Wednesday, July 31, 2013

webcam.. testing..






aku tak pernah upload di blog yang diambil dengan webcam di netbook ni. cool jugak ye. macam boleh buat live update lagi. alaaaa, tapi sekarang dah ada blogger for android yang boleh update online thru phone je. ketinggalan sangat aku kan. kata gadjet freak sangat. freak lah sangat lah pulak dah...






test week

i've decided that i'm having test for all subject that i'm teaching this semester on this week. hence, no class preparation but test question preparation instead. although most of lecturers will recycle their questions including me, but i like to make every semester different in my kind of way.

for example,for 1-2 subjects, i usually allow open book test for test 2, but instead, i'm allowing open book test for test 1 (this time is test 1 by the way). the reason being is that this semester's student they feel like they don't have time to study since they are in their final year and they have many assignments and projects to handle. so, yes i allow them to have an open book test 1. but you should look at their faces when they were answering the questions while flipping through the notes and books that they brought. after 20 minutes, one of them raised up his hand and said "Miss, for the other subject, can we pleaseeeee not have an open book test". then i asked "why?". he answers "i can't find the answer anywhere, miss".

ok, now only they understand what test really means.

and i am teaching a first year student on another subject. they are either first or second semester students. but since they are bachelor degree students, i can't be giving a straight-to-the-point kind of questions right? besides we are practicing the OBE (outcome based education) thingy now.

you see, it's hard to make the student understand what you are teaching and why you are teaching the way you are. different lecturer got different kind of style. it doesn't matter how, but in the end, you have to make sure your students understands and can apply them later on.

Tuesday, July 30, 2013

Ilaika Yusuf

Ini le drama yang kami sefamily layan sementara tunggu berbuka puasa.

Walaupon lembab je rasa drama ni, tapi tabah je kami hari-hari tengok dan tunggu esok untuk next episode.

Chocodate

You ols pernah makan chocodate tak? Haritu masa berbuka kat rumah Atiqah, ada chocodate. Siap ada kacang lagi dalam tu aku baru tau. Punyalah sedap. Cisss.

Tadi aku dengar health talk kat office. Doktor tu cakap kurma ni banyak serat. So kalau makan kurma takyah makan buah or sayur dan gantikan sebagai serat. Boleh ke cenggitu? Aku tak sempat nak tanya doktor tu tadi sebab belum talk tu habis aku dah kena keluar, ada meeting dengan big big boss.

Tapi kalau makan chocodate, kan ke ada coklat. So tak berapa nak serat lah kan?

Monday, July 29, 2013

every 2-3 months

aku akan ada perasaan untuk menukar handphone baru. ape punya perangai aku pon tak tau. pantang betul. dulu gilaaaaaa sangat dengan norkiah nokia. keluar yang baru je nak beli. dari 3310 ke nokia butterfly sibuk nak beli. tapi tak beli pon, tengok je orang pakai. lepas tu keluar yang ada warna, nak beli gak. nak je lah kan. lepas tu keluar yang ada camera, pon nak jugak. keluar yang qwerty keyboard, terus beli. haish tokleh blah.

tak cukup keyboard qwerty, nak pulak berchatting kekonon kat BBM. pastu beli lah blackberry. entah dengan sapa kau nak berBBM bagai. dari satu ke satu BB aku beli n pakai sampai rosak. last sekali aku jual kat aiman sebab nak beli bold 4. aku pakai je bold 4 beberapa bulan, keluar pulak samsung note. walaupon ada orang cakap sekali kau pakai BB kau takkan beralih arah kan? tidakkkkk aku tukar je. aku pakai jugak samsung note ni ha.

dulu yang jadi aku pakai banyak jenis phone tu sebab aku pakai 2 nombor. kenapa nak gatal pakai 2 nombor aku tak tak sure. macam lah boyfriend ada 2 orang masa tu kan. hahahaha. tapi since 2011 aku memang stick to 1 nombor sahaja. tak mau dah pakai 2 nombor. pastu siap kene pilih line mana yang reasonable price untuk data plan dan call + message deal. tapi of course mane kau boleh dapat semua deal macam yang kau nak kan.

dah aku syok eksyek kat adik-adik aku pakai samsung note best lah segala bagai (kau tengok, eksyen kat adik-adik. ape daaaa) tiba-tiba keluar samsung galaxy grand yang boleh pakai 2 simcard. mamat & widad dibelikan oleh mother. pastu diorang pulak eksyen balik kat aku ni ha yang diorang boleh pakai 2 simkad dan dapat both deal paling murah (data dan call + message). keji kan budak dua orang tu.

aku bertabah je sebab baru beberapa bulan pakai note ni masa tu. tiba-tiba keluar pulak samsung galaxy s3 dan s4. ok, aku minat gila s4. dia kecik sikit dari samsung note. sebab bila pakai note ni memang tak muat dalam poket seluar. dah kata note kan, haruslah besar. so aku takut je aku letak merata-rata note aku ni. lepas tu ada pulak s4 mini. sama saiz dengan iphone 5. aku dengan mother dah siap ukur tadi kat kedai guna iphone 5 mother. haish, ni yang buat aku tak tidur malam ni.

kalau mimpi jugak galaxy s4 mini ni, nampaknya kne pergi menoreh getah ni.

ape punya perangai lah. most of the time, aku mampu menepis walaupon termimpi-mimpi. tapi ada la 2-3 kali yang tak mampu tepis dah. maknanya dah mimpi sampai ngigau la tu.

out to Midvalley

dua orang anak dara telah mendecide last minute untuk berbuka puasa di Midvalley semalam. saya pon lepas masak terus zasss mandi bersiap dan keluar. untuk orang kat rumah saya dah masak kurma telur pecah, ayam goreng daun kari (ilham mother of course, kalau aku garam kunyitkan je = pemalas kan), ikan bawal goreng bersambal dan kailan ikan masin. kuih saya tak buat since mother kata boleh hidang pasta baked yang bertray-tray aku dah buat hari sebelumnya tu. Maisa sefamily datang berbuka kat rumah. then widad dan mamat bawak boyfriend dan girlfriend masing-masing berbuka di rumah. along diorang ni je gedikness nak berbuka kat luar. 

#ootd

  • Syria from Ariani
  • Blouse from TopGirl (Online shop. Tapi kedai dia di Semua House, KL. So boleh try dan tengok sendiri kalau prefer)
  • Jeans from Giant jeee...
  • Tote Handbag from Longchamp (p/s: ada orang keep track ke handbag saya?)
  • Then saya pakai sandal from one of the boutique in Voir Gallery yang on sale RM10. Alaaa gambar lupa snap. 
 Dimanakah tempat berbuka yang telah kami pilih? Kami tu refer kepada saya dan Atiqah ye. Atiqah kata nak berbuka di Manhattan Fish Market sebab deco dia cantik katanya. Saya on je, no problem. Before saya sampai di Mid, Atiqah dah order siap-siap dan bayar. So bila saya sampai kami jalan-jalan dulu. Atiqah shopping barang-barang raya dan makeup di Faceshop. Of course saya jadi penasihat product kecantikan kat Faceshop tu. Kalah salesperson kat situ. Dan, siap saya minta freegift banyak-banyak lagi. hehehe...

Then kami duduk berbual di centre court sebab dah penat berjalan-jalan. Kemudian dalam jam 6.45pm macam tu kami terus pergi ke Manhattan Fish Market.



Bila order sampai satu persatu, kami berdua ternganga. erk, mampu ke nak habiskan ni...

The girl who ordered everything.

The girl who managed to say "gaspppp!!"
We managed to finish 3/4 of the food and tapau the rest of them. Lepas tu jalan-jalan sikit then lepas minum kopi di starbucks.

At almost 10pm kami pon balik rumah dengan perut penuh.

Sunday, July 28, 2013

Duta Ariani

Saya sebagai kononnya nak jadi duta Ariani mengucapkan selamat menyambut ramadhan ke-19. Lepas ni kita kena tingkatkan lagi simpanan akhirat kita di 10 malam terakhir.

Malas n menyampah kalau

1. Sms / text message tak berjawab. Especially kalau tengah membincang satu satu perkara macam : apekah kaedah modus operandi nak beli kuih raya. Kau hantar ke aku pergi pick up? Dah 2 hari tak berjawab. Dah habis ke stok kuih tersebut?

2. Memandu kereta, tak kiralah di highway atau pun jalan biasa, pemandu lain memotong dari kiri. Setahu aku lah masa kelas undang-undang jalan raya, pengajar tu ajar untuk memotong sebelah kanan. Ke sebab dah lama sangat dapat lesen maka terlupa undang undang?

3. Masih berkisar pemanduan lagi. Di atas highway / expressway 3 lanes, pemandu di lorong tengah memandu kereta dengan kadar kelajuan 70km/jam walhal hadnya 110km/jam. Ya saya tahu anda berhati-hati. Tapi kalau nak drive slow begitu, silalah drive di lorong kiri sekali ya.

4. Student datang lambat dengan alasan bangun lambat. Masalahnya, dia duduk di hostel yang hanya 200 langkah dari kelas sahajaaaaaa. Kalau lambat 15 ke 30 minit aku tak kisah je lagi tapi kalau kelas 8am to 10am, dia sampai jam 9.30am dan datang denvan handphone sebijik di tangan tanpa buku nota or beg yang kekonon berisi buku nota, memang suruh aku. .................... (isi tempat kosong)

Tuesday, July 23, 2013

Bread pudding. Finally ada gambar makanan yang diupload masa bulan ramadhan.

Semalam mother kata teringin nak makan bread pudding. Gigih ku carik recipe yg aku pernah try sekali di UK dulu. Alamak, recipe tu ada kena pakai cream. Terus aku google recipe lain.

Dalam banyak-banyak recipe aku jumpa 1 yg mudah dan tak perlu singgah kedai beli barang tambahan sebab semua barang dah ada kt rumah.

Aku buat petang tadi, lepas balik kerja.

Recipe aku ambil kat sini planetmirra.ogspot.com. Cari tajuk puding roti sedap dan mudah.

aku suka makan kosong camni. boleh gak makan dengan custard cream or vanilla cream or susu cair. 

Monday, July 22, 2013

di manakah gambar makanan mu di kala berbuka mahupun sahur, Aliaa?

ha, amek kau. ada jugak orang tanya soalan begitu. bukan tak nak letak gambar makanan. tapi buka puasa tahun ni, tersangat super duper jarang snap gambar. widad le yang rajin ambil gambar, itu pon kalau dia ada di rumah ni untuk berbuka puasa.

tapi ada sekali buka puasa je aku rasa yang aku snap gambar lauk pauk segala bagai. lain-lain semua aku repost kat instagram dari widad punya IG. or, aku suruh dia whatsapp kat aku gambar yang dia ambil then aku upload kat IG. malas gile kan kan.

tengah duk type entry ni ialah ada drama ape entah kat astro oasis, pelakon dia Fahrin Ahmad. terus cakap kat mother "eh, bakal suami lah". pastu mother cakap "ha, menantuku" nada jerit sikit. eh eh...

tahun lepas punya ramadhan aku rajin semangat gila buat kuih bagai. tapi tahun ni so far baru goreng pisang tanduk, buat cekodok pisang, ngan kuih bakor. haritu ada buat muffin chocolate pon sebab widad request. ngengada budak tu. tapi aku suka kalau dia ada kat rumah ni, so nanti semua barang-barang yang aku guna untuk baking dia akan settlekan basuh semua. dictator tak kakak dia ni??? ahahaha...

so far, baru sekali berbuka di luar, lebih tepat lagi di rumah Atiqah. gegirl berbuka puasa berjemaah kekononnya. potluck bawah makanan sorang sikit. aku tak de idea haritu nak bawak ape, aku blasah buat pasta baked. sekali, yang itu kena serbu dulu. alhamdulillah diorang suka.

taste kami kat rumah ni almost sama untuk semua orang bila berbuka. mesti ada sambal, mesti ada kuah. pastu wajib untuk mother ada acar buah. then bf si widad punya emak kasi mother masak lemak sayur kampung tu. eh, haritu kak haslina (officemate) ada kasitau nama dia. masak lemak kayu kalau tak salah, dengan tempoyak. aku campur tempoyak dengan cili. amek kau, tak berhenti makan. ok, aku tipu. aku berbuka bukan makan bersungguh-sungguh sangat. makan sikit dah kenyang. rimas orang yang tengok cara-cara aku berbuka.

tapi masalahnya lepas tu, aku ialah akan makan dan makan lagi. itu laaaagi bahaya. cehhh!

lauk so far yang kami boleh ulang-ulang makan tak jemu lagi ialah sambal ikan bilis petai. maklumlah, stok petai senang dapat sebab widad balik dari lendu every week so dia akan bawak balik yg fresh bila mother suruh beli. sampai je terus masak. cemana tak makan ulang-ulang kan.

now aku terasa-rasa nak cari telur itik. masak lemak cili api konfem best!

tadi alim pergi bazar ramadhan dengan kawan sekolah dia. mother pesan beli kuih ketayap. alhamdulillah sedap.

oh, lagi satu. nak buat kuih gelang jugak. tadi aku pergi alamanda, lupa la pulak nak beli keledek. ceh la... suruh pergi lagi la tu.

study loan - PTPTN

tetiba di bulan ramadhan yang mulia ni nak bercerita pasal study loan lah pulak dah kan. ini unjuran (kemain ko tengok aku pakai perkataan cemana) daripada entry aku pasal sambung study haritu.

pagi ni aku receive call dari seorang kawan kepada parents yang ada hantar anak dia sambung belajar di IUKL ni. anaknya nak minta PTPTN, tapi permohonan tak dapat dibuat sebab program yang anaknya tengah buat tu, belum dapat full accreditation pagi since student yang 1st batch ialah tengah di dalam final semester sekarang ni. memang PTPTN kat kasi pinjaman untuk pelajar yang buat program yang masih belum dapat full accreditation lagi.

bila tau tak dapat buat loan PTPTN, parents budak ni nak berhentikan dia dari belajar.

benda yang beyond atau out of our control ni yang susah nak explain.

aku pon memang buat study load PTPTN masa buat degree dulu. senang dapat sebab aku study di UiTM. nak cakap not fair kepada budak yang dalam case ni pon tak boleh sebab PTPTN pon mungkin ada sebab diorang sendiri tak kasi loan kepada pelajar macam ni. maybe, one of the reason dia tak nak budak ni tak habis belajar. mane tau kes yang universiti bankrupt dan tutup or program tak diiktiraf. dan yang sewaktu dengannya.

boring kan kalau baca pasal benda-benda ni.

Wednesday, July 17, 2013

macam rajin sangat masak kannn

bulan ramadhan ni lah yang paling banyak kali aku masuk dapur. be it nak masak or jadi assistant je ke, or jadi pengarah. kalau tak, sangatlah jarang. sebabnya mother yang always masak untuk alim makan.

bila dah naik sheikh nak masak, kemain lagi google macam-macam recipe. dari yang tak pernah dengar tajuk menu sampailah bercita-cita nak olah / tukar recipe chef terkenal. berani kau nak tukar recipe chef wan? marah kak ton karang. eh.

lepas tu, asyiklah cakap "nak masak sekian-sekian lah, tapi bahan tak cukup". hek eleh, kalau kau tu terel sangat cakap, barang tak cukup pon tapi makanan still boleh siap kan. ceh.

dari 4 bulan sudah aku sibuk cakap nak buat lasagna, nak buat lasagna. or pasta baked. tapi sampai ke sudah, tak pergi jugak beli mozarella cheese. tengok, sape yang hampeh sekarang? dah terbukti. mih mih mih...

ok, harini nak buat cekodok pisang.

Tuesday, July 16, 2013

buat kuih untuk berbuka

kalau boleh tak nak letak gambar makanan bila update blog masa daytime. sebab aku sendiri yang tertelan-telan air liur nampak semua sedap.

tahun ni, takde lagi yang aku buat kuih tradisional macam tahun lepas. not yet anyway. sebab dari buka puasa hari pertama haritu, belum berjaya lagi menghasilkannya. berjaya print recipe je. ceh.

masa buka puasa pertama tu, dah berkobar-kobar nak buat buah melaka. sekali tepung pulut habes. ceh, habes jugak idea aku. last-last widad korek-korek almari jumpa cucur udang adabi. ok, boleh lah. tapi of course kalau berbuka ni kita nak makan manis-manis kan. nak buat cucur kurma pulak, memanglah stok kurma banyak. tapi tepung pulak takde. ceh lagi sekali.

masa buka puasa ke-2 pulak, dah plan nak buat buah melaka. sekali kau, dah beli tepung pulut, pewarna hijau dan perasa pandan pulak takde. adoi, kenapalah aku tak check siap-siap kan malam sebelum tu. hampeh lagi. so akhirnya buat bubur kacang letak lempuk durian. tapi pekat sangat. so tak berapa laku di situ.

lepas tu esoknya aku beli pisang emas di bawa berlayar. dapat ala-ala 10 ketul macam tu sebab stok dah tak berapa cantik kat kedai. belasah buat cekodok pisang. amek kau, licennn. sabtu haritu takde buat kuih sebab banyak dah roti john semai beli bawak berbuka kat rumah sekali dengan beberapa kuih lagi.

yes, masih lagi tak jejak ke bazar ramadan. sebab nanti membazir je maklumlah masa puasa ni aku memang nafsu tahap ape entah.

ahad miza buat cekodok pisang. semalam aku goreng pisang tanduk yang mamat beli sabtu lepas. manis betul pisang tu, sedappp. ceh, puji diri kekononnn.

harini? goreng pisang tanduk lagi, baki dari semalam.

lauk-lauk pon takde yang beli. even ayam golek yang famous kat bazar ramadan bangi pon aku tak beli. haritu bf di widad, kenu namanya, mak dia kirim tempoyak daun untuk mother. sodapnya.

tengok, cerita tanpa gambar pon aku rasa nak terkeluar air liur. ceh.

#ootd yang baru aku tau kebestan hashtag ni

first of all, mintak maaf siap-siap sebab orang lain dah lamaaaaaa buat #ootd (outfit of the day) ni kat instagram or twitter or yang sewaktu dengan social network bendealah ni, aku baaaaaaaaaruuuuu terhegeh-hegeh nak buat.

second of all, mintak maaf jugak lah sebab camera mobile phone ku dan widad yang samsung takberapacanggih ni, agak kelam suram ke gambar-gambar aku ni. nampak benau maleh nak edit gambar kannnn...

officewear. baru berjinak-jinak memakai skirt. kalau tak asyik lah pakai pants / khakhis / slack aje. maklumlah, ready nak berlari. berlari ke mana pon aku tak tau.

most of my fieldwork day attire akan rupa macam ni. belia 4B yang pakai syria, kemeja kotak-kotak dan kasut full cover of course. dahtu kita suruh student pakai cenggini, takkan kita nak pakai wedges pulak ke site, ye tak?

my typical pemalas outing attire. syria of course, big shirt from korea (aku beli agak banyak sebab harganya murah gilos KRW5,000 - RM15), jeans dan fipper (or crocs or ballet shoes or yang flat lah senang cerita)

another office attire yang sangat casual kerana haritu kena kemas office maka haruslah berselesa-selesa di situ kan... ya, baju bajan bersama double chin tak dapat dipisahkan.

bila scroll IG, ramai dah orang buat #ootd ni. sekali sekali (or banyak kali???) nak jugak mengejoin. eleh, macam pakai sangat mix and match kau tu aliaa!!!

tersalah daftar course di private higher institution

actually aku baru balik dari berjumpa2an atau dengan kata lain bergosipan dengan kawan-kawan UiTM. lebih tepat kawan-kawan PBSM dolu-dolu. sambil duk sembang pasal life masing-masing, salah sorang member tu cerita yang ada saudara / sepupu dia tersalah daftar course di salah satu private higher institution.

tersalah daftar course ni lebih kepada dia terdaftar course yang tidak diiktiraf oleh MQA.

senang je nak pastikan atau check yang course yang bakal diambil atau sedang diambil tu adalah diiktiraf oleh MQA atau tak. just pergi ke website MQA dan cari course vs. IPT (institusi pengajian tinggi). semua course yang dipaparkan di website MQA tu adalah yang sudah diiktiraf oleh MQA. tak kiralah sama ada PA (provisional accreditation - akreditasi sementara) ataupun A (accredited - berakreditasi). amek kau, terus terkeluar bahasa-bahasa yang pada satu masa dulu aku tak ambil tahu pon. so, kalau status program vs. IPT tu PA ataupon A, maksudnya program tu telah mendapat pengiktirafan. cuma, sementara dan penuh sahaja.

kenapa ada akreditasi penuh dan akreditasi sementara?

sebabnya, setiap program yang baru di luluskan / diakreditasi, statusnya adalah PA. untuk satu-satu program tu dapat akreditasi penuh, kena ada 1 cycle / 1 pusingan penuh pelajar (pelajar belajar dari semester pertama sehingga semester akhir), barulah boleh mohon untuk akreditasi penuh. meaning MQA nak make sure program tu berjalan, baru boleh bagi kelulusan penuh.

so dalam case sepupu member aku ni, masalah dia ialah dia daftar melalui agent. agent-agent ni memang banyak je dan tugas diorang ialah untuk mencari pelajar dan pelajar yang berpotensi untuk mendaftar dan belajar di satu-satu IPT tu, especially private IPT. budak ni dah register melalui agent, nama pon dah masuk dalam sistem, dah pergi kelas pon. tiba-tiba, baru dia dapat tau yang course yang dia ambil tu tak diiktiraf oleh MQA.

actually untuk run satu-satu program / course, setahu aku, perlu dapat kelulusan dari MQA, then IPT tu akan guna kelulusan tu untuk apply kebenaran menjalankan program dari KPT (now semua untuk kementerian pelajaran kan?, just a small unit under that kementerian). lepas KPT dah luluskan untuk menjalankan program, barulah MQA akan keluarkan surat beserta dengan nombor kelulusan permohonan = PA000000 / A000000 (serial number ni unik untuk setiap program).

tapi, budak ni dah bayar RM2k untuk register haritu. so, sepupu dia nasihatkan dia berhenti dari pengajian dan kerja dulu. kumpul balik duit dan bayar balik pada mak dia (sebab mak dia yg forwardkan duit register haritu) then barulah masuk belajar balik.

nasihat aku pulak kepada budak tu, next time kalau nak study, check dulu course vs. IPT di website. so, takdelah terbuang masa dan duit.

agent memang takkan bertanggung jawab dalam hal ni. ada kemungkinan jugak dia akan cakap "awak tak tanya pon pasal MQA".

pendek kata, kita yang nak belajar, kitalah yang kena make sure kita tau ape yang kita buat.

Monday, July 15, 2013

Reading 2 books in 1 go

Well, the title is a bit tricky.

Actually, I'm ready 2 novels in 1 go.

How do I do it?

I have 1 novel at home, 1 novel in the office.

English one's of course. Since I have to improve my english A LOT.

So, when I'm in the office, I'll read the novel in the office, did not bring it home.

When I'm at home, I'll read the other novel at home, did not bring it to the office.

So I can finish 2 novels at once.

Not so tricky at all eyyy.

Wednesday, July 10, 2013

PD last weekend

We followed mother to PD last weekend since mother needa to attend a course at Ancasa.
Originally, there were only me, mamat and alim that tagged along. But after seeing the cosy and big 2 bedroom apartment there, we called widad and asked her to come with her best friend (arina) and boyfriend (kenu).

We had so much fun. The kids went on banana boat and enjoy swimming at the beach. I only went swimming on Sunday morning.

After maghrib on Saturday night we went to have dinner at one of the restaurant near teluk kemang area. Something about tomyam Songkla. The food was just ok, not that excellent but we finished them all since we were sooo hungry.

Then we went the extreme park to play go-kart!
On Sunday morning widad n clan went back to Lendu and the rest of us had breakfast then went swimming.

We went back home in the afternoon after stopping by at Nilai to have our lunch at the chicken rice shop and some last minute ramadhan preparation groceries shopping.
One of the best short vacation everrr...

me and alim at the tomyam place

arina and widad

widad and kenu

let's go-karting



arina, widad, mamat, alim and kenu
 

Double celebration

The faculty members were celebrating our achievement of successfully organized FABE day (our faculty day) and getting accreditation from LAM (lembaga arkitek malaysia) for our Bachelor of Sciene Architectural Studies - part 1.

We had hi-tea yesterday evening at IOI Palm Garden Putrajaya. Having nice food while chitchatting and karaokeing, playing darts, and snooker as well as dam and chess.

I think we should make this as an annual event so once in a while we can get together and not talk about work for once. Hehehe.

Ramadhan kali ini...

May we gain more bless from Allah, the one and only, knows everything of everything.

Ameen...

Monday, July 1, 2013

Uwau It's Monday!

Cuaca sekarang, melalui tingkap office room ni, jam 11.01am ni, memang lah nak suruh aku tidurrr je. Noooooooooo.... Kerja banyak ni ha...

Saturday was good chilling since I went to 2 weddings and accompany my girlfriends to meet up with their other friends, and finished the day with shopping. Went out from the house at 10.30am came back home at 11.45pm. Hei sekali merayap macam tak pernah keluar rumah kan. 

Semalam pulak keluar jalan-jalan. Ke mana lagi kalau bukan ke Mines. Memang Mines kena buat tugu aku kat depan pintu masuk dia. Maklumlah, pengunjung setia since dibuka berapa belas tahun dulu!

Wore this baju kurung on Saturday. Bought this batik from Kuala Terengganu during Survey Camp last year.

People said I look slimmer but in fact I did not cut down any kilograms. Uhuks yes, black is the best hiding place. huahuahuaaa




Makan, bowling, jalan, shopping kasut sale RM10 sepasang, Widad potong rambut, blueberry and cheese muffin Starbucks, jalan lagi dan lagi.