mestilah bangun lambat bila weekend kan. mane stylo kalau bangun awal. membazir tenaga je. hahaha.. anyway, aku bangun ala2 nak dekat pukul 10am. abislah, bocor rahsia anak dara bangun lambat. well, lepas tu aku terus mandi. mother telah train dari kecik untuk mandi setiap kali lepas bangun pagi. tak kira lah, kat mana pon. even time winter pon. walaupon ada orang tu kan, dia kan, masa winter kan, tak mandi 7 hari tau tak. sape tuuuu?
anyway, lepas mandi, terus basuh kain. basuh tangan hokey. of course lah basuh kain baju tudung yang tak boleh dimesenkan dengan tangan. kalau semua tu boleh campak masuk mesen, memang aku dah buat dah... takyah lenguh tangan memerah.
lepas tu terus sidai kain. panaskan cafe latte yang beli semalam kat starbucks. rupanya, kat starbucks, every friday ialah buy 1 free 1 kalau bayar guna RHB visa or mastercard card. tak kira credit card or debit card. so aku memang ada RHB debit card visa. mari kita beliiiiiiiiiii.
dah alang-alang pergi ke LCCT seawal sesudah azan subuh semalam, lepas kanak-kanak tu check in, terus aku singgah starbucks beli salted caramel machiatto + cafe latte dan dunkin donuts sebelum vrooommmm ke office. masih sampai on time di office, alhamdulillah. eleh, padahal bukannya kira pon ko datang cepat ke lambat. lecturer kan.
|
breakfast on saturday morning yang tak morning sangat |
lepas tu, sambung tengok tv je memanjang. dari rancangan masak memasak, sampailah ke movies sampailah ke macam-macam lah. bila dah ala-ala pukul 3pm tu, dah lapar balik. dalam kepala ni dah imagine nak makan maggie kari pecahkan telur. sedapnyaaaaa... TAPI rupanya widad dah packing semua maggie kari dalam luggage dia dan bawak ke korea. ceh, haritu aku dah beli 1 packet extra untuk aku kat rumah selain yang nak di bawak ke korea. ceh la ko widad. terpaksa aku layan maggie asam laksa je. not really my taste...
lepas tu sambung lagi tengok tv sambil online bagai. then, rasa boring dan teringatkan creamcheese lebihan buat RV cupcakes haritu. so aku pon carik2 recipe
eggless butterless chocolate cake yang kak izzah ada kasi haritu. aku jadikan dia minicakes.
|
eggless butterless chocolate minicakes with creamcheese topping |
settle makan 2 ketul, aku sambung lagi tengok tv. lepas tu rasa lapar lagi. maklumlah, no proper meal. sebab maggie asam laksa tu pon tak habis makan. makan separuh je. so, aku teringat banyak daging korban dalam fridge yang ayah suruh aku angkut bawak balik sini. so, marilah kita marinate dan bakar dagin-daging tersebut ye kawan-kawan...
sekian sahaja sesi makan di hari sabtu. aku tertidur atas couch you all.
harini pulak, aku bangun sedikit awal. 9.30am. hahahahaaa.. awal amende nyeeee.. teringat nak makan breakfast mc D. so, zasss ke mc D nilai. aku bajet ramai orang sebab selalunya weekend penuh gila mc D nilai tu. tapi tak pon. sikit sangat orangnya. semorang makan roti canai kat mamak ke pagi ni?
|
chicken burger tak habis. harsh brown dan coffee je habis. |
lepas tu aku ke tesco nilai. beli buah dan sayur. balik dari tesco terus buat coleslaw, panaskan lagi daging yang bakar semalam dan makan. itulah lunch saya. sihat kan? semua home made.
apebende yang sihat nye kalau pakai mayonnaise ladies' choice yang sedap giller tu haaaaaaa....