pastu borak lagi sampai petang. sebelum balik, snap gambar dulu.



 Next trip ke mana kita?

Aku sampai rumah just before maghrib. so lepak-lepak kejap sambil bersiap. lepas isyak terus ke desa surada, kat sungai ramai dalam (tempat aku bertendang). open house rumah kak mala, kakak kat admin office depan. makan pulak mihun sup dan ayam bakor. kambing bakor pon ada tapi tak sempat tunggu dia masak. borak-borak dengan officemate yang faculty lain jugak yang datang, lepas tu aku minta diri.

kiri - kak mala, aku, Dr Noor

balik rumah, singgah rumah mother dulu, borak dan barulah balik rumah.  sampai rumah, kemas rumah semua dan tengok tv. pastu tidor.

ahad pagi lepas pekena kopi secawan dan beberapa ketul kuih raya, aku pon bersiap dan bertolak ke shah alam. lalu ikut skve yang lalu depan office aku tu, berkonvoi dengan kak faiza. kami pergi wedding azrin dulu. azrin ni officemate sefaculty. comel wife dia. tapi aku still tak dapat makan kek pengantin. what's with kek pengantin dan tetamu jarang-jarang dapat makan dan rasa???

anyway, kami sampai almost at the same time. kak siti bertolak dari rumah nya di cheras. hanah pulak memang kak long kawasan shah alam. sampai je dewan kami terus masuk dan makan.







lepas dah makan, hanah dan kak faiza dan anak-anak mereka pon bergerak dulu ke rumah hanah, bebudak dah crancky dan boring main dalam dewan. aku dan kak siti menunggu ruby yang sampai lambat sikit. ruby sampai aje, terus kami teman ruby makan. lepas tu bergambar bersama pengantin.  Selamat pengantin baru Azrin & Diana. Semoga kekal bahagia selamanya amin...


settle semua kami terus ke rumah hanah. hanah masak soto you all. aku makan soto 2 round, lepas tu pekena kopi import jauh dari England kampung ku itu. Lepas tu layan borak sakan di selang selikan dengan makan maruku dan kopi round 2. 

lewat petang kami semua beransur balik. aku teruskan perjalanan ke rumah last, rumah Bell kat puchong. makan pulak lasagna dan macaroni sup. just after maghrib aku pon bertolak balik dan sampai sebelum isyak. 

Syukur alhamdulillah jalan semua tak jem.  

So perut dah penat kan? Jom sambung puasa harini.