Friday, February 21, 2014

Muda remaja

Yang bawah ni konfem gambar masa aku muda remaja. Teenagers you all!!!

Ok dah. Sekarang tetiba tinggal muda je. Dah tak remaja dah.

alhamdulillah... makan-makan...

akhir bulan january lepas, aku buat makan-makan di rumah sewa baru. ajak ahli keluarga je. itu pun dah cukup meriah.

sehari sebelumnya, dah pergi giant mines shopping barang barang yang nak dimasak dengan mother. then aku pun dah order cake dari member sekolah rendah, intan.

kali ni order dengan intan rainbow cake dan chocolate moist cake.

makanan yang aku masak ialah meehoon goreng dambaan ramai  yang banyak sayur as requested by mother (ewah, perasan), dan nasi putih dengan kari ikan siakap dan ikan keli goreng.  then tambah dengan ayam goreng KFC (maisa belikan siap-siap before sampai). air kita minum orange twister aje senang saja bah... then aku ada buat apam tepung gandum favorite mother.

sekali dengan ni, kami buat baca yaasin, doa selamat dan doa arwah as well as birthday celebration untuk Lana yang ke-3. actually birthday Lana 8 August 2010 tapi mak pak dia tak sempat buat haritu. takpe, maklong buat. no problem. maklong kan terpaling Lana, Sofea and Vivy punya favorite person dalam dunia kan kan kan..

sofea kagum tengok fish. nasib baik dia tak sempat capai.


alim operasi tiup belon




eman tu nak lawan perut dengan father ke.

siapa yang over nak birthday party ni?







tak sure ape yang jadi masa ni

the other way round, Sofea.

captured by Lana. maklong "nampak" kurus



as usual kerja grandma ialah jaga cucu.

nampak tak TV 62 inchi i ols tu...

Lana ambil gambar grandma nak tidurkan vivy

tadaaaa cakes nya...



masak simple-simple je, tapi alhamdulillah semorang suka. yang penting, semorang kenyang dan happy.

bulan 3 nanti turn rumah semai pulak. aku dah cop nak bawak nasi briyani. orang lain sila bawak benda lain okeh.

Thursday, February 20, 2014

IOU cerita ceriti cameron highland...

aku, alim, widad dan mother pergi cameron, 30-31 december 2013 yang lepas... alah, yang aku duk janji dulu nak cerita tu...

sorry you all, tak lupa sebenarnya.. nak cari masa duk upload gambar dari camera lah, mobile phone lah.

anyhooooo kami pertolak dari rumah lepas subuh. gedebuk gedebak breakfast dekat Mc D on the way nak masuk PLUS highway. area kota damansara kalau tak salah, tepi highway yang ada sekali dengan petronas tu. 




kitorang naik cameron ikut tapah. dari PLUS highway exit tapah, keluar tol, ada simpang 3, belok kiri. terussss je, akan lalu sekolah menengah sains tapah yang baru tu, the akan lalu tempat camping sungai woh.

lepas dalam 30 minit, akan lalu lata iskandar....



 widad dia mabuk on the way naik cameron tu. so dia tidur je. alim dia tak mabuk, tapi dia tetap tidur jugak. hahaha.. mother la layan aku drive dan borak.

lepas area ringlet, dah feeling nak sampai lah kekonon.. tapi aku terlupa yang last time aku naik cameron ialah awal tahun 2012. naik punya naik, akhirnya sampai lah kat tanah rata. kami pass through tanah rata dan terus ke brinchang. since kami kenyang lagi, kami decide nak pergi strawberry farm di brinchang.

oh the way tu kami singgah di taman sedia dulu, beli jem strawberry, juice strawberry dan strawberry syrup. pastu siap makan dulu ice cream malaysia perisa strawberry.






sampai di strawberry farm di brinchang, kami nak petik strawberry asalnya. tapi sebab end of school holiday maka strawberry pon dah habis. so kami just jalan-jalan, ambil gambar mengarut-ngarut dan beli strawberry shake dan mother punya salad-ape-entah-nama-dia shake.  pastu siap beli lagi salad fresh.









by the way, nama tempat ni big strawberry farm kalau tak salah. lepas tu kami turun balik ke tanah rata untuk lunch. kami lunch kat pekan tanah rata tu, yang ada macam sederet sederet kedai makan, opposite starbucks tu. tapi tak banyak kedai bukak dan choice sangat limit. so kami just order nasi ayam and order extra ayam goreng buat ratah-ratah. 



lepas lunch kami terus ke hotel nak check in. kami duduk equatorial hotel, so naik balik ke brinchang. sebelum tu singgah kea farm yang just before equatorial hotel untuk beli sayur-sayur dan strawberry bagai semua.


di equatorial kami ambil apartment with 2 rooms. bilik dia kemas, bersih. cuma maybe sebab jarang orang duduk apartment ni so agak berbau kayu keadaan dia. tapi paling best sebab tengok luar balcony je terus ladang sayur.










selesai solat and all, kami pun gerak ke BOH tea plantation, sungei palas. kat situ, aku makan scones dan strawberry jam and of course teh tarik you all. kanak lagi 2 orang ni diorang macam biasalah, belasah je mane yang nampak cantik. 





























then kami naik lagi, ikut jalan yang sama, ke mossy forest. aku pernah pergi mossy forest ni 2 kali sebelum ni. tapi kali ni maybe sebab dengan cuaca drizzling, kami tak masuk ke bahagian dalam sangat hutan tu. jalan nak ke mossy forest tu pon memang berliku.. kena hati-hati drive..











bila dah lewat petang tu, cuaca makin sejuk. kami duk geletar-geletar sambil ambil gambar. tapi tak kira, nak jugak posing maut. lepas tu, dah penat-penat, kami makan steamboat di sebelah smokehouse hotel, in between brinchang dan tanah rata. kedai steamboat ni  agak famous sebab ramai orang suka makan kat sini. pakej dia RM40 untuk 2pax kalau tak salah. aku pernah makan kat sini sebelum ni. cuma agak mengecewakan kali ni kuahnya tak berapa sedap.








memang makan marathon betul... kami tak dapat habiskan pun sebab banyak gile kot. kalau tau order untuk 2 orang je (minimum order 2pax). lepas tu kami balik ke hotel. cuaca memang sejuk. fefeeling duk hengland pulak bila pakai stoken dan jacket masa tengok tv. ceh.

esoknya kami bangun awal, siap siap kemas semua dan checkout lepas breakfast. 

















hotel ni kami ambil sekali dengan breakfast. tapi tak termasuk sekali dalam package bilik so add on kemudian. lepas breakfast dan check out, kami singgah balik kea farm, nak beli keychain dan fridge magnet untuk kawan-kawan alim. lepas tu kami singgah ke cactus farm beli pokok nyamuk dan cactus.





settle semua, kami isi minyak penuh di brinchang sebelum turun bawah.

perjalanan balik alhamdulillah smooth je. sampai rumah, terus basuh baju yang dibawak.

then... petang tu, aku jumpa tuan rumah untuk ambil kunci rumah sewa aku dan bayar deposit. mother ada sekali borak-borak dengan tuan rumah. esoknya, aku pun operasi pindah...

cameron highland.. best pergi kalau time bukan cuti sekolah.. or else ada banyak kekurangan (tak dapat petik strawberry) dan service di beberapa tempat pun kurang memuaskan sebab ramai sangat orang.