Saturday, June 30, 2012

Seoul, Korea : Day 2 - Korea & Make-Up

Yongin ialah tempat Uni mother. salah satu pekan di Seoul.

Mohyeon ialah pekan kecil di Yongin.

Gwang-ju ialah the nearest town yang ada supermarket untuk shopping beli groceries.

pagi tadi hujan renyai basah. tunggu punya tunggu hujan tak berhenti jugak. so dalam pukul 12pm, lepas mother masak kuah kacang dan nasi impit, kami keluar ke mohyeon untuk shopping groceries.

kami naik bas dalam dalam uni mother ke pekan yongin. then another bas ke mohyeon.

sampai aje di mohyeon, kami terus jalan ke E-Mart. kira macam Tesco or Giant kalau kat malaysia. or ASDA dan morrison kalau di UK. sambil jalan sambil window shopping. belek punya belek, aku beli satu cardigen yang sangat selesa untuk dipakai ke office. lepas tu kami jalan lagi sampai lah ke e-mart.

kami singgah makan di foodcourt dulu. gambar nanti aku masukkan.

sebab, entry ni fokus kepada konsep berholiday dan shopping di korea.

tak lengkap shopping di korea kalau tak shopping barangan MAKE-UP. agree, yes?

so, i bought...


seronok nak meredah hujan

lipgloss style stamping.


2in1 compact powder

BB cream






make-up remover for lip and eye

auto gel eyeliner

lip balm

yup, semuanya from THE FACESHOP. dutanya ialah the Kim Hyun Joong from SS501. The Face Shop is from Korea. Made in Korea.

comel tak???

dan the aghusshi sales assistant kasi banyak free gift. like!



di samping beli groceries segala, terjumpa slipar comel ni. owner kaki ialah mother.


ok, dah tercapai salah satu objektif shopping di korea!

Seoul, Korea : Day 1

alhamdulillah, alhamdulillah. selamat sampai korea. landed at 5.05pm local time (tolak sejam untuk waktu malaysia).

mother picked up. from incheon internation airport, terus ke seoul station by train. then terus ke yongin (mother's house) di yongin.


we'll start our day a bit late today since it is raining unexpectedly.

findings untuk hari pertama :
  1. rupa orang korea semua sama. ala-ala k-pop dan pelakon korea. kalau dah selalu tengok diorang akt tv, takde masalah nak bezakan orang korea dan orang lain.
  2. sah, korea berdebu. 
  3. awal musim panas ni cuacanya masih chill, bagaikan di cameron highland. maklumlah, cuaca pon 24 darjah.
  4. semua CF untuk semua produk di korea ni menggunakan artis sebagai spokesperson.

Thursday, June 28, 2012

more pictures of HTC seminar

 which seminar? that HTC seminar. yang buat di port dickson tu.

with kak naimah

model ape ni?

siapkan kerja ke online??? (with wani)

tab tab tab.. new name dia ialah SAHARA

perut berlapis berlipat 3


hardworkers

last lunch

bestnya kerja dengan diorang semua. same committee again? yes... definitely...

archiday lagi...

induction day untuk new architecture student. since student architecture yang paling ramai di school aku ni, so diorang paling happening. nak harap student geomatic aku dengan student QS, ada lah beberapa orang.

so, semua lecturers kene pakai tshirt warna hitam harini.

tema kali ni, basic colours. Red, Green, Blue, Yellow.

atrium deco

hanging models

class survey aku akan dijalankan seperti biasa. semester ni class site survey aku start pukul 12pm. owh, panasnya....

petang nanti at 2pm aku ada progress presentation for my PhD. presentation semua dah siap. good luck to me.

Wednesday, June 27, 2012

cis, bedebah. puaka tau.

kau dalam kereta. di area bandar baru bangi (BBB) waktu tengah hari. panas gile pulak tu. kau fikir-fikir nak lunch kat mana.

kalau lunch di limau nipis atau gulai kawah di seksyen 8 BBB, konfem berbahang.

kalau lunch di alamanda, alah, jauh nye tujuan.

mines apetah lagi.

jalan punya jalan. kau nampak signboard puaka ni. M besar warna kuning.


terus kasi signal ke kiri.


masuk terus perkarangan.


wah, ada drive thru pulak tu. tak perlu keluar dari kereta yang beraircond ni.


bertabah menunggu giliran.


pilih, pilih. time lunch Mc Value meal pulak tu. haishhhh.


order.

bayar.

pick up.




sambil drive balik office, sambil kunyah fries.

selang seli dengan ribena sejuk. pergh!



seriusss. puaka!

Tuesday, June 26, 2012

busy kerrr?

harini sampai office awal, macam semalam. punch in pukul 7.55am. awal tak? well, kira awal lah since office hour starts at 8.15.

kenapakah sampai awal? sebab semalam dan pagi ni ada kelas awal pagi, 8.00am. so masuk office, ambil file dan terus ke kelas. sorang aje student yang ada.

so start mengajar lah kan. takkan nak kene tunggu pulak student yang lain kan. not fair untuk student yang datang awal tu. lepas 1/2 jam, barulah sorang datang. dan lepas 45 minit, barulah sorang lagi student sampai. hampeh yang lagi sorang tak sampai-sampai. habis class, pergi breakfast.

lepas breakfast, ada meeting. since this year school aku kene organize the academic excellent award (untuk dean's list and president's list students), so kami buat progress meeting. decide itu dan ini, habis meeting, masuk office. tak sempat nak buat ape pon, ada student nak jumpa. baru nak register pulak dah since dia ialah probation student.

habis settlekan student tu, pergi lunch. balik lunch, ada interview new lecturer. bla bla bla, tanya itu dan ini... habis interview, balik office. ada officemate datang bilik dan discuss hal kerja. habis tu, izzat call dan borak-borak. habis borak, sambung kerja sikit then barulah balik rumah.

rasa lapar pulak bila sampai rumah. malas nak pergi pasar malam. since pasar malam dah tukar tempat, macam payah nak parking dan malas nak berhenti. so fikir-fikir balik rumah dan buat macaroni and cheese express. baru beli haritu kat tesco dan tak try lagi.

lepas mandi segala, buatlah macaroni and cheese tu. sedap pulak tu! settle early dinner. makan sambil tengok movie journey 2 : treasure island. yang ada the rock tu... habis movie tu, now sambung lagi movie mirror mirror. best and kelakar so far. movie mirror mirror ni aku tak pernah tengok lagi.

takde mood nak siapkan presentation. padahal this thursday ada progress presentation untuk PhD. nak pura-pura tanya diri sendiri, kenapa laaaaaa takde mood nak siapkan presentation ni... well... excited terlebih untuk ke korea ke?

yup, am going to korea. hiahiahia...

come on! malam ni kene siapkan!!!

by the way, best jugak pakai contact lens ni kan.

Monday, June 25, 2012

packing anchovies

sabtu malam lepas, aku masak sambal ikan bilis + kentang untuk mother. nak bawak ke korea nanti. setelah beberapa kali testing, aku rasa macam dah almost berjaya rasanya. but, practice makes perfect, right?

kaedahnya, mula-mula kene pergi pasar malam. beli kentang dan ikan bilis kopek.

pulang ke rumah, kupas kulit kentang dan potong panjang-panjeng pendek-pendek ala-ala nak sama saiz dengan ikan bilis tersebut. dan basuh lalu toskan airnya. cenggini...


komdian, goreng kentang yang dah dibasuh tadi secara deep-fried. deep-fried ye kawan-kawan. kalau minyak sikit nanti tak jadi.

oleh kerana kentang banyak, aku buat 2 round. goreng sampai garing. goreng kentang je ambil masa 40 minit untuk dua dua round sebab aku guna api sederhana. dalam masak dan luar tak hangus. 


sambil tunggu kentang tu garing, basuh ikan bilis, toskan airnya. 


sambil tu minum nescafe ais sebab pagi tu aku buat nescafe panas sejug besar dan ada baki lagi. habiskan sorang-sorang tau. hahahaha...


settle goreng kentang, goreng pulak ikan bilis tu. boleh guna minyak yang sama. or kalau nak pakai minyak baru pon boleh. tak de masalah.


oh by the way, ni contoh kentang goreng garing tu. kalau makan dia saja macam makan crisps. yum yum..
 


settle goreng ikan bilis sampai garing, baru buat sambalnya. buat sambal macam biasa, cuma bila dah masukkan cili tu, terus kecilkan api kepada api yang kecil sekali. aku masak sambal ni lama, dalam 40 minit jugak. 

bila dah siap sambal tu, tutup api dan sengetkan kuali supaya boleh takungkan minyak berlebihan. keluarkan minyak dengan sudu. then tunggu sampai sambal tu sejuk.

bila sambal dah sejuk, baru gaulkan sambal dengan ikan bilis dan kentang.


komdian, ambil plastic zapper saiz sederhana dan masukkan sambal ikan bilis kentang tu sehingga separuh beg sahaja. jangan tutup zapper tu lagi. biarkan lagi sampai betul-betul sejuk sambal tu. 









lepas 2 jam baru aku tutup zapper, leperkan. dan susun dalam freezer.


nak pergi nanti, jangan pulak aku lupa nak ambil dari dalam freezer.

Sunday... oh sunday...

well, mamat balik sabtu malam. katanya nak ajak dating hari ahad. so aku pon iye kan je. seperti biasa hari ahad dimulakan dengan menunggu datin mamat bersiap. hampeh.

plan asal nak breakfast di Mc D bangi, tapi lepas tu tukar plan ke PappaRich Bangi.

order tak nak kalah

kelaparan!!!

lepas tu kami ke warta. ingatkan nak beli barang-barang untuk mama di giant warta je. tapi tukar plan, ke mines. terus kami ke mines. singgah warta nak pergi toilet je. hampeh!

jalan punya jalan, siap pergi tengok tab untuk mamat bagai. tengok je, tak belikan pon. biar dia kumpul duit dia sendiri. muahahaaa!

then kami singgah minum ice blended di Chatime. 


tengok ape? mane nampak ikan dari tingkat 2 ni weh.

then kami ke kedai computer Challenger. beli beg untuk Netbook aku. senang sikit nak bawak ke kelas lepas ni. or else, asyik penuh tangan je. 

terus testing dengan isi tab.


lepas tu kami jalan-jalan lagi. tunggu maisa dan zul, then kami makan di kenny rogers. ada watak (yakni Semai) nak makan jacket potatoe. 



what are you trying to say, mamat?
lepas makan kami balik rumah. rehat di rumah. satu ape kerje pon tak usik last weekend.

hampeh.

Saturday, June 23, 2012

sepohon kayu

2 jumaat lepas, ke office pakai jubah. kainnya aku dapat hadiah dari officemate. dia beli masa ke vietnam tahun lepas.

pandai tracy buat jubah. i like!

so, nyanyi nasyid la sepanjang hari.


satay wak kusen, kajang

big family gathering, mum's side. since mama takde, me adik beradik jadi wakil. but adik-adik semua sengal dengan hal masing-masing, aku pergi sorang. makan satay di kedai satay wak kusen kajang.

cemana nak ke sana? kalau dari kajang, stadium belah kiri, balai polis kajang belah kanan. jalan terus sampai jumpa masjid  kajang belah kanan dan sungai kantan belah kanan. terus lagi dan akan jumpa econsave kajang dan KPJ kajang belah kanan. lepas KPJ tu, terus lagi dan akan ada kedai makan MUAR belah kiri. itulah kedainya.

satay dan mee bandung muar ialah yang paling sedap kat kedai tu. tapi nasi lemak dia pon sedap jugak. mee hailam pon sama. pendek kata, semua sedap! well, dari kecik lagi memang kitorang suka makan satay wak kusen ni.

ada ambil gambar ngan wak kusen ni tapi kat camera acik noai. so nanti akan upload.

baju oren ialah pak ngah, abang ipar mama, yakni suami mak ngah KSU tu. then yang berdiri buat-buat busy tu ialah pakteh, yang tokei proton tu.

anak dan menanti pak long (abang sulung mama). from left - ayu, byan (anak ayu), kak azianty, abg jaja (husband kak aziantu) dan aina (anak diorang)

mak lang (kakak ipar mama, isteri paklang tokey travel agency tu), andrea (anak mak lang)dan abg edy (anak panlong)

far right - paklong, maklong, uzair (anak jaja jugak)


berdiri nak duduk - sydney (anak acik noai, yakni adik mama yang migrate ke US)

from left : ucu (adik bongsu mama), makteh (isteri pakteh, tokei proton gak), sydney, hazim n nina (anak2 ucu)

paklang (tokei travel agency aka tokey harley davidson jugak)

tengah ambil gambar ialah acik noai - adik mama yang migrate ke US tu







sebab jadi tukang ambil gambar, haruslah gambar aku takde. gambar with everyone ada but tak dapat lagi from acik noai.

perut penuh satay semalam!