Tuesday, March 17, 2015

Lemau tahap dewa dewi

Mengada nya lah aku rasa diri aku ni. Aku touched down KLIA jam 3.45am ahad haritu. Gedebuk gedebak immigration, tunggu luggage, kastam dan keluar. Memang dah menyebut-nyebut dari Japan yang landing je kat Malaysia, nak makan nasi lemak. So kami pon naik ke level 5 makan nasi lemak kat Old Town White coffee. Tak lama lepas tu mamat dan ayah datang jemput. Masa hantar haritu mother, mamat dan alim yang hantar. 

Sampai je rumah, mandi, subuh dan tidur. Pukul 10am bangun dan kemas bag, basuh baju semua. Kemas rumah, ngopi, sidai baju, dan bersiap nak pergi kenduri. Ha kau, balik oversea bukan takat dapat nasi lemak, pakej dengan nasi minyak!

Kenduri sedara mara, haruslah kena lepak lama sikit. Almost asar baru balik. Terus pergi berlepakan di rumah mother cerita ceriti tak habis-habis, maklumlah nak kena update gossip 9 hari. Tapi aku balik rumah agak awal, before 10pm. Sampai rumah terus isya' dan tidur je. 

Esoknya semangat dan azam sangat tinggi nak pergi kerja. Lepas bersiap terus pergi kerja, pakej breakfast dengan kak faiza nescafe kaw dan lunch bersama mother. Petang lepak ofis tapi mata macam kena gam. Lepas asar tertidur sampai almost 7pm. Kegilaan apakah ini tidur selepas asar. Ceh. 

Malam kelas zumba kensel lah pulak. Tapi tak pergi rumah mother dengan azam nak vacuum dan mop rumah. Tapi harapan tinggal harapan, terjelepul tidur lepas isya' sambil cerita madu tiga tengok aku. 

Pagi tadi pergi office juga seperti biasa. Namun tertidur lagi at 10am. Kemengadaan apakah ini. Lalu lepas setengah jam aku pon bangun dan jogging setempat dalam office. Tak boleh layan sangat mengada ni. Aku pon buat-buat busy kehulu kehilir. Lewat petang aku ke UiTM Shah Alam kutip widad dab bawa dia nak visit Vivy yang kena warded Di KPJ Klang. Then kami dinner sama sebelum hantar dia balik kolej. 

Oleh kerana mother bercoti bersama alim di Melaka, aku pon takde hala tuju. Maka aku baru settle lap kipas ruang tamu dan bilik aku, vacuum dan mop satu rumah. Tiba-tiba rasa tangan bermuscle. Sikit je tapinya. 

Yang penting, kurasakan rumah sangat bersih dan bagaikan mahu tidur atas lantai malam ni. 

Thursday, March 5, 2015

Dah isi e-filing kah?

As usual, start aje bulan March, mesti kita semua berpusu-pusu nak isi e-filing. Maklumlah, ada yang akan dapat bayaran balik cukai terlebih bayar. In my case, insyaAllah aku akan dapat cukai terlebih bayar tu. Duit belum dapat lagi tapi dah plan macam-macam kalau dapat balik duit cukai tu. Planning pulak bagaikan dapat RM1 juta. Tapi takpe, plan tak salah pon kan, free je hahaha.

Tapi kan, macam mother, beliau choose untuk forwardkan ke zakat. Aku memang buat potongan zakat pendapatan daripada gaji. Nantilah aku nak tanya HR aku kalau boleh buat macam mother. Bagus jugak kan.

E-filing dah ada interface baru. Senang gila nak isi dia. Readykan aje EA form masing-masing kat tepi keyboard.

Isi, jangan tak isi beb!

Wednesday, March 4, 2015

KSK again

This time ada 3 orang akauntan dan sorang nurse yang join jadi volunteer di route kami. Wah, memunya nampak route Dang Wangi ni. Well, nak jugak tak kira.. 

Mother sampai risau, katanya dalam pada aku tengah busy sana sini, masih sempat lagi nak ke KSK. Kali ni aku rasa kena pergi sebab these next few weeks aku takkan dapat pergi, due to jalan, kerja, dan sebagainya. 

Kali ni, banyak makanan lebih, separuh daripada jumpah makanan yang disediakan tak dapat nak diberi. Sebabnya, homeless tak ramai. Mengikut cerita homeless yang ada, beberapa hari sebelumnya pihak berkuasa buat rondaan dan tangkapan. Siapa yang positif dadah dan alcohol level tinggi, kena tangkap. 

Walau macam mana pun, misi tetap kena teruskan. As usual satu set makanan ada makanan berat (nasi / burger), roti krim, biskut, buah dan air mineral. Kalau biskut dan air kita boleh carry forward sebab expiry date jauh lagi. Yang lain-lain kena give out. So kami bagi semua double set nasi, buah dan roti. Harapnya diorang boleh simpan roti dan buah untuk sarapan esoknya. 


Settle semua, memang penat. Tapi satisfy, alhamdulillah. 

Esoknya jetlag, bangun pukul 9am. Hadoi...

Adv : Bicycles (mountain bike), Classical guitar and Small English houses (stone) for sale.

1. BICYCLES (MOUNTAIN BIKES) - SOLD





Subject: Bicycle (mountain bike) - RM250 each

Two (2) bicycles (mountain bike) for sale, RM250 each.
Original price is RM450 each.
If you buy both, you will get another bicycle for free (green colour).
Condition = 9/10, only be used two (2) times.
Free bicycle lock will be given.

Reason for selling : owner originally bought this bicycles for exercise but
after second bike ride session, doctor advise not to continue.


2. CLASSICAL GUITAR







Subject: Classical guitar (new) - RM700 (ONO)

Including -
Guitar bag;
Books (2);
On warranty - see receipt (until November 2015);
Original price : RM705.

Owner reselling the unused guitar - change of interest.


3. SMALL ENGLISH HOUSES (STONE) 

House scale to a ballpen


Subject: Small house model (stone) - English house - RM10 each

English house models for sale.
Bought in United Kingdom, more than 50 pieces.

Price : RM10 each, buy 5 free 1.

Reason for selling : no place to display in the house.






Note :
1. COD area Kajang / Nilai
2. Contact : 016-2986114 (Dr Normaliza) via Whatsapp only.

Tuesday, March 3, 2015

Canggih sungguh sekarang

Aku duk testing-belajar pakai gopro ni. Best giller! Gambar pon cantik. Kena polish skill lagi camni.


3 more sleeps.